Di sebalik insiden ‘peperangan’ yang berlaku di Lahad Datu,
Sabah, parti gabungan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP semakin rancak
juga mencipta peperangan mereka kepada pasukan keselamatan negara. Terbaru
tentulah insiden pencerobohan pasukan militan dari Filipina di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah. Di peringkat awal isu ini Tian Chua tidak segan silu mendakwa
isu ini merupakan sandiwara UMNO dan pihak keselamatan negara.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua menuduh parti UMNO dalang disebalik kejadian
tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Tian Chua juga tidak segan
mengutuk perajurit negara yang sudah terkorban dalam insiden tersebut sebagai
mati katak.
Seperti biasa, setiap ahli pembangkang mempunyai idea-idea yang
tertentu apabila terjadinya kejadian yang serius dalam negara kerana sikap
ingin melepaskan diri mereka dari membantu apatah lagi tidak mahu parti mereka
dipersalahkan oleh rakyat dan juga kerajaan.
Selepas
kecoh di sana-sini dengan sikap angkuh Tian Chua tersebut, beliau menafikan
pula dalam laman Twitternya dengan mengatakan bahawa dia langsung tidak
mengeluarkan kenyataan tersebut walhal sudah terang dan jelas kenyataan telah
dibuat., Tian Chua sememangnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
Baru-baru
ini, Tian Chua sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa tidak masuk akal untuk
anggota polis terkorban dalam menentang militan dari Filipina ini kerana
pasukan anggota keselamatan negara sudah ‘puas’ menikmati segala bantuan
keselamatan dan alatan-alatan seperti senapang, pistol dan sebagainya.
Ini
bukanlah kali pertama Tian Chua menunjukkan kebenciannya kepada pihak Polis.
Beberapa tahun lalu Ahli Parlimen Batu ini juga pernah ditangkap dan didakwa
kerana menggigit anggota Polis yang sedang menjalankan tugas menjaga keamanan.
Sikap
negatif Tian Chua terhadap pasukan keselamatan negara bukanlah sesuatu yang
baru kepada parti-parti dalam Pakatan. Sejarah kebencian pemimpin Pakatan
bukanlah bermula dengan Tian Chua, sebaliknya ia telah dibentuk dan ditanam
oleh pemimpin “numero uno” mereka, Anwar Ibrahim.
Pada
1998, Anwar tidak segan silu memanggil anggota keselamatan yang menghalang
demontrasi jalananya sebagai “anjing kerajaan.” Malahan itulah punca beliau
ditumbuk oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor. Anwar telah
memanggil Rahim sebagai “Bapa Anjing”.
Dalam
perhimpunan Bersih 2.0 pada 24 April 2012, terdapat bukti video yang jelas
menunjukkan Anwar memberi isyarat kepada penyokongnya agar merempuh anggota
Polis.
Tonton Video di bawah:
Tidak
cukup itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat
Sabu telah dengan terang-terangan mengisytiharkan Mat Indera, yang menjadi
ketua Platun komunis, yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira
sebenar. Dalam ceramahnya pada 21 Ogos 2011,di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Mat
Sabu menyatakan Polis yang menjaga keselamatan penduduk Bukit Kepong sebagai
“anjing penjajah”.
Ini
antara kata-kata yang dituturkan oleh Mat Sabu sendiri bagi menguatkan lagi
pendiriannya yang menjunjung hormat ‘pahlawan’ komunisnya itu.
“Jins
Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit
Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan
balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum
gantung,” katanya.
Permainan
dan pemikiran Mat Sabu itu jelas dapat ditafsir semuanya kerana niat dan agenda
politik semata-mata. Belia sanggup menafikan kekejaman Komunis “Bintang Tiga”
ke atas rakyat negara ini terutamanya kepada orang Melayu hanya kerana mahu
memburukkan pasukan keselamatan negara dan kerajaan Barisan Nasional.
Sikap
Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan maruah pasukan keselamatan sangat
konsisten dalam dirinya. Dalam himpunan Bersih 2.0 Timbalan Presiden Pas ini
mendakwa beliau dirempuh oleh Land Rover Polis. Habis dicanangnya kepada media
dan orang ramai, kononnya Land Rover PDRM telah merempuhnya hingga menyebabkan
kakinya cedera teruk dan perlu dibedah. Dia begitu gigih mempertahankan
kenyataannya.
Namun,
setelah PDRM mempamerkan rakaman CCTV yang diambil dari kawasan dia ditangkap
dan rakaman visual tersebut jelas menunjukkan Land Rover PDRM itu tidak
langsung bersentuh dengan motosikal yang diboncengnya. Tidak langsung meminta
maaf terus dia pusing cerita, kali ini kononnya dia dilanggar oleh kereta Waja
PDRM pulak! Padahal, rakaman itu jelas menunjukkan dia langsung tidak
dilanggar. Sebaliknya motosikal yang dibonceng Mat Sabu itu sebetulnya hilang
kawalan dan terlanggar pembahagi jalan!
Apakah
parti seperti ini yang mahu diundi oleh pasukan Keselamatan negara dan rakyat?
Mat
Sabu juga merupakan antara pemimpin Pakatan pertama yang mendakwa peristiwa
rampasan kem Bukit Jenalik di Sauk Perak oleh kumpulan pengganas al-Maunnah
sebagai sandiwara UMNO. Dalam kes ini dua orang anggota keselamatan terkorban,
namun Mat Sabu langsung tidak menghargai pengorbanan mereka menjaga keselamatan
negara.
Sebaliknya,
pengorbanan para anggota keselamatan negara dibalas dengan cercaan dan tuduhan
kononnya ini semua sandiwara kerajaan dan anggota keselamatan. Tidak pernahkah
Mat Sabu mendalami perasaan anak-anak perajurit ini apabila membaca
kenyataan-kenyataan tidak berhati perut beliau hanya atas sebab politik
kepartian. Nyawa tidak penting kepada Mat Sabu berbanding politik kebenciannya.
Yang
menghairankan ada bekas pegawai Polis dan Tentera sanggup menyertai Pakatan
hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan atas sebab peribadi seperti –
kenaikan pangkat, tidak dapat lesen syarikat keselamatan atau mendapat apa-apa
kontrak kerajaan.
Dengan
berdiri atas pentas Pakatan, bekas jeneral dan pegawai kanan Tentera dan Polis
ini tidak sedar mereka sedang “kencing atas kubur” rakan seperjuangan mereka
yang terkorban mempertahankan rakyat sejak zaman darurat dahulu.
Bagi
Pakatan, selagi Barisan Nasional memerintah, pasukan Keselamatan tidak lebih
daripada anjing kerajaan biarpun merekalah yang menjaga keselamatan rakyat
tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Inikah parti yang
akan kita undi? Sangat menghairankan jika ada anggota pasukan keselamatan yang
sanggup mengundi parti ini. Amat juga menakjubkan ada rakyat biasa yang telah
menikmati keselamatan dan keamanan hasil usaha keras pasukan keselamatan negara
sanggup memberi undi kepada kumpulan pemimpin politik yang tidak mengenang jasa
ini.
MYKMU
MYKMU
Conclusion,dia orang ini Pengkhianat dan Sampah Masyarakat.
ReplyDeletedah meninggal sorang lagi anggota ATM al fatihah
ReplyDeleteTp ada jugak org melayu yg bodoh sampai x nmpk kejahatan yg dibuat oleh pembangkang
ReplyDelete