Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun
Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri
Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali
sebagai ESSCOM (Eastern Sabah Security Command)
Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas
Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna
baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan
keselamatan khas ini
Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan
di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi
memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.
Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad
Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat,
Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah
meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.
Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya
terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan
Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai
pengajaran berguna.
Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan
Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan
dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran
pendatang asing juga akan dapat di kekang.
Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk
membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di
masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah
menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.
Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud
Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan
ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan
keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.
Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini
mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan
semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.
tq admin maklumat mengani esscom..tolong share ok di blog kami. patriotik ...tahniah
ReplyDelete