Dulu masa insiden Sauk, siapa Timbalan Panglima Tentera Darat? Perisikan juga disalahkan? |
Kenyataan ini diperolehi
melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Bahagian Staf
Perisikan Pertahanan (BSPP). Ekoran daripada insiden pencerobohan di
Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan
mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan
melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka
cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa
perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN.
Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan
satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi
memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa. Martabat perisikan tentera
kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam
keselamatan dan kedaulatan negara. Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak
boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan
operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama
BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya
Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk
kegunaan operasi.
Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang
buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be
lost'. Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war
of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba
meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun,
pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri
sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu,
diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang. Harus diingat bahawa perisikan
mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis'
malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat
walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan
nyawa mereka sebagai sandaran.
Perlu ditegaskan bahawa dalam
insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera (BSPP) TIDAK
PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK
PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak".
Admin amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas warga BSPP serta
'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar
tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama
bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang
telah terbina sejak era melawan insurgensi.
NAVY THE BEST/MERAPU SAKAN
ada lah yg dia nak masa nak pencen dulu, tapi kerajaan x layan....tu pasal merapu & meraban jer pak general pencen tu....
ReplyDeleteAku pun bekas Kor Risik juga...tapi aku ingat penulis ini tidak menyatakan kebenaran dalam tulisan ini. Tulisan ini saya kelaskan sebagai E5 sahaja
ReplyDelete