Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 21 March 2013

INSIDEN LAHAD DATU - APA KATA WARGA PERISIKAN TENTERA


Dulu masa insiden Sauk, siapa Timbalan Panglima Tentera Darat?
Perisikan juga disalahkan? 

Kenyataan ini diperolehi melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN.

Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa. Martabat perisikan tentera kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk kegunaan operasi. 

Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be lost'. Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun, pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu, diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang. Harus diingat bahawa perisikan mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis' malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan nyawa mereka sebagai sandaran.
 
Perlu ditegaskan bahawa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera (BSPP) TIDAK PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak". Admin amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas warga BSPP serta 'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang telah terbina sejak era melawan insurgensi.

NAVY THE BEST/MERAPU SAKAN

2 comments:

  1. ada lah yg dia nak masa nak pencen dulu, tapi kerajaan x layan....tu pasal merapu & meraban jer pak general pencen tu....

    ReplyDelete
  2. Aku pun bekas Kor Risik juga...tapi aku ingat penulis ini tidak menyatakan kebenaran dalam tulisan ini. Tulisan ini saya kelaskan sebagai E5 sahaja

    ReplyDelete