Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 21 November 2011

TENTERA DARAT MALAYSIA: PENAFIAN MEMILIKI LAMAN WEB SOSIAL


Adalah dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak mempunyai sebarang laman sosial  rasmi seperti Facebook, Friendster, Twitter, My Space atau mana mana laman sosial yang lain. Sekiranya terdapat mana-mana laman sosial yang menggunakan nama TENTERA DARAT MALAYSIA atau Logo Tentera Darat Malaysia, ia bukanlah satu laman sosial yang rasmi dan Tentera Darat Malaysia tidak akan bertanggung jawab diatas segala kandungan atau maklumat yang disiarkan. Semua maklumat berkenaan dengan Tentera Darat Malaysia hanya akan disiarkan melalui laman web ini sahaja. Harap maklum

Sumber: www.army.mod.gov.my

Contoh di Facebook
Hebahan sebegini amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan ID TDM oleh pihak-pihak tertentu. Maklumlah, di alam maya, sesuatu maklumat tu tersebar dengan cepat sebelum kita klik butang 'enter'. Saya ada menyemak akaun Facebook dan memang benar, ada individu yang menggunakan nama 'Tentera Darat' samada dalam akaun persendirian, Page Author dan Group. Untuk tujuan apa? Itu saya kurang pasti. Mungkin ada pengguna yang benar-benar meminati profession ketenteraan lantas mewujudkan group untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan ketenteraan? Atau untuk menghimpunkan rakan-rakan sesama skot, rakan-rakan dalam satu perkhidmatan  dan lain-lain untuk saling mengenal? Cuma harus diingat, sebarang maklumat yang disiarkan  tidak mewakili pendirian atau kenyataan sebenar dari pihak Tentera Darat Malaysia.

Contoh di Facebook
Apa yang penting, biarlah setiap perkataan dan setiap maklumat yang disiarkan berlandaskan fakta yang tepat, sahih dan berintegriti. Pada rakan-rakan tentera mahupun civilian, amat dialu-alukan sekiranya anda semua dapat menyebarkan kenyataan ini kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih...

3 comments:

  1. TD perlu ada laman social networks sendiri seperti twitter, youtube dan flickr untuk siarkan maklumat yg bukan P & C dan untuk jalinkan hubungan rapat antara warga TD dan dunia luar/awam... sila lihat link ini.... http://www.facebook.com/pacific.command.. satu contoh terbaik...

    ReplyDelete
  2. Diplomasi di Zaman Media Sosial
    Pada 10 November 2011, Kaunselor Hal Ehwal Awam Scott Rauland telah bercakap kepada 150 pegawai rendah diplomatik dan pentadbiran Malaysia mengenai “Diplomasi di Zaman Media Sosial” di Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar Negeri (IDFR), Kuala Lumpur. Dalam ucapan beliau, Encik Rauland memberi tumpuan kepada penggunaan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan penonton hari ini, yang lebih suka akan sesuatu yang interaktif, berbeza dengan media tradisional malah blog dan laman web. Pembentangan beliau termasuk contoh-contoh bagaimana Kedutaan Amerika Syarikat dan Duta Besar A.S. menggunakan Facebook, Twitter, YouTube dan sembang web. Persembahan beliau juga memaparkan demonstrasi iPad2 yang diberikan oleh Kedutaan kepada sudut-sudut Lincoln di Malaysia tahun ini.

    ReplyDelete
  3. Angkatan Tentera Malaysia sekarang banyak ketinggalan zaman tidak seperti laman web yang di sepertimana yang telah saudara Daeng Zaid maklumkan. Sila kita klik http://www.facebook.com/pasific.command adalah merupakan ciri-ciri paparan sudut yang terbaik dan terkini. Bukan semuanya kita mendedahkan segala maklumat kerahsian kerajaan. Hanya untuk tatapan umum bagi jenerasi muda sama ada pelbagai kaum untuk mendapat sedikit pendedahan serta maklumat terkini tentang kemajuan Tentera Malaysia kita yang serba moden dan canggih. Sebagai contoh kenderaan Vamtec yang baru. Kita tengok sendiri tentera US yang begitu bangga dengan cara serta indentitinya sendiri. Apa yang dipaparkan oleh Angkatan Tentera Malaysia kebanyakannya tidak boleh dibanggakan langsung oleh masyarakat kita Malaysia.

    Contoh banyak kita lihat fakta-fakta dan juga filem-filem peperangan dari US mereka begitu bangga walaupun ianya bukan kejayaan yang sebenar tetapi ianya bangga dan menyanjung tinggi pasukan keselamatan Angkatan Tentera mereka. Sebab itulah sekarang ini ramai dikalangan orang luar/awam (Malaysia) tidak begitu respect dengan anggota keselamatan kita sekarang ini.

    Baru-baru ini cuba kita imbaskan peristiwa bersih 3.0 dimana anggota pasukan keselamatan PDRM boleh dibelasah oleh orang luar/awam. Dimanakah kuasa serta martabat pasukan keselamatan yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga keselamatan negara.

    Justeru itu contoh-contoh bagaimana kita menggunakan menggunakan laman Facebook, Twitter, YouTube dan sembang web dapat memberikan info serta maklumat terkini tentang kemajuan Pasukan Keselamatan Angkatan Tentera Malaysia/PDRM yang boleh mengerunkan serta menaikan semangat serta mendapat pujian dari agensi luaran/awam. Barulah disitu timbulnya promosi untuk menarik ramai minat dikalangan orang awam pelbagai bangsa dan agama untuk memasuki kerjaya di bidang Pasukan Keselamatan untuk menjaga maruah bangsa dan agama.

    ReplyDelete