Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) dilaporkan akan mengambil tindakan seorang anggota tentera (full time national serviceman) yang mencemuh Islam dalam laman web sosial Facebook. MINDEF berkata demikian dalam jawapannya kepada pertanyaan media mengenai laporan seorang anggota tentera kebangsaan (NSF) menyiarkan gambar ayat mengkritik Islam di dalam akaun Facebook miliknya.
"Kami memandang serius kelakuan anggota kami di khalayak umum," kata kementerian itu. Anggota itu dikenal pasti sebagai Christian Eliab Ratnam yang menyiarkan gambar teks berbunyi
'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian
yang dikuatkuasakan secara paksa'
Ratnam juga dilaporkan menyokong perjuangan Israel dan Yahudi, berdasarkan bendera dan simbol Tentera Pertahanan Israel pada akaun Facebooknya, selain menganggotai kumpulan penyokong rakyat Israel dan Yahudi di Singapura.
Penyokong Israel dan Yahudi di Singapura |
Tindakannya turut dikecam oleh rakyat Singapura dan akaun Facebooknya telah ditutup.Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Hal Ehwal Awam MINDEF, Kolonel Desmond Tan berkata, siasatan polis sedang dijalankan.Menurutnya, MINDEF sedang membantu siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu. Untuk maklumat pembaca, Akta Hasutan (Sedition Act) telah dikenakan keatas beliau.
FB sudah ditutup |
Siasatan seumpama ini adalah yang kedua dalam bulan ini.Sebelum ini, seorang bekas anggota sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jason Neo disiasat kerana kenyataannya di dalam Facebook yang menghina kanak-kanak Melayu yang menaiki bas sekolah. Keterangan lebih lanjut DISINI.
Walaubagaimanapun, Christian Eliab Ratnam telah memohon maaf atas kenyataan tersebut. Kenyataannya di The Online Citizen : A Community of Singaporeans adalah seperti berikut:
No comments:
Post a Comment