Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday, 4 November 2011

SALAM AIDIL ADHA UNTUK PEMBACA SETIA


Bahangnya sukar diatasi. Hari Raya Qurban 1432 Hijrah kian lama mendekati. Aidil Adha mengembalikan kenangan-kenangan penting kepada kita, lalu mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pengajaran-pengajarannya.

Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.

Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.

Kita sentiasa ingat bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begutu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar. Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya.

Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“. Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

ASKAR SETIA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Aidiladha kepada semua pembaca yang beragama Islam. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman, selamat pergi dan pulang. Berhati-hati semasa memandu dan patuhi peraturan dan had laju yang ditetapkan.

1 comment: