Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday, 14 November 2011

LAGI KOLUMNIS PENIPU BERKAITAN TLDM

Bila aku baca artikel di Malaysia Today mengenai KD Transformer 1Malaysia ada sesuatu yang mencuit hati ini. STUPID!. Saya rasa itu klasifikasi paling tepat yang saya boleh berikan kepada penulis yang bernama Hakim Joe yang menulis seperti HERO seolah-olah tahu serba serbi mengenai aset-aset pertahanan di Malaysia-Today. Stealth Technology? Saya sarankan Hakim Joe buat kajian terlebih dahulu, semak betul-betul dan jika perlu, rujuk kamus McMillan terlebih dahulu jika mahu bercerita tentang Stealth Technology. Tidak perlu rasanya bercerita mengenai sesuatu yang anda tidak tahu. Lebih buruk lagi, Hakim yang kurang cerdik ini mahu bercerita mengenai aset perolehan TLDM. Kelakar pun ada.

Pelik bin ajaib. Dari mana asal usul idea beliau untuk menipu pembaca dengan dakwaan tidak berasas dan tanpa usul periksa. Pihak TLDM dikatakan berniat untuk memperolehi 6 buah US-made Hamilton-class Offshore Patrol Vessel (OPV) dari Amerika Syarikat? Dari sumber mana ni bang? Dakwaan kurang cerdik berkenaan ditokok tambah pula dengan dakwaan nilai sebuah OPV ialah RM1Bil. Fuhhh... Pembelian tersebut didakwa dibuat kerana:

It is well known on the maritime scene that any vessels traversing the Straits of Malacca runs a high risk of being hijacked and henceforth the urgent need of such vessels to effectively deal with this sea borne threat. With Its array of ion cannons and stealth capability, the RMN should find no trouble discouraging any would be pirates from ever operating anywhere near Malaysian territorial waters (Singapore is okay).

Petikan asal artikel ‘Hakim Joe’
di Malaysia Today.net



Hakim Joe, seperkara lagi yang saya cuba ketengahkan ialah masalah perlanunan dan jenayah maritim di Selat Melaka adalah amat terpencil dan kini saudara mendakwa sebaliknya. What the...  Mungkin beliau menggunakan statistik International Maritime Bureau (IMB) 10 tahun yang lepas barangkali. Bukan itu sahaja, dakwaan beliau mengenai “Singapore (Strait) is okay” adalah satu kenyataan yang amat mengjengkelkan dan mempamerkan kebodohan saudara dalam membincangkan isu-isu maritim, perlanunan dan aset ketenteraan. Saya syorkan agar saudara periksa statistik jenayah maritim di Singapore Straits dari tahun 2006. Statistiknya jelas menunjukkan kenaikan jumlah kes jenayah di kawasan perairan tersebut. Ok, saya mudahkan (rujuk www.icc-ccs.org kemudian klik “IMB Piracy Reporting Centre”, kemudian klik “Life Piracy”…)

Kemudian, untuk menjadikan artikel tersebut lebih ‘catchy’, Hakim Joe menokok tambah dengan mendakwa:

The USN has also indicated that these new Hamilton class vessels will be renamed as the Transformer class to befit its billion Ringgit price tag and quite a few top RMN echelon are secretly hoping to name the first of these vessels Optimus Prime. Secret reports leaked from the Ministry of Defense however indicates that the first of these vessels be named KD Transformer 1Malaysia and to be painted bright fluorescent pink to enable instant visibility...

Pihak TLDM akan menamakan OPV berkenaan sebagai Optimus Prime/KD Transformer 1Malaysia? Kapal-kapal berkenaan akan dicat dengan warna pink untuk mudah dilihat? Apa punya tahap kecerdikan agaknya saudara Hakim Joe ni ya?

Untuk makluman pembaca, sehingga kini, belum ada apa-apa cerita mengenai hasrat TLDM untuk membeli sebarang OPV dari Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi akan dengan nama ‘Transformer’. (mungkin Hakin Joe terpengaruh dek movie Transfomer rasanya) atau Hakim Joe sudah benar-benar terdesak untuk menjadi kolumnis HERO di Malaysia-Today dengan menyiarkan artikel ‘sensasi’ tetapi hakikatnya KOSONG dan berunsur FITNAH semata-mata. Kewujudan artikel-artikel berkenaan dan ditambah dengan komen-komen emosi dari pembaca hanya akan memburukkan keadaan dan boleh menjejaskan kredibiliti TLDM. Saudara Hakin Joe, penulisan anda adalah SALAH dan ia membuktikan bahawa anda ‘KURANG CERDIK’...


Malaysia-Today? Apa tindakan anda?



7 comments:

  1. setuju sangat lah "askar setia"...manusia ni kadang2 rasa dah cerdik sgt dah tapi kita kena sedar nikmat yg tuhan bg ni terbatas tuk umat-Nya.hanya DIA saja yang Maha Bijaksana dan Mengetahui..manusia ni pandai memandai dan suka memfitnah lagi ada la....so, pengajaran buat semua,..baca..mengkaji..dan terus belajar untuk menegakkan yang benar...jangan asyik nk kelirukan org lain dengan fakta dan perkara yang xbetul ja (untuk Malaysia-Today)...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Inila yg dikatakn tk cerdik tp buat2 cerdik. Tk pandai buat2pandai. Analoginya spt seorg DR memberi nasihat utk perancang klrga merupakn sumber kredible dn org yg berauthoriti dr seorg petani yg bercakap bgm utk meranc klrga. So pd sy go for it belasah lg siapa yg bawa mulut.

    ReplyDelete
  4. aku pon geram n sakit hati jgk tgk mamat hakim ni.dosa memfitnah itu lebih besar dr membunuh.then x perlu nak tnjuk pndai.org kt negara kita ni da ckup pndai nk menilai mana betul n mana salah.

    ReplyDelete
  5. nak tambah sikit. artikel yang lebih kurang sama bunyinya ada disiarkan di blog MiloSuam dan Zakri Ali Rangkuti.

    Cngrats to blogger Bidaman sebab kantoikan dua blogger capuk tu..

    ReplyDelete
  6. Navy The Best pon ada kluarkan jugak artikel ni, menyampahlah dengan orang yang kononnya tahu serba serbi walhal satu hapa tak tahu. Jangan di layan sangat dengan dakyah tu. Kenyataan blogger Bidaman memang mantap.

    ReplyDelete
  7. Interesting read thanks for sharing

    ReplyDelete