Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Showing posts with label Tentera Darat Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Tentera Darat Malaysia. Show all posts

Tuesday, 6 March 2012

BLOGGER BERUK KETAWA HINA PTD... PENULISAN MANUSIA TIDAK PUNYAI AKAL...

Sempena sambutan ulangtahun Tentera Darat (TD) yang ke 79 baru-baru ini, banyak entri-entri berkaitan kesiapsiagaan TD, keampuhan dan ketumbukan TD dan juga kepimpinan tertinggi TD. Kepelbagaian entri-entri tersebut termasuklah dengan artikel yang disiarkan untuk menyebarkan FITNAH dan mengkritik kepimpinan Panglima Tentera Darat iaitu Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin. Macam-macam tohmahan dilemparkan dan bunyinya cukup menyakitkan hati. Nak dipendekkan cerita, blog BERUK KETAWA (namanya pun dah cukup membayangkan keperibadian penulis blog tersebut) telah menyebarkan artikel pembohongan keatas PTD.

            BERUK KETAWA? Patutlah penulisannya bunyinya 
                                    seperti orang tidak berakal 

Askar Setia memetik respon bernas kepada artikel-artikel BERUK KETAWA dari laman blog Cheritera Seribu Satu Malam

Klik untuk ke Blog Cheritera Seribu Satu Malam di SINI

Beruk Ketawa Hina YDPA. KDN tunggu apa lagi?


Berlanjutan daripada dakwaan blog Beruk Ketawa yang mengatakan bahawasanya Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin tidak layak memegang turus Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat adalah tidak tepat dan berbentuk fitnah semata-mata. Sebelum itu, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan Jeneral Datuk.

JENERAL DATUK HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
PGAT PJN SIMP PSAT DGMK DPTS PAT JSM KMN AMK BSK rcds mpat lmt mm (AIM)
Manila ADBM (Wales)
Dilahirkan di Perak pada 30 November 1958, Jeneral Datuk mula berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia pada 5 Januari 1978. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales pada 1995. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Asian Institute of Management dan berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Sarjana Pengurusan pada 1998. Selain daripada itu juga, beliau adalah graduan lepasan Diploma, Royal College of Defense Studies dari Imperial Defense College, London dan selain memiliki kelulusan akademik, beliau juga berkelulusan dalam bidang ketenteraan, antaranya, Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1992, Diploma Maktab Pertahanan Malaysia pada 1999. Sebagai seorang pegawai tentera, beliau mengikuti pelbagai kursus ketenteraan dan awam di Malaysia, Australia, United States, United Kingdom dan New Zealand

Jeneral Datuk juga pernah menjadi jurulatih dan pengajar di salah sebuah akademi yang dikenali Army Training Group and Senior Instructor di New Zealand Army Infantry School pada 1986 hingga 1988. Di situ, beliau dipertanggungjawabkan bagi mengajar pegawai-pegawai dari New Zealand dan Negara Komanwel yang lain tentang persenjataan, taktik dan Counter Insurgency Warfare (CIW). Pada tahun 1992 hingga 1993, beliau telah menjadi jurulatih di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA). Beliau juga pernah menjadi Komandan PUSASDA di Port Dickson pada tahun 2002 hingga 2004. Seterusnya beliau telah menyandang jawatan sebagai Naib Canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Berdasarkan pengalaman beliau yang mantap, beliau adalah di antara calon yang sangat diyakini untuk memegang tampuk pemerintahan di dalam Tentera Darat. Pada 21 Mei 2010 beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat. Langkah kerjaya beliau semakin di mercu lantas pada 14 Jun 2011, atas keyakinan dan kepercayaan yang penuh serta dedikasi yang tinggi , beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke - 24. 


Antara pencapaian beliau di sepanjang perkhidmatan adalah menjadi penuntut terbaik dalam pelbagai kursus ketenteraan yang beliau hadiri. Semasa memegang jawatan sebagai Panglima 7 Briged, beliau juga telah berjaya memenangi Army Award Excellence in Management pada tahun 2006 dan Armed Forces Award of Excellence pada tahun 2007.


Di atas merupakan sedikit sebanyak profil Panglima Tentera Darat kita, dan perlu diingatkan bahawasanya perlantikan jawatan dalam Tentera Darat lagi-lagi yang melibatkan perlantikan seseorang itu sebagai PAT/PTD/PTU/PTL bukanlah diatas kuasa SBPA secara total. Ianya adalah satu penghinaan daripada Beruk Ketawa seolah-olah Tentera Darat mengikut telunjuk SBPA dan tidak tahu bagaimana untuk melantik seorang ketua bagi menerajui kepimpinan tertinggi Tentera Darat itu sendiri. Kalau isu tentang gaji itu pon, memerlukan perbincangan yang menyeluruh bersama-sama Pegawai-Pegawai tentera berjawatan tinggi yang lain, inikan pula isu dalam memilih siapa yang akan jadi Panglima Tentera Darat. Tolonglah Beruk Ketawa, nak buat posting pun janganlah menampakan kebodohan diri sendiri.Semua ni adalah satu usaha untuk menanam perasaan benci rakyat terhadap Angkatan Tentera Malaysia. Harap takde la sesiapa yang sebodoh Beruk Ketawa.


Di dalam perlantikan sebagai seorang Panglima, memang betul elemen senioriti juga diambil kira walaubagaimana pun bukan setakat ciri tersebut sahaja yang diambil kira. Sebenarnya tidak semestinya seorang pegawai senior itu lebih baik daripada seorang pegawai junior, ini kerana setiap individu itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri seperti juga beribu-ribu ekor ikan di lautan luas. Tidak terlintas di ruang benak fikiran saya untuk membandingkan Jeneral Datuk dengan mana-mana pegawai lain yang lebih senior daripada beliau. Sesungguhnya, setiap daripada tuan-tuan sekalian, adalah permata yang begitu bernilai. Apa yang penting di sini, perlantikan Datuk sebagai Panglima Tentera Darat dibuat berdasarkan kelebihan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk.


Beruk Ketawa, isu negeri kelahiran Jeneral Datuk dari Perak tidak timbul sama sekali kerana perlantikan sebegini penting memerlukan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, iaitu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Jikalau Beruk Ketawa mengatakan Datuk Zahid Hamidi 'kautim' dengan Jeneral Datuk,secara tidak langsung Beruk Ketawa juga menuduh YDPA sebagai salah seorang yang terlibat dengan 'konspirasi' yang dikatakan oleh Beruk Ketawa wujud dalam Angkatan Tentera Malaysia.


Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu dan juga kepada seluruh kaum kerabat Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Beruk Ketawa perlu MEMINTA MAAF kepada Tuanku Sultan.


p/s: Tun Hanif Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara dulu pon mendahului rakan-rakannya yang lebih senior,kenapa baru sekarang isu ini hendak timbul? Kalau dulu depa paksa  ATM paparkan seluruh maklumat pertahanan Malaysia, dah tak berjaya, nak attack PTD pulak? baik-baik, tersilap langkah, ko kene attack.

Monday, 21 November 2011

TENTERA DARAT MALAYSIA: PENAFIAN MEMILIKI LAMAN WEB SOSIAL


Adalah dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak mempunyai sebarang laman sosial  rasmi seperti Facebook, Friendster, Twitter, My Space atau mana mana laman sosial yang lain. Sekiranya terdapat mana-mana laman sosial yang menggunakan nama TENTERA DARAT MALAYSIA atau Logo Tentera Darat Malaysia, ia bukanlah satu laman sosial yang rasmi dan Tentera Darat Malaysia tidak akan bertanggung jawab diatas segala kandungan atau maklumat yang disiarkan. Semua maklumat berkenaan dengan Tentera Darat Malaysia hanya akan disiarkan melalui laman web ini sahaja. Harap maklum

Sumber: www.army.mod.gov.my

Contoh di Facebook
Hebahan sebegini amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan ID TDM oleh pihak-pihak tertentu. Maklumlah, di alam maya, sesuatu maklumat tu tersebar dengan cepat sebelum kita klik butang 'enter'. Saya ada menyemak akaun Facebook dan memang benar, ada individu yang menggunakan nama 'Tentera Darat' samada dalam akaun persendirian, Page Author dan Group. Untuk tujuan apa? Itu saya kurang pasti. Mungkin ada pengguna yang benar-benar meminati profession ketenteraan lantas mewujudkan group untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan ketenteraan? Atau untuk menghimpunkan rakan-rakan sesama skot, rakan-rakan dalam satu perkhidmatan  dan lain-lain untuk saling mengenal? Cuma harus diingat, sebarang maklumat yang disiarkan  tidak mewakili pendirian atau kenyataan sebenar dari pihak Tentera Darat Malaysia.

Contoh di Facebook
Apa yang penting, biarlah setiap perkataan dan setiap maklumat yang disiarkan berlandaskan fakta yang tepat, sahih dan berintegriti. Pada rakan-rakan tentera mahupun civilian, amat dialu-alukan sekiranya anda semua dapat menyebarkan kenyataan ini kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih...