Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday, 15 November 2011

BLOGGER MILOSUAM KANTOL SIAR MAKLUMAT PALSU

Rentetan daripada laporan akhbar oleh Utusan Malaysia mengenai hasrat TLDM untuk memiliki kapal 'halimunan', (klik SINI), berderu-deru blogger upahan Pakatan Rakyat menulis dan mengkritik hasrat tersebut. Ada yang menulis ikut sedap jari menekan keyboard tanpa melakukan sebarang penyelidikan terlebih dahulu mengenai faktor perbandingan harga dan spesifikasi kapal-kapal berkenaan. Lebih mengjengkelkan, blogger-blogger berkenaan menulis tidak berlandaskan KEWARASAN dan ditokok tambah oleh komen-komen dari pembaca yang melepaskan geram.

Blogger MiloSuam merupakan salah seorang blogger upahan PR yang 'bersusah-payah' mencari fakta demi menyiapkan sebuah artikel untuk mengkritik  hasrat TLDM tersebut. Namun, beliau silap sama sekali. Artikel tersebut telah disangkal oleh blogger Bidaman yang jelas berjaya mengemukakan fakta dan hujah tepat mengenai spesifikasi kapal-kapal berkenaan dan kelebihannya sekiranya beroperasi di perairan negara. 

Milosuam Kantoi Lagi ! : Kapal Peronda Malaysia Terlalu Mahal Berbanding Filipina??

Blogger Milosuam buat fitnah ! Kali ni berkenaan kapal SGPV yang bakal dibina di Malaysia . Blogger ini dengan kemampuan berfikir dan mencari maklumat yang amat lemah telah membandingkan harga pakej 6 buah SGPV yang akan dibeli Malaysia dengan harga kapal peronda Filipina. Saudara-saudara sekelian, sebenarnya Milosuam sedang membuat perbandingan harga umpama harga segelas air suam dengan harga segelas fresh orange. Berikut adalah penjelasan sebenar.

Dua syarikat yang tersenarai pendek ialah kapal kelas Sigma 10614 (Belanda) dan kelas Gowind (Peranchis).

Sigma Class - SGPV Malaysia (Option 1)






i. Reka bentuk modular yang terbukti berjaya mengurangkan kadar pantulan radar.

ii.Penggunaan sistem pengurusan tempur jenis Tacticos, yang diakui sebagai antara terbaik di dunia. 

iii. Sigma 10614 adalah versi berbeza kerana jauh lebih canggih, panjang dan lebar berbanding empat buah Sigma 9113 (korvet) dan dua Sigma 10514 (friget) milik Indonesia, mahu pun Sigma yang dimiliki Tentera Laut Maghribi.


iv. Pada 6 Feb. 2008, kerajaan Maghribi telah menandatangani kontrak USD1.2 billion dengan Schelde Naval Shipbuilding untuk pembinaan 2 buah SIGMA class. 

sumber:   http://en.wikipedia.org/wiki/Sigma_class_corvette


Gowind Class - SGPV Malaysia (option 2)


i. Rekabentuk Halimunan setanding friget class Delta (Singapore) , berkonsep Stealth


ii. Kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.


iii. Spesifikasi pembinaan mempunyai panjang 99.5m dan sesaran/displacement 2,200 tons (muatan penuh).

sumber:-

"Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo".

"Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut".

Pada October 2006 , Perdana Menteri Bulgaria dan President Peranchis bermesyuarat untuk kontrak pembelian 4 buah Gowind class . Kontrak pada masa itu dianggarkan EUR900 million (USD 1.25 billion). Walau bagaimanapun kerajaan Bulgaria terpaksa menarik diri dari tender kerana tiada kemampuan 

sumber:

Kesimpulan.

Berdasarkan maklumat di atas, harga untuk sebuah Sigma class =( USD1.2 bil x 3.15 ) / 2 = RM 1.89 billion) . Manakala harga untuk sebuah Gowind class = (USD1.25 billion x 3.15) / 4 = RM 0. 984 billion


Perlu kita ingat harga yang tertera di atas ialah pada tahun 2008 (Sigma class) dan tahun 2006 (Gowind class), tukaran USD berbanding dolar bukan pada kadar 3.15 , dan sepatutnya pada kadar yang lebih tinggi.



Dan sekarang kita telah berada pada tahun 2011, spesifikasi untuk Sigma class dan Gowind class telah dipertingkatkan juga sepatutnya kos juga meningkat tetapi kerajaan masih berupaya berunding sehingga berjaya mendapatkan harga hanya pada RM1 billion sebuah . 

Apa yang dibeli oleh kerajaan Filipina ialah (Hamilton class) ship iaitu jenis kapal tempur yang berbeza berbanding Sigma class dan Gowind class.





Dari wikipedia serba sedikit berkenaan Hamilton class ;

"The Hamilton class cutter was the largest class of vessel in the United States Coast Guard until replaced by the National Security Cutter, aside from the Polar Ice Breakers. The hull classification symbol is prefixed WHEC. The cutters are called "Hamilton class" after their lead ship, or "Secretary class" because they are named after Secretaries of the Treasury (with the exception of "Hero Class cutters" Jarvis, Munro and Midgett,). They are powered by a CODOG (Combined Diesel or Gas) system consisting of two diesel engines and two gas turbines, and have controllable pitch propellers. Equipped with a helicopter flight deck, retractable hangar, and the facilities to support helicopter deployment, these 12 cutters were introduced to the Coast Guard inventory in the 1960s. Beginning in the 1980s and ending in 1992, the entire class was modernized through the Fleet Rehabilitation and Modernization (FRAM) program, which included the replacement of the original 5 inch (127 mm)/38 caliber gunwith a much more modern 3 inch (76 mm)/50 caliber weapon. The primary mission of these vessels is enforcement of laws and treaties and search and rescue (SAR) on the high seas, including the U.S. exclusive economic zone."

Jelas spesifikasi dan teknologi Hamilton class adalah lebih rendah berbanding Sigma dan Govind class. Pada masa kini Hamilton class digunakan oleh dua negara iaitu Filipina dan Nigeria.

Blogger Milosuam kantoi lagi... jelas sekali blogger pro -PR ini melakukan analisis yang amat dangkal sekali . Banyak lagi posting2 beliau sebelum ini dipersoalkan kesahihannya. Apa yang menarik , pemberi komentar menyokong dalam 'entry' beliau hanya mengangguk seperti lembu yang dicucuk hidung tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.


11 comments:

  1. beli canggih manggeh tp xleh nk maintai buat gapo?

    ReplyDelete
  2. nk mantain kena pakai duit byk. keutamaan pd rakyat. canggih maksudnya tahan lama. beli murah tp x tahan lama nk wat camna. keperluan rakyat kt bwh kena dulukn dulu. cikgu minta naik gaji, kerani N17 minta naik gaji. org kg nk duit beli baja n beli minyak petrol murah. so, askar tpksa bersabar skitla.

    ReplyDelete
  3. bukan masalah keutamaan pada sape2 pon, kalo fikir mcm tu, mmg x termaintain lah benda tu kann?

    ReplyDelete
  4. Itulah kesilapan kita dalam berfikir, contoh yang mampu Navy The best berikan ialah seorang pemen basikal nak bercerita atau komen pasal repai kapal terbang. Apa yang sahih ialah komennya tak masuk akal. Untuk makluman saudara semua, sebelum membuat sesuatu permohonan perolehan, TLDM telah mengkaji segenap sudut, segenap aspek, segenap lurah, segenap cerok. So that bila perolehan tersebut direalisasikan oleh kerajaan, tidak akan timbul sebarang masalah. Dalam aspek ni, saya nasihatkan orang ramai agar benar-benar faham isu yang diketengahkan dan kaji dengan teliti. Janganlah kita terima bulat-bulat setiap tohmahan yang dibuat pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Brothers...

    1. The RMN is always professional and transparent. Your article is obviously very shallow and carries no bearing whatsoever on our maritime domain. It reflects that you are naïve of current maritime affairs and just highlighting for the sake of complaint. Your article contains more of untruth information and fantasy rather than facts and could be classified as “hentam keromo” article. Sad to say it’s just a reflection of your low integrity and intelligence.

    2. The RMN has no plans whatsoever to procure any vessel of cutter class from the United States, furthermore, your comparison of costs between Malaysia and Philippines purchased vessels is more of creating negative opinion towards the RMN. A littoral combat ships cannot be compare to a cutter class even though both are ships. It is like you are making a comparison to a durian and an apple because both are fruits.

    3. If you would researched on the current maritime issue in the Strait of Malacca, you will have discovered that the statistics of piracy and sea robberies in fact already in decline. Please refer to www.icc-ccs.org and click to “IMB Piracy Reporting Centre. Please check your fact before commenting!!! To date joint patrol of the littoral states piracy and sea robberies has been very successful. It speaks by itself as the statistic report on the above website.

    4. It’s my opinion that you are trying to create negative perception on the Navy. Please give positive comments that will encourage and inspire our brothers and sisters in the open seas.

    5. Well, procurement of assets and price are very subjective and dependence upon the nature of its capability and built-in system. You have no idea whatsoever on how, what and why the RMN evolved from the brown water to navy blue water capabilities. You will have to invest on a Mercedes if you want a quality, precision and capability as compared to a Suzuki Swift. Note I am using the metaphor of a Mercedes rather than Ferrari – Malaysia would not have afford to advancement procure a warship of the similar class technology comparing to a Ferrari.

    Navypeople

    ReplyDelete
  6. hok aloh.. segenap cerok aspek konon, last2 keparit gak..

    ReplyDelete
  7. Dear Killroy

    1. The RMN is always professional and transparent. Your article is obviously very shallow and carries no bearing whatsoever on our maritime domain. It reflects that you are naïve of current maritime affairs and just highlighting for the sake of complaint. Your article contains more of untruth information and fantasy rather than facts and could be classified as “hentam keromo” article. Sad to say it’s just a reflection of your low integrity and intelligence.

    2. The RMN has no plans whatsoever to procure any vessel of cutter class from the United States, furthermore, your comparison of costs between Malaysia and Philippines purchased vessels is more of creating negative opinion towards the RMN. A littoral combat ships cannot be compare to a cutter class even though both are ships. It is like you are making a comparison to a durian and an apple because both are fruits.

    3. If you would researched on the current maritime issue in the Strait of Malacca, you will have discovered that the statistics of piracy and sea robberies in fact already in decline. Please refer to www.icc-ccs.org and click to “IMB Piracy Reporting Centre. Please check your fact before commenting!!! To date joint patrol of the littoral states piracy and sea robberies has been very successful. It speaks by itself as the statistic report on the above website.

    4. It’s my opinion that you are trying to create negative perception on the Navy. Please give positive comments that will encourage and inspire our brothers and sisters in the open seas.

    5. Well, procurement of assets and price are very subjective and dependence upon the nature of its capability and built-in system. You have no idea whatsoever on how, what and why the RMN evolved from the brown water to navy blue water capabilities. You will have to invest on a Mercedes if you want a quality, precision and capability as compared to a Suzuki Swift. Note I am using the metaphor of a Mercedes rather than Ferrari – Malaysia would not have afford to advancement procure a warship of the similar class technology comparing to a Ferrari.

    Navypeople...

    ReplyDelete
  8. Segenap ceruk ye? Maknanya termasuklah komisen yg nak kenabagi kepada kronix kan? Adakah navy the best tu terlibat sekali di dalam proses pemilihan kapalx tersebut? Apa yg best sngt tu? Best dalam bab menganiaya orang kan? X semua aspek diberi pertimbangan. Akhir sekali yg bagi kata putus adalah orang politik bukan tentera. Xkan yang tu pun navy yg perasan best x tau? Rasanya mmng la x tau sbb dok jadi anjing menantu arwah ghafar baba saja.

    ReplyDelete
  9. salam saudara Pirate. Saya berpendapat, komen saudara terlalu emosional hingga menyebabkan saudara memberi komen yang terlalu cetek dan terbawa-bawa dengan propaganda yang dimainkan oleh pihak-pihak politik yang berkepentingan. Navy The Best ingin berkongsi sedikit maklumat dengan semua pengunjung:
    1. Isu komisyen, penyelewengan hanyalah satu propaganda atau helah sekelompok pihak untuk menimbulkan keraguan rakyat berkaitan ketelusan kerajaan dalam membuat perolehan sesuatu aset. Tanpa iosu berkaitan mereka tidak mampu untuk meraih kepercayaan rakyat. Walhal mereka sendiri tahu proses sebenarnya. Contoh yang paling mudah untuk saya berikan dan fahamkan semua ialah, hubungan baik antara Malaysia-Arab Saudi, hasil positif yang rakyat dapat ialah kuota menunaikan fardu haji yang lebih untuk warga Malaysia. Contoh kedua yang boleh saya berikan ialah dalam aspek hubungan Malaysia-China, tentunya salah satu sebab mempunyai kaitan dengan tuntutan Malaysia terhadap Spratly dan provokasi China pada Mei 2009. KEseluruhannya, kita perlu faham apa itu International Relation, apa itu Hubungan Bilateral dan Multilateral. Selagi kita tidak faham aspek ini, maka selagi itulah kita akan berfikiran jumud. Adakah saudara Pirate faham akan IR???
    2. Tohmahan "Best Dalam Bab Menganiaya Orang", Navy The Best tidak faham akan maksud Pirate kerana ianya adalah satu dakwaan berat terhadap TLDM tanpa mengetahui kebenaran sesuatu usul. Ingin Navy The Best bertanyakan Pirate, khatamkah saudara Pirate akan MBR 1066, PATLDM, AAT 1972, QRRN. Mendengar cakap-cakap orang tidak sama dengan dasar yang sedia wujud di dalam TLDM. Nasihat Navy The BEst sila harungi dan hayati kesemua rujukan yang diberi, selepas itu komenlah. Sudahkah saudara Pirate baca semua rujukan yang saya sebut???
    3. Penggunaan perkataan seperti anjing, babi, berok, lembu, kerbau menurut kajian psikologi, mencerminkan keperibadian seseorang, kematangan berfikir dan tahap akedemik seseorang. Navy The Best tidaklah kenal sangat dengan PTL namun melalui pemerhatian yang dibuat dan juga khabar dari warga TLDM, majoriti berkata bahawa kepimpinan beliau adalah yang terbaik. Nasihat Navy The Best ialah sebelum kita menuding jari kepada orang lain, sila cermin diri kita terlebih dahulu, lihat dimana silap kita, lihat dimana kekurangan kita, insyaallah kita akan mendapat jawapannya.
    Akhir sekalai, seandainya kita hanya memiliki sebuah basikal, janganlah kita berandaian buruk terhadap orang yang memiliki motorsikal. Kalau kita mahukan sebuah motorsikal kita harus berusaha, kerana usaha itu tanga kejayaan.

    ReplyDelete
  10. En. Navy XBest,

    Penyelewengan mungkin x berlakulah (harap-harap lah) semasa procurement tuh kot, tp mungkin berlaku masa pengeluaran tender maintenance kapal tu.. Bolt sebatang pon melambung2 harganye punn.. kalo dah penyamun tarbus, mana2 pon boleh songlap kann??

    ReplyDelete
  11. en prate_underground,

    setuju dgn ayat kroniX tu..

    ReplyDelete