Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 13 September 2012

CERITA KOTOR DISEBALIK SUARAM DAN MALAYSIAKINI

Sebelum ini Askar Setia menyiarkan artikel mengenai penglibatan ejen asing yang berselindung disebalik persatuan-persatuan, NGO, pergerakan pelajar dan banyak lagi yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan danmenaja SUARAM untuk menyebarkan fitnah dan tekanan kepada kerajaan lebih-lebih lagi untuk menyungkil rahsia pertahanan negara. 


Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan maklumbalas daripada Pengarah SUARAM sendiri iaitu Kua Kia Soong mengaku bahawa SUARAM  itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara. SUARAM dilihat bermati-matian mahu dilabelkan sebagai sebuah NGO, walhal ia merupakan satu syarikat HARAM yang bergerak menggunakan nama SUARA RAKYAT MALAYSIA. 


SUARAM yang telah menerima dana dari sumber-sumber strategiknya dari negara Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia (yang dikuasai pembangkang) selain sumbangan daripada individu. Walaubagaimanapun, Kua Kia Soong berkeras untuk mempertahankan kerahsiaan jumlah yang diterima SUARAM sehingga hari ini serta penyumbang dana dan siapakah penaja utama. 

"Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?" 

Kua Kia Soong
 Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011



SUARAM telah menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari 'National Endowment for Democracy' (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006. Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Selain itu, SUARAM turut ditaja oleh:

1) International Republican Institute 
2) Southeast Asian Press Alliance 
3) Centre for Independent Journalism 
4) Open Dialogue Centre 
5) National Democratic Institute for International Affairs 
6) Open Society Institute, New York (yang diasaskan oleh George Soros yang turut menaja program BERSIH 3.0) 
7) National Endowment for Democracy, Washington 
8) Southeast Asian Centre for e-Media 
9) Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur. 


Namun, Adakah anda tahu bahawa pertubuhan-pertubuhan tersebut diwujudkan hanya untuk menaja sesebuah organisasi lain untuk memporak-perandakan sesebuah negara? Tahukah anda bahawa salah satu pertubuhan berkenaan terlibat dalam menaja pergerakan menentang kerajaan China di Xinjiang dan kerajaan Tibet? 


Di Malaysia, SUARAM menjadi ejen penggerak pertubuhan berjenaan. Persoalannya, mengapa SUARAM yang tidak pernah didaftarkansebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagaisebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta. Namun, sehingga kini, SUARAM diam seribu bahasa  mengenai dakwaan status pertubuhan serta sumber dana pembiayaannya.


Kini, portal AIDC telah mendedahkan bahawa salah satu sayap kanan e-media pakatan rakyat iaitu Malaysiakini (yang mahu dilihat sebagai portal berita) turut mendapat sumber kewangan daripada Media Development Fund yang ditaja Open Society Institute oleh George Soros. 


Geran bantuan berjumlah RM188,000 telah meningkat sehingga RM1.3 juta dan RM385,000 daripada NGO luar negara. Persoalannya, mengapakah portal yang sering dilihat menyiarkan sentiment anti-malaysia dan seringkali dilihat memanipulasi berita semasa mendapat mendapat tajaan dana ejen asing yang tinggi? Pihak Malaysiakini mungkin kini berbangga dengan apa yang dimiliki sekarang kerana dilihat pembaca sebagai sumber media bebas dan telus, walhal penyiaran artikel Malaysiakini seringkali dilihat mahu mewujudkan lebih banyak pertelingkahan. 

Harus kita sedar bahawa CEO Malaysiakinidan, Premesh Chandran dan Ketua Editor, Steven Gan adalah ‘orang kuat’ pergerakan ANTI-MALAYSIA di Australia semasa zaman universiti mereka bersama-sama dengan Tian Chua dan Elizabeth Wong. 

Kita disajikan dengan pelbagai jenis bentuk penulisan dan berita samada di portal berita, facebook dan blog namun persoalannya, adakah kita menerima dan menelan bulat-bulat sesuatu perkhabaran yang dimomokkan? 

Apakah kita merelakan diri sendiri untuk menjadi ‘ejen tidak sedar’ dengan berkongsi menyebarkan artikel-artikel berbentuk fitnah dan anti-Malaysia di sebarang medium media/web sosial yang kita miliki? 

Bertepuk tanganlah ejen-ejen berkenaan kerana usaha mereka untuk memporak-perandakan negara ini dijalankan secara auto-pilot oleh individu-individu gatal tangan yang kononnya berjuang untuk menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan walhal, mereka tidak sendiri tidak tahu apakah erti istilah-istilah tersebut.


Sumber maklumat DISINI dan DISINI

15 comments:

  1. hmmm....tahaphapa la depa ni/.

    ReplyDelete
  2. pig eaters 'slayer'13 September 2012 at 15:55

    Awas! dan hati2..
    anak-anak babi nak bergurau senda dengan kita..
    dah nama pun 'pig eater'...
    darah babi pekat likat mengalir deras dalam urat tubuh mereka.
    Standby...tuggu masa,pesta menebas leher para babi!

    ReplyDelete
  3. Entry merepek dan cubaan utk mengalihkan rasa panik kerajaan BN kepada masyarakat dgn propaganda yg xde bukti dan diulas dgn niat hasad dengki.

    SUARAM terima dana asing? benar dan diakui.
    SUARAM proksi asing dan ingin hancurkan negara? bole ko jelaskan lagi tuduhan ni? ape yg SUARAM da buat utk hancurkan Malaysia? mendedahkan salah laku pemimpin korup tu satu jenayah? kalu x wat salah, kenapa melenting bile siasatan nak dilakukan pada urusniaga Scorpene tu? rilek aje la. biar rakyat tau.

    Daripada senarai penaja tu, ko kata diorg sibuk nak hura-harakan negara lain? ko bagi contoh penentangan Xinjiang dan Tibet terhadap kerajaan China. tapi ko sengaja xnak cerita kenapa Tibet dan Xinjiang menentang? Tibet = pusat Agama Buddha, Xinjiang = majoriti Islam masih kuat pegangan Islam. China (komunis & anti agama). sampaikan puasa bulan Ramadhan pun diorg x bagi dgn alasan menjejaskan prestasi kerja!! ni baru bab puasa. takkan 'Askar' macam ko ni buta ngan policy politik Negara China? kat situ ada penindasan.


    George Soros? punca kejatuhan ekonomi negara? Tun M yg ckp kan? bukan ker Tun M da bersihkan nama dia dari tuduhan yg dia sendiri wat dulu? jadi ape bangang bile cuba sensasi kan nama dia hanya kerana dia salah seorg penyumbang dana? melayu mudah lupa ke atau melayu buat2 lupa...

    Isu kat sini hanya status SUARAM je samada layak beroperasi atau tidak. itu pun berpandukan undang2 yg kita bole ubahsuai sendiri. Namun ia tidak bole menutup kebenaran dan isu penyelewengan yg cuba utk didedahkan kepada umum.

    Sorry to say, artikel ko ni cuma propa yg cuba utk pengaruhi sesiapa yg belum mengetahui isu ni secara keseluruhan. lain kali, bagi skali ngan bukti ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beb,
      Dr M...PENASIHAT KANAN GGK..n komando ATM..
      lu boleh tlg jelaskan.
      Sdare aku budak ggk..dia yg open citer.

      Delete
    2. Bro Anas...
      Isu scorpane adalah isu ketenteraan.
      ia sulit dibawah OSA.
      Pembangkang hanya mengetengahkan isu kos scorpane tapi pembangkang tidak pernah menjelaskan dengan terperinci tentang pembelian scorpane...
      kamu perlu mendalami ilmu inventory peralatan perang ATM sebelum berbicara hal berkaitan ketenteraan.

      Delete
    3. Saudara Anas,
      Pandai saudara Anas suruh prmimpin yg dikata mcm2 diam dan biar bagi depa siasat klu rasa tak bersalah. Tapi heran plak aku, bila org kata atau crita yang ko tak suka psl "geng" ko ni pandai plak ko nak marah2? Inilah sikap korang yg korang x pernah nak akui dari dulu lg. Bila korang buat...APA SALAHNYA! KENAPA TAK BLEH?...tp bila org lain buat menda yg sama (secara prinsipnya sama la...)...bleh plak ko jerit "MENGARUT", bla...bla... Ko nak aku bagi fakta yg aku cakap ni bukan bohong? Kadang2 korang pun tau...tp buat2 tak tau semata2 kerana obsesi ko dengan pegangan ko yg ntahapapantah tu.
      Dia org brcakap psl keselamatan negara, klo ko ada bukti yg puak2 pemerintah sekarang ada buat menda2 yang mengancam keselamatan nasional...ko bagi la bukti. Ini tidak, menda yg tak pasti...yg taktau kesahihan nya ko bleh plak yakin, sokong mati2an...asal org yg bercakap tu mai dr puak2 ko! Ko antar kr blog ni SATU jer bukti yg PERBICARAAN kes Scorpene tengah berjalan di Peranchis MACAM SUARAM DAN MALAYSIAKINI duk uar2kan tu...duk heboh satu dunia tu biar aku tengok...dan kalu terbukti BENAR, aku dengan nama Allah akan jd penyokong kuat ko! TAPI klu ko takde satu bukti pun...ko janganlah malu2 plak, berenti sokong puak2 jahanam lagi. Ada bran?

      Delete
    4. Saudara Anas,
      Pandai saudara Anas suruh prmimpin yg dikata mcm2 diam dan biar bagi depa siasat klu rasa tak bersalah. Tapi heran plak aku, bila org kata atau crita yang ko tak suka psl "geng" ko ni pandai plak ko nak marah2? Inilah sikap korang yg korang x pernah nak akui dari dulu lg. Bila korang buat...APA SALAHNYA! KENAPA TAK BLEH?...tp bila org lain buat menda yg sama (secara prinsipnya sama la...)...bleh plak ko jerit "MENGARUT", bla...bla... Ko nak aku bagi fakta yg aku cakap ni bukan bohong? Kadang2 korang pun tau...tp buat2 tak tau semata2 kerana obsesi ko dengan pegangan ko yg ntahapapantah tu.
      Dia org brcakap psl keselamatan negara, klo ko ada bukti yg puak2 pemerintah sekarang ada buat menda2 yang mengancam keselamatan nasional...ko bagi la bukti. Ini tidak, menda yg tak pasti...yg taktau kesahihan nya ko bleh plak yakin, sokong mati2an...asal org yg bercakap tu mai dr puak2 ko! Ko antar kr blog ni SATU jer bukti yg PERBICARAAN kes Scorpene tengah berjalan di Peranchis MACAM SUARAM DAN MALAYSIAKINI duk uar2kan tu...duk heboh satu dunia tu biar aku tengok...dan kalu terbukti BENAR, aku dengan nama Allah akan jd penyokong kuat ko! TAPI klu ko takde satu bukti pun...ko janganlah malu2 plak, berenti sokong puak2 jahanam lagi. Ada bran?

      Delete
  4. Anas81 lu mmg cetek ilmu... tak layak nak berbicara di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anas hanya tahu secara permukaan sahaja bukan secara dalaman. mungkin terlalu banyak dengar ceramah pembangkang dan tidak membuat kajian terperinci.

      Delete
  5. cerita pasal orang nak pecahkan negara orang lain melalui NGO2 tertentu ni bukan cerita baru. di rantau ASIA, ngo2 ni dah lama operate sejak zaman 60an. motif dia mudah sahaja. kucar kacirkan negara itu sehingga negara itu di pimpin oleh mereka yang berkiblatkan negara uncle SAM. kalau ianya tidak berkiblatkan kepada negara uncle sam pon, sekurang kurangnya di kucar kacirkan negara itu supaya negara itu tidak boleh bangkit dan terus miskin.

    ReplyDelete
  6. cari sniper tembak leader suaram ni....dh kojol sowg baru dia tau,,,

    ReplyDelete
  7. suaram ni dah lama beroperasi. Hanya setelah menyentuh kemungkinan wujudnya unsur penyelewengan jual beli scorpene tu trus dicop jadi ejen asing, proxi yahudi dan bla bla bla. something fishy... isu ni bole ler dibandingkan dgn pembelian RIV. harga mahal berganda tp kualiti haprak. Mohon Admin yg lebih ilmu dalam bidang pertahanan bagi pencerahan.

    ReplyDelete
  8. kualiti haprak? Mu dh tgok ke bertapa hapraknya tu? Ckp mcm tong kosong boleh la.. Pong pang pong pang.. Bising je lebih tapi 1 fakta betul pun tarak.. Mangkuk tandas jamban yg pemimpin BN duduk kau tanak jdkan modal politik sekali ke? Berapa harga dia.. Manalah tahu adenya penyelewengan...

    ReplyDelete
  9. "Entry merepek dan cubaan utk mengalihkan rasa panik kerajaan BN kepada masyarakat dgn propaganda yg xde bukti dan diulas dgn niat hasad dengki."

    Anas, puak pembangkang tu ade bukti sgt ke..? Bukti pakai air luir je ye.. Klu mcm itu kitaorg pun boleh kata- Tuduhan SUARAM,Malaysiakini merepek dan cubaan utk mengalihkan rasa panik kerajaan PR kepada masyarakat dgn propaganda yg xde bukti dan diulas dgn niat hasad dengki.

    Anas, rasa geli telinga nie lah bila kamu citer pasal bukti.. Sdgkn pembangkang punya tuduhan tu pun tiada bukti.. Mcm mana nie?

    ReplyDelete
  10. Anonymous 27 September 2012 16:35

    mmg patut pun dicop proxi yahudi sb ade org dalam malaysia nie becita cita nak bela yahudi.. -'I SUPPORT ALL EFFORT
    TO PROTECT THE
    SECURITY OF THE STATE
    OF ISRAEL'

    ReplyDelete