Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 26 September 2012

VIDEO PANAS EKSESAIS ANGSA 7/2012 - WAJIB TONTON

Sebelum ini Askar Setia telah menyiarkan sedikit maklumat mengenai kejayaan Eksesais Angsa 7/2012 yang membabitkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Eks yang telah diadakan di perairan Selat Melaka dan kawasan berdekatan dikatakan telah mencapai matlamatnya. Rujuk artikel sebelum ini di SINI.

Artikel berkenaan mendapat banyak komen terutamanya di Facebook dan rata-rata berpuas-hati dan yakin bahawa ATM sentiasa bersedia dan mampu mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Walaubagaimanapun, ia tidak terlepas daripada dihujani dengan komen-komen negatif (seperti biasa) yang jelas tidak tahu apa-apa mengenai ketenteraan dan persenjataan milik ATM. Tidak habis-habis ia dipolitikkan malahan ada yang mengaitkan pelancaran misil dengan politk. Ahh.. jenis mentaliti apakah itu? Mungkin itu la kelas mentaliti sesetengah puak politik negara ini yang tidak habis-habis mahu mengaitkan sesuatu perkhabaran dengan politik tanah air. Oh ya.. pagi ini terdapat kemalangan sebuah Proton BLM yang terbabas di susur keluar Putrajaya - UPM Serdang. 

Mungkin sekiranya pengikut totok parti berkenaan menyaksikan kemalangan tersebut, mereka akan mengaitkan kemalangan tersebut dengan kesalahan UMNO atau BN dan mungkin PAS atau DAP. 

Walau apa pun, saya berbangga dengan kemampuan ATM dan tahap kesiapsiagaan yang yang dimiliki oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatannya. Saya siarkan skali video penuh kejayaan pelancaran roket dan misil semasa Eksesais berkenaan. Sila tonton video di bawah.


SYABAS ATM



A Sea Skua missile motor kicks up moments after the launch from a Super Lynx helicopter


A Harpoon or an Exocet missile approaching its target.







TONTON VIDEO DIBAWAH INI



5 comments:

  1. Tahniah kepada ATM khusus nya TLDM yang telah berjaya membuat latihan dan ujian menembak peluru berpandu tercangeh semasa kini di rantau kita.
    Apa pun harus lah di ingat di masa perang kita tak akan mendapat peluang untuk menembak "statik target"..apa yang akan berlaku semua nya ada strategi masing2 bagitu juga dgn musuh..mereka juga mempunyai alat2 cangeh yang boleh menangkis temabakan lawan.
    Saya adalah rakyaat Malaysia pertama menembak (seacat) missile semasa latihan workup KD Rahmat di Portland UK dan sudah tentu lah merasa gembira dengan kebolehan TLDM kita menggunakan peluru berpandu dan system yang cangeh berharga berjuta juta ringgit.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  2. terbaik. teringat masa di KD PENDEKAR tembak exocet misile suatu masa dulu.

    ReplyDelete
  3. bangganya aku sebagai ex anak kapal KD LEKIU FFGH30 dgn kemampuan kapal yg pernah aku berkhidmat dulu... Gempur Wira!!

    ReplyDelete
  4. Warga ATM dan rakyat Malaysia harus berbangsa dengan keupayaan tentera kita....Syabas

    ReplyDelete