Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday, 12 September 2012

BUDAYA PELOPOR KEGANASAN SENYAP DALAM SISTEM MASYARAKAT MALAYSIA


Elemen militan dikesan masih wujud dan tetap menjadi ancaman kepada keselamatan negara namun aktiviti itu mampu dikekang berikutan pemantauan keselamatan yang rapi, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain.

Beliau berkata walaupun insiden militan Al-Maunah di Sauk, Perak berlaku kira-kira 12 tahun lepas namun situasi semasa memperlihatkan ancaman militan dalam negara masih wujud.


Katanya sejak kejadian di Bukit Jenalik, Sauk yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu, ATM melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil pelbagai inisiatif dalam membendung penularan aktiviti militan di negara ini.

“Walaupun elemen militan dikesan masih wujud, namun secara jelasnya keadaan itu berada dalam kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Zulkifeli berkata melalui kerjasama erat ATM dan PDRM, seramai 13 individu dipercayai membawa anasir Darul Islam, yang dipercayai mempunyai jaringan dengan kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia dan kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina khususnya kumpulan Abu Sayyaf, ditahan di Tawau, Sabah pada November lalu.

Katanya pembentukan Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) yang dipengerusikan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memperkukuhkan lagi pemantauan terhadap aktiviti militan kerana perbincangan mengenai ancaman keselamatan negara termasuk elemen militan menjadi antara fokus utama jawatankuasa itu.

Baca sambungan artikel  DISINI

Komen Askar Setia

Elemen-elemen subversif dan aktiviti oleh kumpulan-kumpulan yang disebutkan di atas sering kita diperdengarkan dan dipertontonkan dan ia bukanlah suatu isu yang baru. Walaupun pemantauan keatas sebarang elemen-elemen keganasan dilakukan secara berterusan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat, namun kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawasanya terdapat pelbagai lagi bentuk fahaman dan aktiviti 'keganasan' baru dan  sesungguhnya, sedang menular masuk kedalam masyarakat kita.


Barangkali ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan, kerana ia mungkin tidak bertepatan dengan definisi konvensional KEGANASAN DAN AKTIVITI MILITAN  tetapi, pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa BUDAYA FITNAH dan MENGHASUT untuk melakukan kekacauan dan huru hara dengan menganjurkan pelbagai jenis demonstrasi dan perhimpunan juga boleh diklasifikasikan sebagai aktiviti KEGANASAN SENYAP dalam masyarakat yang jelas hanya akan membawa kepada kebinasaan. 



Fitnah dan saranan sesetengah individu untuk melakukan huru-hara yang boleh kita dapati di Facebook dan blog mempunyai kesan VIRAL yang efektif untuik mengajak pembaca lain melakukan kekacauan dalam negara. Lebih menyedihkan, sekiranya individu-individu tersebut  berasa bangga atas saranan mereka untuk melakukan kekacauan kerana mendapat sokongan daripada GOLONGAN BODOH. Saranan yang bertopengkan slogan seperti REVOLUSI, PERUBAHAN, DEMOKRASI, dan pelbagai slogan lain memang sedap didengar. Golongan-golongan REVOLUSI MELULU seperti mereka ini layak dikatakan sebagai PENGGANAS SENYAP dan bodoh, diperbodohkan. dan memperbodohkan orang lain Pejuangan mestilah disertakan dengan ILMU dan bukanlah berteraskan dengan sikap AMARAH, SUKA-SUKA dan TAQLID BUTA.

blogging sama seperti perjuangan bandit dalam guerilla warfare (ambush + hide) kerana 'dah tulis pastu dok cabut'. Cuma yang membezakan bandit (blogger) baik atau buruk - Adakah penulisan kita beretika ataupun tidak? Adakah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita siarkan? Adakah penulisan kita mempunyai manfaat untuk orang lain dan negara (social responsibility?) Atau adakah penulisan kita hanya akan memusnahkan sistem masyarakat?


Askar Setia


Against All Authority Pictures, Images and Photos

Antara mesej keganasan dan pemberontakan
dalam muzik

Seperkara lagi, fenomena pergerakan berteraskan fahaman ANARKISM, AGAINST LAW & SYSTEM, EQUALITY FOR ALL, FREEDOM dan AGAINST ALL AUTHORITY (AAA) yang sedang menyerap masuk kedalam pemikiran anak muda. Gerakan senyap golongan yang mengaku sebagai REVOLUTIONIST ini dibawa masuk ke dalam pemikiran anak-anak muda melalui lirik-lirik muzik-muzik underground (kebiasaannya muzik-muzik grindcore), penulisan dalam zine-zine independent dan newsletter. 

Zine dan Newsletter underground yang mudah didapati 

Saya tahu terdapat beberapa individu  belia yang telah menjadi IKON dalam pembuatan filem-filem indie yang berlatar-belakangkan tema seperti  kebebasan, hak sama-rata, perjuangan revolusi golongan bawahan dan banyak lagi. Kumpulan ini sering menganjurkan pertemuan di 'balai-balai seni' kerana beranggapan bahawa fenomena ini sebagai perjuangan kemasyarakatan dalam bentuk seni. 


SIfat AMARAH anak-anak muda ini yang mengatakan mereka dizalimi oleh kerajaan, dinafikan hak untuk bersuara, mencontohi perjuangan golongan proletariat (communism vs capitalism) dan pelbagai dakwaan lagi yang menggambarkan bahawa perlembagaan/kerajaan/undang-undang/sistem merupakan punca kepada segala bencana dan penindasan.

Ataupun, adakah ia sebenarnya berpunca daripada satu penyakit yang berada dalam sistem saraf masyarakat MELAYU iaitu - sering merasakan dan membayangkan mereka DIZALIMI oleh sistem kehidupan dan menjadi MANGSA KEADAAN? 

Ironinya, kita di Malaysia ini masih hidup dengan aman damai, anak-anak mudah mendapat pendidikan yang sempurna hingga ke menara gading, akhbar-akhbar baik pro-kerajaan/pro-pembangkang tumbuh bak cendawan dan pelbagai manfaat lagi yang kita boleh kongsikan bersama.  Mungkin golongan ini terikut-ikut dan berhalusinasi dek kisah revolusi negara barat.. Barangkali?

Aduhai anak bangsaku...
Pengalaman saya sendiri apabila berbual dengan seorang remaja PEACE-PUNK (dia yang gelarkan dirinya begitu) di stesen bas Kluang, Johor yang beranggapan sistem dan perlembagaan dan undang-undang hanya akan membawa lebih kebinasaan daripada keamanan. Manusia akan terkongkong dan tidak mendapat hak yang sewajarnya. Dengan memperagakan patches-patches di baju dan seluar yang membawa maksud yang pelbagai, beliau berkata (lebih kurang bunyinya seperti ini):

 "Family gua nanti takkan ada sistem. Anak gua bebas buat apa saja dan ber 'aku' 'kau' je dengan gua"...

Saya menjawab:

"Bro.. Lu bayangkanlah sekiranya sebuah simpang empat yang sarat dengan kenderaan. Satu hari lampu trafik rosak. Lu rasa driver-driver di simpang tu akan bagi jalan ke pada kenderaan-kenderaan lain? gerenti ada yang berlanggar sesama sendiri. Kucar kacir!"

Pembaca-pembaca sekalian. Analogi mudah ini merujuk kepada simpang empat (sebuah negara), lampu trafik (perlembagaan, undang-undang dan sistem) dan pemandu (rakyat). Maka, akan huru-haralah sesebuah negara tanpa sistem, perlembagaan dan undang-undang yang jelas.

KEGANASAN MAYA dan KEGANASAN SENYAP inilah yang menjadi gunting dalam lipatan dan menghalang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan muhibbah. RULES OF GOVERNANCE 101 - yang semestinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, namun, kita harus sentiasa waspada dengan elemen-elemen subversif ini yang secara senyap sedang menular masuk dan tidak keterlaluan jika saya katakan -  IA SEDANG MENGGALAKKAN BUDAYA KEGANASAN SENYAP DALAM MASYARAKAT KITA. 














4 comments:

  1. Begitu lah pemikiran si-bahlol-bahlol PEACE-PUNK otak penuh dengan najis PR dan makan taik kuching.

    KESIAN SI PEACE PUNK, DAH LAH SEKOLAH TAK PANDAI, NAK IKUT CARA ORANG PUTIH PULAK.

    APA PUN PEACE PUNK JANGAN SEKALI-KALI TERPEDAYA DENGAN
    DIAKYAH ANWAR IBRAHIM DAN SEKUTU NYA.

    INSAF LAH WAHAI PEACE PUNK, TIDAK ADA BUMI LAIN UNTUK ANAK MELAYU SELAIN MALAYSIA BUMI YANG BERTUAH DAN TERCINTA INI.

    ReplyDelete
  2. renungkanlah dan fikirkanlah , esok ...20 tahun dari sekarang , negara ini dipenuhi dengan segala unsur kegansan , anak muda tidak lagi bersopan dan menghormati pemimpin negara , ketua keluarga dan masyarakat , masing2 dengan alasan konon itu hak mereka , bebas apa saja tak ubah seperti binatang, bagaimana struktur kekeluargaan dan masyarakat negara ini ? huru hara ...lintang pukang !

    dan itulah yg sedang disemai parti pembangkang , mereka mendidik keganasan , mereka semai pemberontakan , mereka asuh dan ajar budaya rusuh dan merosak , demo sana sini ..siap bawa anak kecil berdukung ! itukah nilai yang mahu kita bina dalam jiwa anak muda untuk 100 tahun akan datang ??
    sedih ....kedamaian dan keharmonian, keamanan dan ketenteraman , budaya murni yang jadi teras selama ini semakin goyang, mungkin anwar akan mati setahun dua lagi tapi hasil asuhanya tetap hidup selamanya , ajaran pembangkang jangan sesekali diikuti , kekallah dalam nilai murni masyarakat kita , ikutlah resam budaya yang lemah lembut ini untuk maruah dan nama negara bangsa hari ini esok dan selamanya !!

    ReplyDelete