Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday, 8 August 2012

1MALAYSIA PRIVILEGE CARD - ANTARA JANJI YANG DITEPATI!


Pelancaran 1Malaysia Privilege Card oleh YAB Perdana Menteri semalam
Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu. Inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 23 syarikat yang mengambil bahagian. Lebih menggembirakan, dikhabarkan bahawa lebih banyak syarikat yang akan menyertai inisiatif berkenaan.

Jom semak syarikat-srarikat berkenaan.



Namun ironinya, masih terdapat beberapa golongan dan pertubuhan haram yang sering mendakwa itu dan ini yang kononya kebajikan anggota tentera tidak diberi perhatian yang sewajarnya, pihak berwajib terus berusaha untuk mewujudkan pelbagai inisiatif yang bertujuan memberi manfaat kepada warga  Angkatan Tentera Malaysia. 

Puak-puak dari 'persatuan haram BAT- BAT' dilihat sibuk mengkoordinasi pelan dan rancangan penyebaran propaganda melalui cyber trooper masing-masing dan membawa berita palsu kononnya pihak kerajaan mengabaikan kebajikan anggota tentera dan bekas-bekas tentera dan melabelkan golongan tersebut sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang". Lebih mencuit hati apabila ada wakil dari parti A yang menjadi Tuan Penasihat kepada salah satu pertubuhan haram yang kononnya untuk bekas tentera kini sibuk melaungkan-laungkan soal kebajikan, hak-hak, dan bermacam jenis janji dan kritikan, namun... ia sekadar membasahi bibir dengan air liur sahaja. Percaya atau tidak, pasti akan ada blogger bekas tentera yang 'baru sehari-dua' menjadi orang awam akan berkata seperti ini...

"Ini semua adalah hasil desakan kami. JIKA kami tidak lantang bersuara, kerajaan pasti sudah melupakan jasa anggota tentera..Jadi sokonglah parti kami"...

Tak malu ka bang?

Ahh..kita lupakan saja janji-janji manis mereka yang... Kita berbalik pada 1Malaysia Privilege Card yang merupakan lanjutan kepada strategi National Blue Ocean (NBOS 6) yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat  anggota tentera dan polis malahan menjana ekonomi rakyat dan negara dengan 'kuasa beli' yang diperolehi. 

Layari laman web 1Malaysia Privilege Card DISINI

Laman Facebook 1Malaysia Privilege Card. Klik SINI

Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai lebih 20 syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal yang disediakan. 

Penyerahan 1Malaysia Privilege Card akan dilaksanakan dalam 3 fasa yang bermula dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia, PDRM. Sehingga hari ini, sejumlah 130,000 buah kad telah diserahkan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 111,000 kepada anggota PDRM.








Thursday, 2 August 2012

SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


VVIP Yang Hadir

SYABAS dan terima kasih kepada syarikat-syarikat kongolomerat yang sentiasa menyokong Angkatan Tentera Malaysia. Syarikat-syarikat berkenaan telah menyumbang ribuan ringgit kepada Tabung Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Majlis penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2012 kepada Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung dengan amat meriah di dewan Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan jam 10 pagi tadi. (2 Ogos 2012). Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, YDP BAKTI iaitu Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga tentera dan awam KEMENTAH.

RM 100,000 daripada LTAT

RM 100,000 daripada Boustead Naval Shipyard
Untuk makluman pembaca, majlis rasmi yang diadakan oleh para penderma itu merupakan acara wajib yang dianjurkan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Sumbangan tersebut akan diagih-agihkan kepada para pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara termasuk yang sedang menyertai misi PBB dan yang bertugas semasa hari raya kelak.

Senarai penyumbang
Antara penyumbang terbesar sumbangan berkenaan ialah BAKTI, NADI, LTAT, BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD, Affin Bank Berhad, WESTSTAR MAXUS, SAPURA, MISC BERHAD, ZETRO SERVICES PAKAIAN SALING ERTI dan banyak lagi. Menurut senarai sumbangan penyumbang yang saya perolehi, sejumlah 45 buah syarikat telah menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan yang hamper mencecah jumlah sebanyak RM1.56 juta! Itu belum mengambil kira sejumlah 14 buah syarikat yang telah menyumbang makanan dan barangan keperluan untuk hari raya kelak.


Bayaran zakat sejumlah RM 1 juta oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan RM500,000 oleh pihak Affin Bank Berhad turut diserahkan dalam majlis berkenaan.


Kepada pegawai dan anggota yang akan berkhidmat semasa Aidilfitri samada di dalam mahupun di luar negara, kami mendoakan kesejahteraan kalian dan semoga Allah S.W.T membalas segala pengorbanan yang dilakukan. Pengorbanan anda tidak pernah kami lupakan. 






Wednesday, 1 August 2012

PADA MASA KITA BERBALAH MENGENAI POLITIK, AKIDAH ANAK-ANAK KITA DISONGSANGKAN SECARA PERLAHAN


Seorang guru yang bertugas di Sekolah Melayu, Kampung Melayu, Johor Bahru mendedahkan terdapat aktiviti Kristinisasi melalui penjualan buku untuk merosakkan minda pelajar-pelajar sekolah.

“Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. 

“Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar “angel” yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian.

Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini,”kata Cikgu Rahmat di laman facebooknya. (CIKGU RAHMAT)

Katanya lagi guru besar sekolah berkenaan telah membuat laporan polis tentang perkara tersebut di Balai Polis Majidi, Johor Bahru. 

“Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya. 

“Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu.

Terjemahan ayat Kursi yang jelas salah dan menyesatkan

“Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri. 

“Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian,”katanya. 

Nama penerbit. Tiada butiran lain seperti nombor pendaftaran
syarikat dan butiran lain.

Cikgu Rahmat juga turut memuat turunkan buku-buku yang diselit dengan ayat-ayat Al Quran tetapi mengadungi fakta-fakta yang salah. Koleksi buku-buku itu boleh dilihat di SINI.

Pada rakan-rakan pembaca, sama-sama kita kongsikan maklumat ini dalam Facebook dan lain-lain cara. Untuk kita, keluarga kita, anak-anak kita dan masa depan agama Islam di Malaysia. Jangan leka berpolitik, taksub dengan cerita-cerita di internet dan kita terlepas pandang untuk memeriksa pengisian rohani untuk keluarga kita. 

AL FATIHAH BUAT KORPORAL HAFEEZE HANAFI & ISTERI


Berita kemalangan dilaporkan di Buletin Utama 1.30 yang melibatkan Korporal MOHD HAFEEZE HANAFI (UGAT) dan isteri, Nor Idayu Bt Roslan yang hamil 7 bulan amat menyedihkan. Kemalangan yang berlaku pada jam 7 pagi telah berlaku di hadapan menara Sri Kenanga, Setiawangsa.

BUTIRAN LOKASI:

Jalan 15/56
AU 3 Keramat,
Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku ketika selesai menghantar anak (sulung berusia 2 tahun) di rumah pengasuh, dalam perjalanan ke tempat kerja motosikal dikatakan mengekori sebuah bas sekolah. Secara tiba-tiba sebuah lagi bas yang dikatakan mengalami kerosakan brek telah melanggar mangsa. 

Mangsa merupakan anggota tentera terhimpit diantara 2 bas, difahamkan kepalanya pecah, darah memancut keluar dan meninggal di lokasi kejadian. Lebih menyayat hati isterinya mengandung 7 bulan meninggal dlm perjalanan ke hospital.

Difahamkan bahawa anak sulung arwah kini dibawah jagaan keluarga belah isteri.

Untuk paparan lebih lanjut.. Klik Ondscene 

Al-fatihah kepada kedua-dua Arwah. Moga Syurga tempat mereka bertemu kelak.. Amin..




Tuesday, 31 July 2012

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN DAN ANDA ...


Pahlawan diterjemahkan sebagai orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban. Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.


31 Julai setiap tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.



Mengambil semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia merdeka.

Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.

p/s: Kesian rakan-rakan saya yang 'berhujan' pada sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka pada masa entri ini dikeluarkan... Steady la bro..


Good taught from PPC... Klik DISINI

Friday, 27 July 2012

SINGAPURA BERHASRAT MEMILIKI 4 BUAH SCORPENE?

Rumor dan khabar angin mengenai perbincangan pihak ketenteraan Singapura dengan pihak syarikat DCNS mengenai perolehan 4 buah kapal selam Scorpene untuk pihak tentera laut negara itu kini sedang hangat diperkatakan di laman web perbincangan pertahanan. Melalui maklumat yang diperolehi daripada sebuah laman web Perancis, perbincangan tersebut telah bermula dan perolehan tersebut merangkumi 'pertukaran teknologi' dan 'pertukaran teknologi pembuatan'.  Antara pertukaran teknologi yang dimaksudkan ialah kepakaran Radius of Sonar Technology yang dimiliki oleh DCNS.

According to rumors (infosdefense.com), the Republic of Singapore Navy is about to start negotiations with France for the possible purchase of 4 Scorpene class SSK. The deal could include transfer of technologies.
Scorpene Class SSK milik tentera laut Chili

Pihak portal Navy Recognition telah menghubungi DCNS untuk mendapatkan maklumbalas mengenai perkara berkenaan tetapi DCNS enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Maklumat awal daripada INFOSDEFENCE.COM (bahasa Perancis), Klik SINI

Sekiranya khabar angin ini benar, pebagai hujah dan pendapat yang mungkin dapat dirungkaikan termasuk adakah ia memberi gambaran bahawa berlakunya perlumbaan senjata (arms race) dikalangan negara ini dan Singapura? Atau, khabar angin ini sebagai salah satu rancangan propaganda negara Singapura? Ironinya, sekiranya ia benar, dalam kerakusan sesetengah pihak mencanang pelbagai tohmahan terhadap kemampuan kedua-dua kapal selam negara, skandal penyelewengan dan sebagainya, Singapura pula berhajat memiliki teknologi terkini kapal selam berkenaan.

Klik link untuk mengetahui Scorpene Class Datasheet

Walau apa-apa pun, sama-sama kita meneliti dan mengikuti perkembangan hasrat pihak tentera laut Singapura untuk mendapatkan empat buah kapal selam Scorpene. Adakah ia khabar angin? Sekiranya benar, ia sama sekali akan mengubah corak landskap pertahanan  negara-negara Asia Tenggara (dan kisah politik Malaysia barangkali?)...





MENJELANG PRU 13: INDIVIDU EKSTREM DAN KOMUNIS MENYERAP MASUK DALAM PARTI?

Menjelang PRU 13

KUALA LUMPUR - Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.


"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. "Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. 

Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya,". 

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini. Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut  Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.

Mohd Sofian berkata, tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara. 


"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya. "Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita,".


Beliau berkata, perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang. "Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik," kata beliau dipetik Bernama.

Sumber: SINAR HARIAN