Berita kemalangan dilaporkan di Buletin Utama
1.30 yang melibatkan Korporal MOHD HAFEEZE HANAFI (UGAT) dan isteri, Nor Idayu Bt Roslan yang hamil
7 bulan amat menyedihkan. Kemalangan yang berlaku pada jam 7 pagi telah
berlaku di hadapan menara Sri Kenanga, Setiawangsa.
BUTIRAN LOKASI:
Jalan 15/56
AU 3 Keramat,
Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku ketika selesai menghantar anak (sulung berusia 2 tahun) di rumah pengasuh, dalam perjalanan
ke tempat kerja motosikal dikatakan mengekori sebuah bas sekolah. Secara
tiba-tiba sebuah lagi bas yang dikatakan mengalami kerosakan brek telah melanggar
mangsa.
Mangsa merupakan anggota tentera terhimpit diantara 2 bas, difahamkan
kepalanya pecah, darah memancut keluar dan meninggal di lokasi kejadian. Lebih
menyayat hati isterinya mengandung 7 bulan meninggal dlm perjalanan ke hospital.
Difahamkan bahawa anak sulung arwah kini dibawah jagaan keluarga belah isteri.
Untuk paparan lebih lanjut.. Klik Ondscene
Al-fatihah kepada kedua-dua Arwah. Moga Syurga tempat mereka bertemu kelak.. Amin..
Al-fatihah.. Pembetulan.. Arwah Idayu seorang staf (pembantu tadbir) di tempat kerja sy.. CIDB.. pernah bekerja di KPJ. Sedih.. simpati kat anak sulung mereka.. YATIM PIATU
ReplyDeleteal-fatihah...semoga roh kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin..
ReplyDeleteAl fatihah.. Saya pun nampak pagi td.. Kesian pada anaknya.. Jadi yatim piatu.. Sekelip mata je
ReplyDeleteAl-fatihah. Moga kedua-dua arwah dirahmati.
ReplyDelete