|
VVIP Yang Hadir |
SYABAS dan terima kasih kepada
syarikat-syarikat kongolomerat yang sentiasa menyokong Angkatan Tentera
Malaysia. Syarikat-syarikat berkenaan telah menyumbang ribuan ringgit kepada
Tabung Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Aidilfitri yang bakal
menjelma tidak lama lagi.
Majlis penyampaian Sumbangan Hari
Raya Aidilfitri bagi Tahun 2012 kepada Angkatan Tentera Malaysia telah
berlangsung dengan amat meriah di dewan Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan jam
10 pagi tadi. (2 Ogos 2012). Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Menteri
Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, YDP BAKTI iaitu Y.A.Bhg
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga tentera
dan awam KEMENTAH.
|
RM 100,000 daripada LTAT |
|
RM 100,000 daripada Boustead Naval Shipyard |
Untuk makluman pembaca, majlis
rasmi yang diadakan oleh para penderma itu merupakan acara wajib yang
dianjurkan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Sumbangan tersebut akan
diagih-agihkan kepada para pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang
sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara termasuk yang sedang
menyertai misi PBB dan yang bertugas semasa hari raya kelak.
|
Senarai penyumbang |
Antara penyumbang terbesar
sumbangan berkenaan ialah BAKTI, NADI, LTAT, BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD, Affin
Bank Berhad, WESTSTAR MAXUS, SAPURA, MISC BERHAD, ZETRO SERVICES PAKAIAN SALING
ERTI dan banyak lagi. Menurut senarai sumbangan penyumbang yang saya perolehi,
sejumlah 45 buah syarikat telah menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan yang hamper
mencecah jumlah sebanyak RM1.56 juta! Itu belum mengambil kira sejumlah 14
buah syarikat yang telah menyumbang makanan dan barangan keperluan untuk hari
raya kelak.
Bayaran zakat sejumlah RM 1 juta oleh Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan RM500,000 oleh pihak Affin Bank Berhad turut
diserahkan dalam majlis berkenaan.
Kepada pegawai dan anggota yang akan berkhidmat semasa Aidilfitri samada di dalam mahupun di luar negara, kami mendoakan kesejahteraan kalian dan semoga Allah S.W.T membalas segala pengorbanan yang dilakukan. Pengorbanan anda tidak pernah kami lupakan.
Salam,
ReplyDeleteKawan rasa pelik dan terkejut bila pergi ke PERNAMA Mindef cuba nak beli mangkok jenama Vision yg harganya lebih kurang RM300.00 tetapi alangkah sedihnya apabila casher menyatakan bahawa saya tak boleh beli kecuali melalui `sistem kutu'. Bila pulak PERNAMA buat sistem kutu kalau nak beli barang macam tu!. Dari maklumat kawan, sistem kutu memerlukan seorang askar untuk mencari 9 atau 10 anggota sebelum boleh beli!. Apa sudah jadi kat PERNAMA ni. Adakah masih mampu memberi kemudahan kat askar atau PERNAMA nak kaut untung!. Kita minta PERNAMA jawab perkara ini agar askar tak keliru!!!!