Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun
Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri
Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali
sebagai ESSCOM (Eastern Sabah Security Command)
Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas
Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna
baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan
keselamatan khas ini
Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan
di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi
memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.
Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad
Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat,
Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah
meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.
Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya
terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan
Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai
pengajaran berguna.
Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan
Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan
dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran
pendatang asing juga akan dapat di kekang.
Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk
membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di
masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah
menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.
Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud
Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan
ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan
keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.
Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini
mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan
semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.
Datuk Ghafir Abdul Hamid dan mentor agungnya. Senanggggg diri!!
LEFTENAN JENERAL (B) DATUK GHAFIR ABDUL HAMID merupakan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat.
GHAFIR Abdul Hamid (dua dari kanan) berucap
sebagai anggota panel semasa Forum T bertajuk 'Solidariti Lahad Datu' anjuran Akademi Pak
Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam
tadi. Turut menjadi anggota panel ialah Fathi Aris Omar (kiri) dan Wilfred
Bumburing (dua dari kiri). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
KUALA LUMPUR 13 Mac - Menyedari masyarakat tidak
menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di
Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula
memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.
Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera
Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas
pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya"duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".
Menyorok BAWAH RUMAH ORANG aje..
Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri
bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan
keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan
pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya
sehingga ke hari ini.
Ketika berucap ketika menjadi anggota panel 'Forum T' anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan
Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:
"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di
Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban
ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu"
"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian
Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai
operasi pada peringkat awal.
"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan
mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder
(penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."
Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli
Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang,
Malaysiakini, Fathi Aris Omar.
-UTUSAN ONLINE
Pengorbanan Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail hanya 'standard reban ayam dan bawah rumah orang?'
Makin hari, makin ramai tali barut dari pakatan pembangkang mengkritik usaha dan pengorbanan pasukan kselamatan Malaysia di Sabah. Ia dikatakan sandiwaralah, cawangan Khas dan SB PDRM perlu dimansuhkanlah dan lebih menyedihkan, kenyataan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat tersebut.
Apakah anda turut bersetuju bahawa nilai dan kemampuan askar Malaysia di Lahad Datu Sabah hanya berada di ......
Di sebalik insiden ‘peperangan’ yang berlaku di Lahad Datu,
Sabah, parti gabungan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP semakin rancak
juga mencipta peperangan mereka kepada pasukan keselamatan negara. Terbaru
tentulah insiden pencerobohan pasukan militan dari Filipina di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah. Di peringkat awal isu ini Tian Chua tidak segan silu mendakwa
isu ini merupakan sandiwara UMNO dan pihak keselamatan negara.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua menuduh parti UMNO dalang disebalik kejadian
tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Tian Chua juga tidak segan
mengutuk perajurit negara yang sudah terkorban dalam insiden tersebut sebagai
mati katak.
Seperti biasa, setiap ahli pembangkang mempunyai idea-idea yang
tertentu apabila terjadinya kejadian yang serius dalam negara kerana sikap
ingin melepaskan diri mereka dari membantu apatah lagi tidak mahu parti mereka
dipersalahkan oleh rakyat dan juga kerajaan.
Selepas
kecoh di sana-sini dengan sikap angkuh Tian Chua tersebut, beliau menafikan
pula dalam laman Twitternya dengan mengatakan bahawa dia langsung tidak
mengeluarkan kenyataan tersebut walhal sudah terang dan jelas kenyataan telah
dibuat., Tian Chua sememangnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
Baru-baru
ini, Tian Chua sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa tidak masuk akal untuk
anggota polis terkorban dalam menentang militan dari Filipina ini kerana
pasukan anggota keselamatan negara sudah ‘puas’ menikmati segala bantuan
keselamatan dan alatan-alatan seperti senapang, pistol dan sebagainya.
Ini
bukanlah kali pertama Tian Chua menunjukkan kebenciannya kepada pihak Polis.
Beberapa tahun lalu Ahli Parlimen Batu ini juga pernah ditangkap dan didakwa
kerana menggigit anggota Polis yang sedang menjalankan tugas menjaga keamanan.
Sikap
negatif Tian Chua terhadap pasukan keselamatan negara bukanlah sesuatu yang
baru kepada parti-parti dalam Pakatan. Sejarah kebencian pemimpin Pakatan
bukanlah bermula dengan Tian Chua, sebaliknya ia telah dibentuk dan ditanam
oleh pemimpin “numero uno” mereka, Anwar Ibrahim.
Pada
1998, Anwar tidak segan silu memanggil anggota keselamatan yang menghalang
demontrasi jalananya sebagai “anjing kerajaan.” Malahan itulah punca beliau
ditumbuk oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor. Anwar telah
memanggil Rahim sebagai “Bapa Anjing”.
Dalam
perhimpunan Bersih 2.0 pada 24 April 2012, terdapat bukti video yang jelas
menunjukkan Anwar memberi isyarat kepada penyokongnya agar merempuh anggota
Polis.
Tonton Video di bawah:
Tidak
cukup itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat
Sabu telah dengan terang-terangan mengisytiharkan Mat Indera, yang menjadi
ketua Platun komunis, yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira
sebenar. Dalam ceramahnya pada 21 Ogos 2011,di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Mat
Sabu menyatakan Polis yang menjaga keselamatan penduduk Bukit Kepong sebagai
“anjing penjajah”.
Ini
antara kata-kata yang dituturkan oleh Mat Sabu sendiri bagi menguatkan lagi
pendiriannya yang menjunjung hormat ‘pahlawan’ komunisnya itu.
“Jins
Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit
Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan
balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum
gantung,” katanya.
Permainan
dan pemikiran Mat Sabu itu jelas dapat ditafsir semuanya kerana niat dan agenda
politik semata-mata. Belia sanggup menafikan kekejaman Komunis “Bintang Tiga”
ke atas rakyat negara ini terutamanya kepada orang Melayu hanya kerana mahu
memburukkan pasukan keselamatan negara dan kerajaan Barisan Nasional.
Sikap
Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan maruah pasukan keselamatan sangat
konsisten dalam dirinya. Dalam himpunan Bersih 2.0 Timbalan Presiden Pas ini
mendakwa beliau dirempuh oleh Land Rover Polis. Habis dicanangnya kepada media
dan orang ramai, kononnya Land Rover PDRM telah merempuhnya hingga menyebabkan
kakinya cedera teruk dan perlu dibedah. Dia begitu gigih mempertahankan
kenyataannya.
Namun,
setelah PDRM mempamerkan rakaman CCTV yang diambil dari kawasan dia ditangkap
dan rakaman visual tersebut jelas menunjukkan Land Rover PDRM itu tidak
langsung bersentuh dengan motosikal yang diboncengnya. Tidak langsung meminta
maaf terus dia pusing cerita, kali ini kononnya dia dilanggar oleh kereta Waja
PDRM pulak! Padahal, rakaman itu jelas menunjukkan dia langsung tidak
dilanggar. Sebaliknya motosikal yang dibonceng Mat Sabu itu sebetulnya hilang
kawalan dan terlanggar pembahagi jalan!
Apakah
parti seperti ini yang mahu diundi oleh pasukan Keselamatan negara dan rakyat?
Mat
Sabu juga merupakan antara pemimpin Pakatan pertama yang mendakwa peristiwa
rampasan kem Bukit Jenalik di Sauk Perak oleh kumpulan pengganas al-Maunnah
sebagai sandiwara UMNO. Dalam kes ini dua orang anggota keselamatan terkorban,
namun Mat Sabu langsung tidak menghargai pengorbanan mereka menjaga keselamatan
negara.
Sebaliknya,
pengorbanan para anggota keselamatan negara dibalas dengan cercaan dan tuduhan
kononnya ini semua sandiwara kerajaan dan anggota keselamatan. Tidak pernahkah
Mat Sabu mendalami perasaan anak-anak perajurit ini apabila membaca
kenyataan-kenyataan tidak berhati perut beliau hanya atas sebab politik
kepartian. Nyawa tidak penting kepada Mat Sabu berbanding politik kebenciannya.
Yang
menghairankan ada bekas pegawai Polis dan Tentera sanggup menyertai Pakatan
hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan atas sebab peribadi seperti –
kenaikan pangkat, tidak dapat lesen syarikat keselamatan atau mendapat apa-apa
kontrak kerajaan.
Dengan
berdiri atas pentas Pakatan, bekas jeneral dan pegawai kanan Tentera dan Polis
ini tidak sedar mereka sedang “kencing atas kubur” rakan seperjuangan mereka
yang terkorban mempertahankan rakyat sejak zaman darurat dahulu.
Bagi
Pakatan, selagi Barisan Nasional memerintah, pasukan Keselamatan tidak lebih
daripada anjing kerajaan biarpun merekalah yang menjaga keselamatan rakyat
tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Inikah parti yang
akan kita undi? Sangat menghairankan jika ada anggota pasukan keselamatan yang
sanggup mengundi parti ini. Amat juga menakjubkan ada rakyat biasa yang telah
menikmati keselamatan dan keamanan hasil usaha keras pasukan keselamatan negara
sanggup memberi undi kepada kumpulan pemimpin politik yang tidak mengenang jasa
ini. MYKMU
Alhamdulillah, setelah negara
digemparkan dengan insiden pencerobohan pengganas dari Filipina yang mengaku
dari “kesultanan Sulu”, akhirnya pihak berkuasa mengumumkan Sabah sebagai
kawasan selamat sejak diceroboh.
Jutaan
terima kasih dan tahniah kepada pasukan PDRM dan ATM yang siang malam bersabung
nyawa mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh semangat kenegaraan yang
tinggi. Semoga Allah SWT saja yang dapat membalas jasa dan bakti yang
dicurahkan kalian.
Selain
itu, ribuan terima kasih juga wajar diucapkan kepada Felda atas kemudahan dan
persediaan logistik bagi wira-wira negara di sana, termasuk kepada wartawan dan
pemimpin yang hadir memantau keadaan di sana.
Lega
rasanya apabila Tan Sri Isa Abdul Samad memberitahu tentang keadaan Gugusan
Felda Sahabat yang kembali beroperasi seperti biasa, membayangkan bahawa
kehidupan warga peneroka di Sabah kembali tidak terjejas. Lancar memakmurkan
bumi Sabah…
Walaupun
keamanan negara kita terganggu buat seketika, namun rasanya majoriti rakyat
Malaysia bersatu hati dalam menangani isu pencerobohan pengganas tidak
bertauliah dari Filipina itu.
Kalau
ada pun beberapa pihak dari parti pembangkang yang mempolitikkan keadaan, ia
adalah satu “bonus” untuk Kerajaan BN kerana ternyata sikap bodoh puak-puak
Pakatan Haram itu ditentang hebat oleh seluruh rakyat di negara ini.
Meskipun
begitu, sebak rasa di dada apabila mengenangkan 8 anggota pasukan keselamatan
kita yang terkorban di Lahad Datu tempohari. Semoga “syahid” mereka diterima
Allah SWT dan dicucuri rahmat kepada roh mereka.
Kerajaan
Malaysia dan Filipina sepakat mengatakan wujudnya konspirasi sulit yang menjadi
dalang di sebalik insiden yang meragut puluhan nyawa ini.
Biarpun
dalangnya menafikan penglibatan dalam insiden itu, saya yakin Allah lebih tahu
dan tidak akan membiarkan seorang yang zalim untuk menjadi PM atau Sultan,
insyaAllah. Rasanya, dia nak jadi “cikgu” pun Allah takkan izinkan…
Saya
melihat, rakyat di negara ini perlu mengambil iktibar di sebalik apa yang berlaku
di Sabah. Keamanan di Sabah hanya diragut untuk seketika. Namun penderitaan,
kesusahan dan kepayahan jelas terasa di seluruh negara, khususnya rakyat di
negeri di bawah bayu itu.
Insiden
ini membuktikan bahawa semangat perpaduan, jati diri dan jiwa patriotik amat
penting di negara berbilang bangsa, kaum, etnik, bahasa, budaya, agama dan adat
resam ini. Kita rakyat Malaysia wajib pertahankan kedaulatan negara walau apa
jua yang mendatang.
Pun
begitu, insiden ini juga merupakan satu amaran keras terhadap mana-mana pihak
yang cuba mencabul kedaulatan dan keamanan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berdaulat.
Jangan
ingat Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah bererti rakyatnya tidak sedia
berkorban darah demi negara. Cubalah berkurang ajar seperti yang dilakukan
Kiram III, nescaya binasa biarpun berbekalkan “tangkal tidak mujarab” yang
diikat “di anu” pengganas yang dihantarnya!
Musuh-musuh
di luar negara perlu membuka mata mereka bahawa rakyat di negara ini menolak
sebarang keganasan, terutama yang melibatkan senjata. Tiada kompromi dan tiada
tempat untuk pengganas di negara ini.
Mengenai
“pengganas yang tidak bersenjata” di dalam negara ini dan sering mencetus
huru-hara, mereka juga perlu mengambil pengajaran dari insiden di Lahad Datu.
Jangan ingat mereka “sahabat baik rejim Zionis Yahudi Israel” maka mereka fikir
mereka diterima. Cubalah buat onar kalau berani…
Jangan
ingat rakyat Malaysia bodoh dengan pengkhianatan “dalaman”. Maklumat di zaman
ini tiada sempadan. Jadilah “sesumpah” spesis apa pun sekali, saya yakin pihak
berkuasa Malaysia dapat menghidu bau busuk “bangkai” di dalam hati mereka.
Cukuplah
apa yang berlaku di Sabah. Cukuplah Kiram III saja “diajar” tentang tatacara
menghormati kedaulatan negara ini. Harapan saya semoga tidak muncul pula “Si
Kitul III”, “Raja Mendaliar III” atau “Omega III”. Bukan apa, buruk padahnya
nanti…kan?
Itulah ungkapan hinaan yang ditujukan kepada Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia yang disiarkan di dalam laman web Suara Pakatan Rakyat.
Dalam pada masa Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba memujuk dan meyakinkan beberapa bekas jeneral ATM untuk membantu jentera parti tersebut memenangi pilihanraya, laman web pihak pembangkang dengan beraninya menghina seluruh warga ATM secara terbuka. Adakah kata-kata tersebut merupakan nilai anggota tentera kepada mereka? Wajar diludah? Wajar dicerca dan dihina?
Anggota ATM turut digelar sebagai PENGANGGUR BERGAJI, LEMBEK dan KURANG DISIPLIN. Pencacai (penulis dan pemilik laman web pihak pembangkang) tersebut seolah-olah lupa bahakan menafikan bahawasanya keamanan dan kemakmuran negara ini adalah berteraskan perngorbanan anggota ATM dan pasikan keselamatan yang lain.
Persoalannya, adilkah Panglima dan anggota tentera dilabel sebegitu rupa? Dicerca sedemikian rupa? Dalam pada masa pihak pembangkang sibuk mengatur jentera parti mereka melalui KERABAT, KOBAT, PAHLAWAN dan lain-lain organisasi haram sepertinya, melaung-laungkan janji kebajikan dan keadilan buat anggota tentera namun, apa yang tersirat adalah sebenarnya, anggota tentera termasuk veteran tentera dianggap seperti sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara.
KERABAT + KOBAT = MUSIBAT
Askar Setia sempat copy salinan artikel-artikel berkenaan seperti yang disiarkan di laman web Suara Pakatan rakyat kerana mungkin artikel tersebut akan diarahkan untuk di padam sekiranya ia tidak menepati citarasa perjuangan Anwar Ibrahim.
Ini bukan FITNAH... ini KENYATAAN. Masihkan anda mahu menyokong pihak pembangkang? Rakan-rakanku, sedarlah bahawa penghinaan sebegitu rupa akan dikenang sehingga akhir hayat. Kurang ajar!
Klik pada gambar untuk imej lebih besar
Artikel 1 yang disiarkan pada 21 Februari 2013. Rujuk artikel DISINI
Page 1
Page 2
Page 3
Artikel 2 yang disiarkan pada 22 Februari 2013. Rujuk artikel DISINI
Page 1
Page 2
Page 3
Masihkah anda percaya pihak pembangkang akan membela anda?
Semalam kecoh di blog dan Facebook kononnya rakaman insiden
tembak-menembak di Lahad Datu telah tersebar malah amat mencuit hati apabila
ada pembaca/tukang komen sepenuh masa melatah tidak tentu pasal dan mendakwa
pihak tentera tidak buat kerja?
Amat menghairankan apabila ramai orang percaya bahawa video
tersebut merupakan rakaman tembak-menembak insiden pencerobohan Royal Army of
Sulu Sultanate di pasar awam Lahad Datu.
Apa yang pasti, rakaman tersebut merupakan RAKAMAN LAMA PADA TAHUN 2009! Kelakar bukan apabila kita bertegang urat dan saling mengkritik untuk video dimuat naik pada 4 tahun lepas? Penyokong-penyokong pihak pembangkang pula 'merajinkan diri' untuk download rakaman insiden 2009 dari You Tube dan upload semula video berkenaan bagi memperlihatkan video berkenaan merupakan video terbaru. Motif mereka hanyalah satu - menyalahkan pihak kerajaan dan ATM apabila sudah berlaku tembak-menembak di tempat awam.
Gambar sebenar rakaman video di You Tube
Nasihat saya, jadilah pembaca/tukang komen sepenuh masa yang
bertanggungjawab dan serahkan hal insiden berkenaan ditangani oleh pihak
berkuasa. Anggota keselamatan kita di Lahad
Datu tidak tidur malam dan bergadai nyawa mengepung dan mengawasi kumpulan berkenaan
tetapi amat menyedihkan apabila anda mengkiritik tugas mereka
sewenang-wenangnya. Polis tidak buat kerja lah, askar tidak buat kerja lah..
Adakah anda seorang yang bertanggungjawab? Jelaskanlah pada mereka yang menyebarkan video berkenaan sesuka hati di alam maya.. Moga Allah S.W.T melindungi kesemua pasukan keselamatan kita yang terlibat daripada sebarang malapetaka dan bencana. Amin...
Saya berkesempatan
menghadiri Ceramah Anwar Ibrahim bersama dengan angkatan pak-pak jeneral KITAR
SEMULA dan daripada pengamatan saya, ceramah berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 1000 - 1,200 orang dan
majoritinya terdiri daripada masyarakat awam yang tinggal di sekitar Wangsa
Maju, Setiawangsa dan Keramat. Yang menggelikan hati, pak-pak jeneral expired
memang tidak tahu langsung untuk berceramah politik dan selalu tersasul. Sebut
nama rakan seperjuangan pun salah. Biasalah, lidah expired daripada jeneral
expired memang acapkali TERSHASHULLLLLL......
Hati-hati... Dia nak masuk kawasan angpa...Lock jangan tak lock pintu tau
Melihat telatah
Panglima Songlap TUDM yang ‘bertegang urat’ menafikan penglibatannya dalam kes
kecurian enjin jet F-5E memang amat menggelikan hati. Relaksla Datuk. Cara
Datuk menafikan penglibatan Datuk memang menggelikan hati. Oh ya, mungkin
pembaca tidak tahu bahawa Tuan Penasihat Majlis Rundingan Keselamatan PKR ini
adalah individu bertanggungjawab atas kehilangan enjin jet F-5E. Namun, tidak
ada yang peliknya kerana sudah menjadi lumrah PKR yang akan KITAR SEMULA individu
bermasalah untuk mengepalai kebanyakkan organisasi dibawahnya. Untuk makluman
pembaca, Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan
pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan
Menyertai PKR kerana merasakan beliau telah dizalimi
Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah
dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9,
Akta Angkatan Tentera 1972. Nanti jika individu berkenaan masuk ke kawasan
anda, sila pastikan pintu rumah, kereta, motosikal anda berkunci dan rantailah
basikal anak-anak anda kerana dikhuatiri akan lesap. Enjin jet boleh hilang,
inikan pula basikal BMX anak-anak anda.
Lt Kol Nazari Mokhtar TUDM (Bersara) yang sedang berjuang untuk survival politiknya dalam PAS
Ada satu
lagi cerita panas. Seorang lagi bekas pegawai kanan TUDM pencen yang tidak tahu
bersyukur iaitu Lt Kol Nazari Mokhtar turut sedang bergelut untuk mencari
pengaruh dalam pakatan pembangkang dengan melaung-laungkan semangat rebellion
dan pemberontakan. Maklumlah, saingan-saingannya yang terdiri daripada pakatan
jeneral expired mungkin sukar untuk ditandingi dan disokong Anwar Ibrahim.
Jadi, untuk mendapat pengaruh,menjadi wakil rakyat, Senator dan mengaut projek-projek
masa depan, beliau terpaksalah bertindak proaktif. Sebelum ini, beliau mendapat
peluang untuk berbohong di depan orang ramai semasa HKR12, kini bekas pegawai
kanan TUDM ini sedang mengorak langkah dalam PAS dengan rancangan untuk
mengadakan Perhimpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya
pada 22 Februari 2013. Aduhai...
Menyedihkan apabila budaya rebellion sebegini disokong oleh seorang bekas pegawai tentera
Beliau yang
pernah DIBELA DENGAN BAIK semasa berkhidmat dalam TUDM dan pernah diberi
peluang untuk menimba ilmu dalam pelbagai kursus, kini membuat pusingan U-TURN
dengan menggunakan pentas PAS, KERABAT dan pakatan pembangkang untuk menghasut veteran
dan anggota tentera untuk memusihi kerajaan. Alasannya ialah, kononnya
kebajikan tentera dan veteran tidak terjaga. Pada saya ia amat kelakar
kerana....
Mungkin
beliau tidak didedahkan dengan kemudahan internet dan televisyen. Kerana,
program transformasi kerajaan meliputi aspek kebajikan veteran (termasuk yang
tidak berpencen) dan gaji anggota tentera sentiasa NAIK DAN TIDAK PERNAH TURUN
termasuk peluang kenaikan pangkat yang terbentang di hadapan mata. Mohon
sahabat-sahabatnya yang membaca artikel ini diminta untuk membantunya melayari
internet agar beliau dapat mengetahu cerita menguntungkan buat anggota tentera.
Mat Sabu yang menyokong pejuangan KOMUNIS mungkin sudah insaf dan sudah pandai memberi tabik hormat. Mungkin beliau dididik oleh geng-geng KERABAT
Menurut
rakan yang merupakan pegawai kanan TUDM dan juga kenalan pegawai pencen Lt Kol
Nazari Mokhtar, beliau menamatkan perkhidmatan kerana merasakan ‘ketinggalan’
dalam aspek kenaikan pangkat. Ironinya, sepanjang beliau menjadi seorang
pegawai TUDM, pelbagai kurus dan negara telah dilawati seperti Australia, UAE,
Indonesia dan lain-lain lagi. Apa lagi yang dituntut olehnya daripada TUDM?
Justeru,
apakah kita mahu menyahut seruan oleh individu yang tidak tahu erti KESYUKURAN
dengan apa yang diperolehi olehnya selama ini? Pembabitan anda dalam
perhimpunan tersebut bukan sahaja akan merosakkan kesepaduan anggota tentera
dan veteran tentera yang selama ini terikat ampun tetapi anda hanya member peluang
untuk individu tersebut terus memporak-perandakan ATM untuk survival politiknya
sendiri... dalam PAS dan pakatan pembangkang.
DIA
DAPAT... APA YANG ANDA DAPAT JIKA HADIR?
Menghadiri perhimpunan tersebut tidak menjanjikan imbuhan untuk golongan dibawah...Marilah kita sama-sama menjadi orang yang tahu bersyukur..
Salah satu inisiatif kerajaan untuk bekas tentera. Pembayaran One-off RM1000 untuk bekas tentera tidak berpencen. ALHAMDULILLAH... syukur pada Allah S.W.T
p/s: Tahukah anda bahawa KERABAT bukanlah organisasi 'BEBAS' seperti tertulis dalam HARAKAH tetapi ia merupakan organisasi HARAM...