Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 3 April 2013

BEKAS KETUA PENGARAH PERISIKAN PERTAHANAN SANGKAL TOHMAHAN JENERAL EXPIRED LT JEN DATUK GHAFIR



KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail menyangkal keras dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid kononnya insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah akibat kelemahan perisikan negara.

Menurut Mohd. Salleh, sebagai contoh, sejak tahun 2000, kerajaan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melancarkan Operasi 'Padanan And Sipadan Island Resort' (PASIR) bagi memantau pergerakan lanun serta puak pemisah dari Filipina di pantai timur Sabah, hasil daripada maklumat dan amaran pihak perisikan.

Katanya, sejak 2005 hingga 2007 pula, pihak perisikan negara mengetahui bahawa Sultan Sulu mula mengeluarkan kad pengenalan Kesultanan Sulu serta merekrut lelaki untuk dijadikan anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

"Mereka (orang Sulu warga Filipina) sebagai ancaman kepada Sabah memang ada tetapi keutamaan kita sewaktu itu ialah menjaga perairan negeri itu supaya selamat daripada kumpulan-kumpulan lanun dan penculik.

Lepas bodek ANUwar, dengar cerita jeneral expired ni dapat bertanding
di parlimen Pasir Gudang

"Tuduhan mengatakan tidak ada perisikan atau lemah tidak tepat kerana kita sudah ada segala indikator itu, tapi mereka rancang begitu rapi. Mereka mendarat bukan dalam kumpulan besar dan tahu ada sokongan rakyat tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panel 'Forum Keselamatan dan Ketahanan Negara' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Taman Melawati dekat sini semalam.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Panglima Medan Tentera Darat dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said turut menjadi panel forum tersebut.

Tindakan menyamakan insiden Sauk dengan Lahad Datu adalah
kenyataan paling bodoh dikeluarkan oleh bekas PANGLIMA 

Dalam pada itu, Mohd. Zaini berkata, tindakan Ghafir menggunakan terma seperti kelemahan 'perisikan taktikal' adalah salah kerana tindakan itu dilakukan hanya selepas wujud ancaman nyata daripada penceroboh iaitu setelah mereka memasuki Sabah.

"Selepas mereka masuk, para petugas risik kita mula mengumpul maklumat seperti berapa ramai kekuatan penceroboh, apa kelemahan ketua mereka, bagaimana mereka berkubu, bagaimana bentuk pergerakan, itulah perisikan taktikal yang dilakukan oleh perwira kita.

"Saya juga menyangkal keras dakwaan kononnya perisik kita tidak cekap, mahir atau terlatih kerana kalau mereka tidak cekap, bagaimana kita tahu kedudukan musuh dan sebanyak 67 pengganas telah dibunuh setakat hari ini?" skatanya.



8 comments:

  1. pengganas pengganas tu telah belajar ngan Pak Sheikh cara untuk membolosi sempadan negara sebab pak sheikh kita ada skills & experience dalam membolosi sempadan dubur dubur jantan jambu....bab nih yg perisikan tentera Malaysia x dak skills & experience...hu..hu..hu..

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan, sila pautkan Rezab ke blog tuan, Bilarentap sudah dipautkan. TQ
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Ini muka muka jenderal yg Cita cita mereka TAK TERCAPAI dalam ATM.JIka mereka ini jadi calun JANGAN BAGI 1 UNDI pun!

    ReplyDelete
  4. lporan perisikan sentiasa terbaik tapi sikap pahak tertentu hanya kata OIC tak apa

    ReplyDelete
  5. Untuk maklumat semua, Lt Jen (B) Datuk Mohd Salleh Ismail tahu seluk beluk Negeri Sabah dengan baik. Beliau adalah bekas Timbalan Panglima 5 Briged semasa berpangkat Kolonel.

    ReplyDelete
  6. dato salleh tu pak busu saya...sekian...haha

    ReplyDelete
  7. BSPP - Bahagian Suruhanjaya Perisikan Politik.
    Banyak sangat buat kerja untuk orang politik. Bila dah terhantuk baru nak terngaduh. Adoii!!! Sakitnya.

    ReplyDelete
  8. Good memang terbaik diakui oleh Dr M.

    ReplyDelete