Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus
memperlekehkan pasukan keselamatan apabila mendakwa lagu patriotik yang sering
berkumandang sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan negara, sekadar
bertujuan menghiburkan anggota keselamatan.
"Nak hiburkan hati polis dan tentera, mainkan lagu patriotik
berulang kali,"
Mat Sabu
ceramah di Kampung Tedong
Beliau juga terus menuduh insiden anggota pasukan
keselamatan negara yang terbunuh ketika bertempur dengan pengganas di Lahad
Datu, sebagai permainan politik Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut mempertikaikan tindakan
Jabatan Imigresen Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat Tian Chua, memasuki Sabah.
Sebaliknya, Mat Sabu mendakwa jabatan itu membenarkan individu dan kumpulan
bersenjata masuk ke negeri berkenaan.
Mat Sabu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengangkat Ahmad
Indera atau Mat Indera, yang menyertai anggota Parti Komunis Malaya menyerang
Balai Polis Bukit Kepong, sebagai hero dan pejuang kemerdekaan.
Sebelum ini, Mat Sabu bukan saja memperlekehkan perwira
negara malah menghina jasa pengorbanan pejuang kemerdekaan negara seperti Tun
Hussien Onn dan Tunku Abdul Rahman.
Mat Indera
yg mengetuai suku sakat komunis di angkat sebagai hero, anggota polis Bukit
Kepong yg dibunuh kejam oleh pengganas komunis dilekeh-lekehkan.
Lebih dari
itu Mat Sabu turut menghina lagu
Negaraku dengan menganggapnya sebagai ciplak drpd lagu terang bulan.
Demikian
jugak Mat Sabu turut seakan menghina bendera kita & kemerdekaan negara
apabila mengiakan fahaman segelintir anak muda pro Pas yg menganggap tiada
gunanya menyambut kemerdekaan negara atas sebab kononnya bendera kita serupa seperti bendera
Amerika
“Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah
kepunyaan umno, sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni,
anak-anak muda kata “umph
sambut buat apa”, bendera pun dia kata serupa bendera Amerika.
“Lagu negaraku pulak, lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan
lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.”
“Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak.
Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube, dia kata ayah dengak, ini lagu
Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku. Hundred percent serupa, ertinya lagu ni lagu di ambik
daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap,… takpalah dah
guna pakai nak buat macamana”.
“Tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang
banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong.
Bukit Kepong polis itu, polis British. Hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang
kemerdekaan, ketuanya Mat Indera… Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup”
“Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu
umno. Cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat. Polis tu polis
British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British, tapi dibuat
filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas. Padahal Mat
Indera, ketua penyerang balai polis itu dan akhirnya dia dihukum gantung di
Jail Taiping”. - (Mat Sabu / Tasek Gelugor / 21 Ogos
2011)
dia baru taw sejarah lagu Negaraku??lol
ReplyDelete