Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 2 August 2012

SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


VVIP Yang Hadir

SYABAS dan terima kasih kepada syarikat-syarikat kongolomerat yang sentiasa menyokong Angkatan Tentera Malaysia. Syarikat-syarikat berkenaan telah menyumbang ribuan ringgit kepada Tabung Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Majlis penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2012 kepada Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung dengan amat meriah di dewan Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan jam 10 pagi tadi. (2 Ogos 2012). Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, YDP BAKTI iaitu Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga tentera dan awam KEMENTAH.

RM 100,000 daripada LTAT

RM 100,000 daripada Boustead Naval Shipyard
Untuk makluman pembaca, majlis rasmi yang diadakan oleh para penderma itu merupakan acara wajib yang dianjurkan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Sumbangan tersebut akan diagih-agihkan kepada para pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara termasuk yang sedang menyertai misi PBB dan yang bertugas semasa hari raya kelak.

Senarai penyumbang
Antara penyumbang terbesar sumbangan berkenaan ialah BAKTI, NADI, LTAT, BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD, Affin Bank Berhad, WESTSTAR MAXUS, SAPURA, MISC BERHAD, ZETRO SERVICES PAKAIAN SALING ERTI dan banyak lagi. Menurut senarai sumbangan penyumbang yang saya perolehi, sejumlah 45 buah syarikat telah menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan yang hamper mencecah jumlah sebanyak RM1.56 juta! Itu belum mengambil kira sejumlah 14 buah syarikat yang telah menyumbang makanan dan barangan keperluan untuk hari raya kelak.


Bayaran zakat sejumlah RM 1 juta oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan RM500,000 oleh pihak Affin Bank Berhad turut diserahkan dalam majlis berkenaan.


Kepada pegawai dan anggota yang akan berkhidmat semasa Aidilfitri samada di dalam mahupun di luar negara, kami mendoakan kesejahteraan kalian dan semoga Allah S.W.T membalas segala pengorbanan yang dilakukan. Pengorbanan anda tidak pernah kami lupakan. 






1 comment:

  1. Salam,

    Kawan rasa pelik dan terkejut bila pergi ke PERNAMA Mindef cuba nak beli mangkok jenama Vision yg harganya lebih kurang RM300.00 tetapi alangkah sedihnya apabila casher menyatakan bahawa saya tak boleh beli kecuali melalui `sistem kutu'. Bila pulak PERNAMA buat sistem kutu kalau nak beli barang macam tu!. Dari maklumat kawan, sistem kutu memerlukan seorang askar untuk mencari 9 atau 10 anggota sebelum boleh beli!. Apa sudah jadi kat PERNAMA ni. Adakah masih mampu memberi kemudahan kat askar atau PERNAMA nak kaut untung!. Kita minta PERNAMA jawab perkara ini agar askar tak keliru!!!!

    ReplyDelete