Menyentap! Hasrat penayangan filem Tanda Putera telah dikritik hebat oleh sebilangan individu kiasu yang mendakwa filem ini berunsur rasis dan mampu membangkitkan perasaan marah golongan bangsa tertentu. Akibat desakan-desakan puak-puak tersebut, tarikh penayangan filem tersebut yang pada asalnya dijadualkan pada 13 September 2012 telah ditunda pada 15 November 2012. Sebelum ini, kecoh di internet kononnya filem ini akan mempamerkan babak-babak kontroversi dan sensitif kerana memberi pemfokusan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 (walhal hanya beberapa babak untuk beberapa minit sahaja) - lantas menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang terutamanya yang bukan Melayu menjadi Tidak Senang Duduk!
Lebih mencuit hati apabila filem ini dituduh menjadi bahan propaganda parti politik tertentu untuk membantu jentera parti berkenaan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Amat menghairankan apabila filem-filem berunsur patriotism yang memupuk semnagat cintakan negara, bangsa dan agama ini dilabelkan sedemikian rupa hanya kerana TIDAK MEMUASKAN HATI SESETENGAH PIHAK. Setelah diasak hebat oleh golongan berkenaan, pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Suhaimi Baba telah mengeluarkan kenyataan balas bagi menjawab dakwaan-dakwaan liar sebelum ini. Lihat kenyataan pengarah prolifik negara DISINI.
Penayangan filem ini wajar dilihat sebagai satu usaha untuk memupuk semangat sayangkan negara berdasarkan kisah sebenar perjuangan dan semangat kental pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Tun Abd Razak danTun Dr Ismail bagi memajukan Malaysia ketahap tertinggi. Tidak salah rasanya agar filem ini dapat dijadikan pemangkin semangat dan menghayati erti kemerdekaan yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Menonton filem ini adalah lebih baik dari menyertai mana-mana perhimpunan anjuran golongan beruk yang tidak henti-henti melaungkan itu dan ini - tetapi telah terbukti hanya membawa lebih kerosakan pada harta benda dan menjejaskan ketenteraman awam.
SINOPSIS
Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara
Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang
terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi
memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun
Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya
kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka
berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik
rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa
termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.
Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan
keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga
pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup
warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi
ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut
dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail,
orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan
dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin
Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila
terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar
yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan
berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara.
Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang
mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua
Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.
Razak mengambil langkah berani - membina
hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis
tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang
singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar
dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri
Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.
Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik
di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya
untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa
untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.
No comments:
Post a Comment