Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 1 August 2012

AL FATIHAH BUAT KORPORAL HAFEEZE HANAFI & ISTERI


Berita kemalangan dilaporkan di Buletin Utama 1.30 yang melibatkan Korporal MOHD HAFEEZE HANAFI (UGAT) dan isteri, Nor Idayu Bt Roslan yang hamil 7 bulan amat menyedihkan. Kemalangan yang berlaku pada jam 7 pagi telah berlaku di hadapan menara Sri Kenanga, Setiawangsa.

BUTIRAN LOKASI:

Jalan 15/56
AU 3 Keramat,
Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku ketika selesai menghantar anak (sulung berusia 2 tahun) di rumah pengasuh, dalam perjalanan ke tempat kerja motosikal dikatakan mengekori sebuah bas sekolah. Secara tiba-tiba sebuah lagi bas yang dikatakan mengalami kerosakan brek telah melanggar mangsa. 

Mangsa merupakan anggota tentera terhimpit diantara 2 bas, difahamkan kepalanya pecah, darah memancut keluar dan meninggal di lokasi kejadian. Lebih menyayat hati isterinya mengandung 7 bulan meninggal dlm perjalanan ke hospital.

Difahamkan bahawa anak sulung arwah kini dibawah jagaan keluarga belah isteri.

Untuk paparan lebih lanjut.. Klik Ondscene 

Al-fatihah kepada kedua-dua Arwah. Moga Syurga tempat mereka bertemu kelak.. Amin..




4 comments:

  1. Al-fatihah.. Pembetulan.. Arwah Idayu seorang staf (pembantu tadbir) di tempat kerja sy.. CIDB.. pernah bekerja di KPJ. Sedih.. simpati kat anak sulung mereka.. YATIM PIATU

    ReplyDelete
  2. al-fatihah...semoga roh kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah.. Saya pun nampak pagi td.. Kesian pada anaknya.. Jadi yatim piatu.. Sekelip mata je

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah. Moga kedua-dua arwah dirahmati.

    ReplyDelete