Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 18 October 2011

ASKAR WATANIAH BENTENG KEDUA PERTAHANAN NEGARA

Rujuk Utusan Malaysia (17 Okt 2011), Askar Wataniah (AW) adalah angkatan sukarela dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) dan ditubuhkan pada tahun 1958. Namun kewujudannya dalam lipatan sejarah sebagai Unit Sukarela Tentera Darat negeri-negeri Selat di Pulau Pinang sejak 1861 lagi. AW berfungsi sebagai membantu-ganti tugas (relief in place) kepada peranan warga tetap ATM apabila situasi memerlukan terutama dalam peperangan, bencana alam dan darurat. 

Bukan calang-calang AW kita ni
Research yang saya lakukan baru-baru ini, nisbah AW telah menyamai anggota tetap dengan skala 1:1 namun menjelang tahun 2020, skalanya akan berkembang dan berada di tahap 2:1 bagi menepati matlamat atau sasaran ATM. Di peringkat Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pula, sebuah unit pasukan AW yang terbuka kepada kakitangan awam KEMENTAH turut diwujudkan dengan penyertaan setakat ini seramai 351 orang. Walau bagaimanapun, bilangan penyertaan dari kalangan Bukan Bumiputera masih di tahap yang rendah. Justeru, rakyat Malaysia terutama Bukan Bumiputera diseru agar menyertai PSTD. (David Teoh dah pun buktikan..)

Usaha untuk menarik minat bekas tentera untuk menyertai AW turut diberi keutamaan oleh ATM. Melaluinya segala pengalaman dan kepakaran mereka boleh terus dimanfaatkan untuk mengukuhkan kredibiliti ATM. Bagi menyokong usaha murni  ini, pihak JHEV, PBTM dan NGO (bekas tentera) diseru untuk menggalakkan ahli-ahli mereka yang layak untuk menyertai AW/PSTD.  

Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan AW pula dan juga usaha membantu mempromosi imej ATM, sebuah platun media telah ditubuhkan dalam bulan Mac tahun ini. Seramai 24 pengamal media telah menyertainya dan dijangka jumlah ini akan ditingkatkan ke paras 40 pengamal media sebelum akhir tahun ini. Pihak media tempatan dan bloggers turut diseru untuk menyertainya. 

Sebuah platun yang dikhaskan untuk golongan selebriti juga telah diwujudkan sejak bulan Jun 2011 dan disertai oleh seramai 27 selebriti termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Ana Rafali, Aizat, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Ini merupakan strategi pemangkin ATM untuk menarik minat golongan belia menyertai AW bersama artis kesayangan mereka. Artis-artis lain adalah diseru untuk menyertai AW/PSTD bagi mengikut jejak langkah selebriti yang telah menyertainya. Wahh.. kalaulah dapat 'berjalan laju' disebelah Lisa Surihani. hehe..

Peningkatan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan dan seiring dengan matlamat ATM dan kerajaan untuk memupuk semangat patriotisma selaras dengan dasar pertahanan menyeluruh (HANRUH). Apa pun, tahap kesiapsiagaan dan keupayaan AW perlu berada di tahap setanding dengan anggota tetap ATM dan fungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara kekal berkesan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

18 comments:

  1. Well done son.ur artikel make me proud as askar wataniah long time ago.hoorah!

    ReplyDelete
  2. 1. Jgn terlalu mengejar kuantiti sehingga mengabaikan kualiti.

    2. AW perlu setanding dengan regular force seperti mana reserve force di negara-negara maju.

    3. Semua pihak mesti beri kerjasama dan support hasrat memantapkan AW especially GLC/badan korporat dan swasta yg seharusnya beri pelepasan kepada kakitangannya yg menyertai AW utk turun mengikuti latihan mingguan, tahunan dan kursus dalam AW...

    ReplyDelete
  3. aku nak beri pendapat la ttg tindakan tldm kita yang memberi bantuan kepada nelayan indonesia. Utusan malaysia hari ini. apa yang boleh aku kata ialah ini good image untuk atm - tldm, kita ni sebenarnya sentiasa bersangka baik pada sume org, kita akan membantu siapa sahaja walaupun indonesia dalam isu sempadan negara kita, mereka dok hentam kita, kata kita ceroboh negara mereka, jadi untuk mereka yang selalu sangat dok pandang negatif pada tldm tolongla war-warkan kehebatan tldm - ini sikap murni ni.

    ttg saranan askar setia agar masyarakat malaysia menyertai askar wataniah saya sokong seratus peratus, kita ni sebenarnya perlu ada semangat untuk sama-sama mempertahankan negara ini. kasih sayang kita kepada negara kita inilah yang kita selalu katakan mempunyai semangat patriotisme...selalu kita dengar lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu ini didendangkan bukan hanya untuk santapan telinga tetapi juga santapan hati kita....malaysia oh tanah airku tanah tempat tumpah darahku...kalu betulla so buktikan lah, terima kasih askar setia

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dengan Pegawai Muda lepasan PALAPES setiap tahun yg menjadi "hilang" selepas tamat pengajian... ? Bagaimana LLP lepasan KUSZA, IKM dan Politeknik yg tidak aktif selepas tamat pengajian? Persoalannya, mengapa ramai yg tidak menyahut "seruan". Ramai yang memberi alasan kerana masalah pelepasan daripada majikan... Jika benar itu puncanya...maka, saya cadangkan satu polisi dan mekanisma baru perlu difikirkan demi mengurangkan "kerugian" ini.

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr Pak man

    Saya ada terlihat satu blog navy-oriented. A lot of articles for our reading pleasure.

    www.navy-the-best.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. AW ni ptt dijadikan kerahan je.. xpayah susah2 pikir mcm mane nak tarik minat org join.. cukup umor je, compulsory masuk kerahan.. ape ada hal..

    ReplyDelete
  7. utuk pupuk semangat cintakan negara bukan dengan join ashkar wataniah je...

    ReplyDelete
  8. Sdra,

    Adalah menjadi harapan negara agar belia dan beliawanis menyertai AW. Namun begitu beberepa perlu diteliti dalam menentukan pasukan AW benar2 dapat dimanfaatkan oleh ATM dan negara. Kalau sekadar memenuhi koata dan kemudian hari menyusahkan ATM kelak lebih baik jaga askar dan AW yg sediaada. Beberapa pandangan utk renungan!

    1. Calon yg ingin menyertai AW perlu diteliti dengan sehalus2nya agar dapat menyingkir kalangan mereka yg tak layak masuk khususnya melibatkan warga asing. Mamat dari pakistan lebih kurang org Penang je, nama pun dah macam nama org Melayu/Islam, cakap lebih pandai dari Sami Vellu.

    2. Penyertaan artis2 tidak memberi kesan besar kepada penggalakan penyertaan belia/wanis di negara ini. Kalau ada latihan tahunan belum tentu artis ini ikut, takut bercalar, masuk pacat dan macam2 lagi. Yg penting sasaran adalah kalangan yg benar2 nak masuk dan bersemangat. Kenyataan `unknown' tu betul malah yg telah terlatih dgn PLKN dan kedet sekolah perlu diperkirakan.

    3. Memberi perhatian terhadap AW yg sedia ada perlu dipertingkatkan, selain latihan ATM wajar melihat sudut kerjaya dan kebajikan mereka. Takut2 yg `dijinjing tercicir yg digendung bertaburan.

    4. Insentif berupa kemudahan khusus perlu diberi bagi mewujudkan iltizam dan semangat kepada mereka yg telah menyertai AW buat sekian lama. Antaranya, mungkin pangkat kehormat diberi sekurang2nya Mejor dgn beberapa penetapan dan syarat2 tertentu. Bukan perlantikan sedia ada ni, ikut kepentingan dan agenda tertentu. Sekarang ni terlalu banyak pangkat kehormat, sepatutnya KEMENTAH membuat kajian terhadap mereka dan melucutkan pangkat setelah mereka ini tidak lagi menyertai AW dan bukan `lekat' sampai mati.

    4. Pemilihan AW handaklah yg `terpilih' khususnya mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu bukan sekadar `mat rempit' atau `minah karen' di jalanan. Dalam soal ini, pemilihan boleh dikategorikan kepada berkemahiran dan tidak bermahiran. Kelak yg mahir boleh diserap terus dalam perkhidmatan penuh. Taklah terhegeh2 nak cari kat luar bila ada kekosongan.

    5. Dulu kita ada dengar Rejimen Komunikasi?, macam tu lah kalau tak silap. Mereka ini dianggotai oleh wartawan mediamassa. Apa dah jadi....jadi blogger atau hackers ke?.

    ATM telah berjaya sekian lama dalam mengendalikan perkara ini dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Namun begitu, sejak akhir2 ni `tangan politik' semacam jadi pengacau mungkin kerana mahu dilihat `mendahului' ATM. ATM kekal dalam keadaan apapun, yg saling bertukar adalah `kepalanya'. Apapun, berilah kepercayaan penuh kepada ATM utk melaksanakan tugasnya dan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  9. Israeli soldier Shalit freed....Star 19 Okt 11.

    Kita perlu amati kenada Israel beria2 sanggup menukar tahanan 1,027 Palestine dengan hanya seorang askar bernama Gilat Shalit?

    Pengertian dan maksud yg tersirat bukan hanya tak mahu lihat Shalit merenggkuk dalam tahanan selama hidupnya tetapi ia menunjukkan tanggungjawab dan komitmen yg tak ternilai kepada sesebuah negara kepada askar. Kalaulah nanti askar kita jadi macam ni, apakah kita rela berbuat serupa.

    Begitulah juga dalam ertikata penubuhan AW ni kelak.

    ReplyDelete
  10. Ikut saya, biarlah kita jaga aje askar dan AW yg sedia ada.

    Utk belia/wanis ni, Kemterian berkaitan spt Belia, Kebudayaan dan Komunikasi boleh serapkan dalam mana-mana pertubuhan yg bersangkutan utk kepentingan negara.

    Bila tambah keanggotaan AW cukup ke bajet?. Dia org masuk ATM kena bagi semua kelengkapan. Rumah askar pun masih belum terurus apatah lagi kelengkapan lain.

    Jangan semangat tahi2 ayam je. Kena rancang dgn teliti bukan suka2 nak bukak mulut je atau nak tunjuk konon buat kerja. Lepas tu org lain kena bersihkan pulak.

    ReplyDelete
  11. Bro,

    Aku setujulah bila kau sebut berkenaan Kol Kehormat ni!

    Tak semua YB ni kena bagi pangkat tu. Setakat Raja Melayu/Sultan sahaje yg boleh pakai pkt Kol ke atas. Selainya setakat Mej je.

    Ada yg guna utk kepentingan peribadi. Sebab yg pakai pkt selain Raja/Sultan ni WAJIB kita hormat (bagi tabik le). Bukannya dia org ni boleh jadikan panglima sebenar jika berlaku perang. Raja/Sultan tu lainlah sebab setahu aku Raja/Sultan dululah yg desak Inggeris utk tubuhkan Askar Melayu.

    Mungkin bagi hormat tanggan kiri je kot.

    ReplyDelete
  12. Khabare..wak baru sembuh demam tambah pula sakit gigi. Bila dah tua macam nilah jadinya. Tapi nasib Wak baik sebab Wak punya kad pesara tentera jadi kos perubatannya rendah. Itulah kelebihannya kalau kita berbakti kepada negara. Wak selepas pencen dulu fikir nak masuk PSS TLDM juga, tapi jaraknya jauh sangat di Madini Johor. Tapi kalau ada di Batu Pahat ni, esok selepas subuh Wak daftar.

    ReplyDelete
  13. Sdra Usop,

    Kalau ada semangat dia tak kira jauh ke dekat, pergi juga akhirnya. Tak semistinya PSS TLDM, kat situ ada siri 500 AW, tak silap saya lah.

    Ini semangat cap `ayam' ni.

    ReplyDelete
  14. Sdra Usop,

    Kalau ada semangat dia tak kira jauh ke dekat, pergi juga akhirnya. Tak semistinya PSS TLDM, kat situ ada siri 500 AW, tak silap saya lah.

    Ini semangat cap `ayam' ni.

    ReplyDelete
  15. Sdra,

    Sekali lagi Kobat kononnya nak buat `gempar dan kejutan' dgn memaparkan kenyataan Dr Mujahid mengenai `surat misteri' dari sesorang.

    Tindakan Kobat benar2 `mentah' dalam semua hal. Pengalaman dan pengajarannya yg diperoleh dalam ATM tidak pernah mengajar dia menjadi pandai dan `matang'. Fikirannya tak menentu, benggong dan bercelaru.

    Adake dia ingat org percaya kat surat misteri ni?.Bawalah kemana-mana mahkamah pun, hakim tak akan akui kebenarannya.Surat misteri adalah surat yg ditulis oleh org yg tak bertanggungjawab, tak berwibawa dan tak ada `telor'. Penulis surat misteri ni selalunya dipanggil `pencipta pembohongan'. Kalau betul, kenapa dia panggil `misteri'. Istilah maksud misteri adalah: a matter that remain unexplained, ambiquity, obscurity, confusing, inexplicable.

    Dan maca$m mana kawan seideolojinya yg dikatakan cerdik bertindik membawa surat sedemikian kat Parlimen?. Dah tak ada modal ke...

    Yg peliknya Kobat tetap nak `mengangkat' dia org ni. Ini kerana ...Kobat hanyalah pencacai dan kuda tunggangan PR. Sahlah Kobat ni short sighted.

    ReplyDelete
  16. Jaminan utk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara buakannya bergantung kepada jumlah bilangan AW, tetapi adanya golongan yg betul2 cekap, bersih, amanah dan beriman. Peperangan Handdak menjadi bukti. Amin....

    ReplyDelete
  17. bagus juga artis-srtis masuk AW..tak lama jagi, AW jadilah lembik, banyak berlakon macam artis ..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete