Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday, 17 October 2011

KERABAT BUKAN HERO! SIAPA HERO SEBENAR?

Khabarnya Kelab Veteran Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh  Lt Kol (B) Tengku Nazari TUDM  telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Ex MB Perak) pada 23 Julai yang lalu di Markas PAS Kampung Gelok, Lenggong, Perak.


Kalau ikut latar belakang penubuhan kelab ini kononnya untuk menjejaki dan memberikan khidmat membalas jasa kepada veteran ATM dengan memohon kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri agar dianugerahkan tanah secara kelompok untuk pembinaan pangsapuri atau kondominium yang diusaha bersama untuk diagih-agihkan kepada tentera dan veteran dikalangan anak watan negeri.  Berbagailah agenda yang dibentangkan termasuk 8 tuntutan KERABAT. Bukan main!

8 RESOLUSI 'angan-angan' oleh KERABAT.
Sumber: Pak Mail
Macamana persatuan yang tak berdaftar macam KERABAT ni nak tunaikan janjinya tu? Ibarat kata bawa teksi, lesen tak ada, dah tu nak bawak muatan lebih, menjanjikan keselamatan dan keselesaan kepada penumpang. Tapi siap cakap pulak tu, naik bas lebih selesa sebab ruangnya yang luas, ada aircond, pemandunya berhemah, lesen siap boleh bawak kapal terbang. Tak ke lawak namanya tu. Untuk bekas tentera, letaklah akal di tempatnya, nilailah dengan waras.

Saya bukan nak menuduh tapi pakat-pakat semaklah asal usul Lt Kol (B) Tengku Nazari tu. Difahamkan lepas dia berhenti askar dia ada buat projek, kononnya nak buktikan pada askar walaupun pangkat tak naik, tapi dia boleh berjaya kat luar. Malangnya dia terbawak perangai sewaktu dia dalam askar, ngap sana-ngap sini, akhirnya projek kemana, modal kemana, untung ke mana. Ni dah dapat peluang, terus masuk parti, merasalah jawatan Presiden. Cubalah para veteran perhatikan kenyataan dia ni “memohon kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri agar dianugerahkan tanah secara kelompok untuk pembinaan pangsapuri atau kondominium yang diusaha bersama untuk diagih-agihkan kepada tentera dan veteran dikalangan anak watan negeri”. Bukan kah itu terang lagi bersuluh, bukan ke nak cari projek namanya tu. Masyukkkkk hai Tuan Nazari. hehe

Adakah ia termasuk RESOLUSI 'angan-angan' KERABAT?

Ni sorang lagi, Kapt (B) Rosli, Timbalan Presiden KERABAT. Bagi saya manusia yang pernah nak bersyukur. Mengikut kata kenalan rapat beliau, dia ni asalnya Pegawai Waran saja, lepas tu diserap menjadi pegawai. Itu pun dia tak bersyukur dengan tentera lagi, ni lah yang dikatakan manusia lupa daratan. Bila dah bersara dilantik menjadi Naib Pengerusi PBATM peringkat negeri Perak, tu pun dalam persatuan masih dok main politik, presiden tak betullah, presiden tak buat kerja lah. Akhirnya beliau dilantik menjadi YDP PBATM peringkat negeri Perak. Mengikut kata kenalannya, di situ bermulalah episod sebenar dia, PECAH TEMBELANG!!! rupanya PBATM tu sebagai batu loncatan saja untuk nak kaut projek-projek dengan kerajaan negeri. Bila projek kemana, untung kemana, mulalah buat hal, JHEV tak betul PBTM tak betul, kerajaan tak betul. Bila nampak lubang baru tu yang masuk giar terus hulur muka kat parti pembangkang tu.

Cukup-cukuplah tu, kepada para veteran ATM, kalian dah matang, dah cukup masak dengan propaganda puak songsang ni. Janganlah dilayan sangat, JANGANLAH DENGAR GURUH DILANGIT, AIR DITEMPAYAN DICURAHKAN. Menyesal nanti. 

Ni baru HERO sebenar. SIVAJI the BOSS! HERO Bollywood.





14 comments:

  1. Sdra Askarsetia

    Syabas, ini macamlah nak `ajar' Kerabat ni.

    Kerabat ni memang persatuan tak berdaftar dan ahli J/kuasanya pulak siapa tak kenal, perangainya busuk sampai kedalam.

    Kerabat bersekongkol dengan PR khususnya PAS kononnya handak mendahului memperjuangkan nasib bekas tentera berbanding kerajaan BN.

    Sedikit masa dulu Kerabat menjanjikan tanah seluas 20 ekar bagi bekas tentera dan balu dan tapak rumah JIKA PR MENANG dalam PRU ke 13 nanti?. Kini, Kerabat pulak mencanangkan agar kerajaan negeri agar menganugerahkan tanah secara kelompok bagi pembinaan pangsapuri/kondominium utk diagihkan kepada tentera dan veteran di kalangan anak watan negeri.

    Kalau difikirkan sewaras2nya. Kerabat dan rakan kongsinya PR memang bijak bermadah dan berkata2. Mereka adalah Mat Jenin dalam zaman moden. tahi kambing pun nak dijadi ubat batuk. cakap bagai nak rak. habuk hampeh je...

    Kerabat dan rakan kongsinya ingat bekas askar ni `buta' dan bangsat sangat ke. Sebab tulah `taukenya DAP dan PKR senyum je...dia tak masuk campur sebab dia org tahu siapa suku sakat Kerabat ni..

    Semua tahu, sehingga kinipun kerajaan negeri di bawah PR khususnya PAS tak pernah kurnia tanah seluas tu. PAS yg dah hampir berapa dekat memerintah negeri Kelantan masih tak beri tanah ket bekas tentera.

    Malahan, dalam bajet 2012 PR (RM220billion) yg diwar-warkan pun tak ada peruntukkan bagi memulihkan kebajikan bekas tentera.Inikan nak buat rumah ala kondominium..he...he...

    Kerabat hanyalah `pak turut' kepada PR. Jadi tidak hairanlah kehadiran Kerabat dalam permainan politik PR. Ahli J/kuasa Kerabat dipergunakan utk tunggangan PR.

    ReplyDelete
  2. Sdra,

    Saya syorkan agar Keranat buat kumpulan penyanyi ala rok dan lagu pertamanya mestikah ...Oh Bangau..Oh Bangau.

    Mungkin ada yg tertidor, bukan kerana sedap didengar tetapi menyampah kat dia org ni.

    Nak tanya, KOBAT masuk ahli Kerabat ke...he...he...

    ReplyDelete
  3. Sdra,

    Kalau sdra pergi kat Taiping (sebab tinggal kat sana) Kg Jana. Keseluruhan kg ni diduduki oleh bekas tentera, tanah lotnya diberi oleh kerajaan negeri masa tu BN. Saya tak ingat kat KL dekat ampang pun sama juga. Tapi kat P.Pinang ada ke....

    ReplyDelete
  4. Sdra,

    Saya kawan baik Kapt (B) Rosli. Saya dah cakap kat dia utk tidak join Kerabat ni.Tapi dia degil, lepas tu terbongkarlah semua tembelang dia. Masa dia jadi YDP PBTM kat Perak tu semua org tak suka, dia semua nak polon....

    Penyakit dia tak pernah sembuh, jadi penyanggak dan sebab tulah dia kena pecat bukan berhenti sukarela. Kesian kat dia, tapi macamana nak tolong.

    Kalau dia betul2 benci kerajaan dan askar ni, janganlah guna pangkat askar tu. Samalah jugak kat Lt Kol Tengku Nazri @ Nazari?. Malulah, pakai pangkat askar tapi caci profesion dia dulu.

    Lepas tu, pencen askar tibai juga.

    ReplyDelete
  5. Sdra,

    Dua org yg dinyatakan (Rosli dan Nazari) tak pernah bersyukur dan menghargai rahmat yg diterima semasa perkhidmatan dulu. Kedua2nya menerima ganjaran pangkat yg setimpal dgn apa yg telah dilakukan. Malah keluarga khususnya anak2 dan isteri dapat merasai nikmat kehidupan hasil gaji bulanan yg diterimanya dari kerajaan sekarang.

    Tapi sebaliknya kini dia bersekongkolu dgn PR mencaci dan mengutuk tentera hanya kerana kepentingan politik sempitnya. Kedua2 ni boleh dianggap `melepaskan anjing tersepit'.

    Dia menjaja isu 20 ekar utk tentera namun dia sendiri tak dapat dari YB Nizar. Macamnama nak beri kat 100,000 lebih persara?. Tanah mana dia nak kaut? Mungkin kalau tak cukup tanah dia nak jaja air parit, air sungai dan laut pulak. Habis air, Kerabat dan PAS janji angin la. Dalam bahasa kelante, habis dia `kerabak' (raba/pegang). Sebab tulah dia org ni panggil persatuan mereka `Kerabat.

    Selagi dia boleh `kerabak' selagi tulah dia org merapu. Kerabat ini dahlah dianggotai org yg `bermasalah' tapi cuba nak jadi hero?. Kalau dah jadi `ular pembelit' tu, menyusup bawah akar pokok renggas tetap pembelit jugak (ular ni kena gatal jugak).

    ReplyDelete
  6. Bro,

    I've just gone through articles wrote by Kerabat and Kobatpr.It's disgusting and felt anorexia upon reading them. Their writting are obsolecent and antigonism.

    They are really a bunch of psychosis, crack-brained, dump and nonsense people. Full of hatred and perpetrators to their own profession before.

    ReplyDelete
  7. Sdra,

    Kerabat dan kobatpr ni bagaikan `meludah ke langit' tak sedar dia memburuk2kan kerjayanya yg menjadi `periok nasinya' sedikit masa dulu.

    Kalau Kerabat dan Kobatpr betul2 memperjuangkan nasib tentera ni sejak dalam perkhidmatan dulu, tentunya tak berlaku sepertimana sekarang, buat `bising' dan menjaja isu sana sini.

    Selalunya org yg benar2 ikhlas dan telus dalam memperjuangkan apa saja yg baik utk sesiapa saja, dia tak akan buat hebuh sebab matlamatnya adalah mendapatkan rahmat dan keredhaan dari Allah s.w.

    Yg pasti, Kerabat dan Kobatpr mempunyai agenda tersembunyi. Tersimpul niat yg curang dan hipokrat. Bekas askar bukannya nak tanah je, sebagai contoh, yg sakit tak boleh bangun perlukan bantuan kerusi roda atau rawatan khusus. Berbagai masalah yg dihadapi oleh mereka (termasuk balu dan anak bekas tentera) dan ia memerlukan pendekatan atau cara penyelsaian yg berbeza.

    Kalau iapun nak perjuangkan nasib bekas tentera bukanlah secara selektif dan bertindak semberono. Lagipun, pemberian tanah bukannya faktor utama yg akan menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup bekas tentera secara keseluruhannya.

    Berfikirlah sebelum `melalak' kerana yg melalak sebelum berfikir adalah ALOK.

    ReplyDelete
  8. Bro,

    Tengok gambar atas, kesian kat Kak Wan Azizah. Dia pun kena tipu kat Kerabat ni.

    Mungkin ahli j/kuasa Kerabat boleh tanya kat Kak Wan Azizah, masa suaminya jadi Timb Perdana Menteri, dia ada kurnia/sumbang tanah ke kat bekas askar, kat siapa, di mana dan berapa ribu ekar dah serah....

    Kesian dia, diperalatkan dek Kerabat utk nak dapatkan political milage.

    ReplyDelete
  9. letih kita ni kan apabila sentiasa sahaja dipergunakan oleh orang, kita ni sebenarnya da harus bertukar (kata anak akula) suapaya sentiasa berfikir dahulu dan jangan terus mengikutk ata-kata orang, sbb kita ni mudah sgt terpengaruh...tanpa ada sebarang asas kukuh jadiknya kita harusla pastikan apabila kita menerima sesuatu pastikan dahulu kebenarannya dalam kes ni kita tengok la kawan2 kita yg cuba nak meraih simpati dgn kita....pi dah...

    ReplyDelete
  10. Buat malu kaum jer kerabat ni.agak2 bajet da tua 2 buat la amal jariah banyak cket.then kpd pengerusi kerabat dan ahlinya, x perlu letak askar BERSARA 2.buat malu yg dipertuan agung jer bg tauliah.pangkat 2 Ydp agong bg utk mempertahankan negara n ATM. Bknya memburukkan atm.sedarlah diri.
    Cheers!

    ReplyDelete
  11. Sdra askarsetia,

    Di bawah ni artikel bertajuk Jeneral kita masuk tandas pakai kalimah Allah yg diposted on Selasa, October 18 @ 04:03:11 PDT. Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur dalam blok Truangkita Online:

    Adalah menjadi kenyataan bahawa Jeneral-Jeneral di Malaysia ini yang berpakaian seragam tentera akan memakai kalimah Allah apabila masuk ke tandas. Kenapa ini boleh berlaku sedang kita membincangkan isu untuk memartabatkan agama Islam dan menyelamatkan akidah umat? Adakah perkara ini isu remeh temeh sehingga semua pihak terlepas pandang?

    Apa yang dimaksudkan ialah pada lencana pangkat seorang Jeneral ada 1 lencana crown atau mahkota yang jelas tertulis kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi atau tulisan bahasa Al Quran. Sudah pasti crown ini akan dibawa ke mana-mana oleh Jeneral tersebut apabila masuk ke tandas. Yang menggunakan crown ini bukan hanya mereka berpangkat Jeneral, akan tetapi mereka yang berpangkat Mejar , Leftenan Kolonel, Kolonel, Leftenan Jeneral hinggalah ke Jeneral. Juga mereka berpangkat Pegawai Waran II dan Staf Sarjan juga memakai crown ini.

    Penggunaan crown ini bukan hanya terdapat dalam perkhidmatan tentera , malah ianya digunakan dalam perkhidmatan polis, penjara, bomba dan lain-lain jabatan. Baru-baru ini saya dengan rakan sepejabat yang bukan Islam saya berurusan dengan satu jabatan kerajaan. Kami bertemu seorang pegawai bukan Islam yang memakai pakaian seragam dengan pangkat pada kiri dan kanan bahunya jelas ada crown yang tertulis kalimah Allah. Dalam hati saya terdetik, bagaimana pegawai bukan Islam ini memakai kalimah Allah tersebut dan menggunakannya semasa ke tandas.

    Apabila selesai berurusan dalam perjalanan pulang dalam kereta, saya bertanyakan rakan saya yang bukan Islam. Saya berkata, tahu tak di Malaysia ini, orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah? Dia seakan terperanjat dan kata tidak tahu pula. Saya tanya dia sekali lagi, dia perasan tak pegawai bukan Islam tadi ada kalimah Allah dan Muhammad pada pangkat di bahunya? Sekali lagi dia terperanjat dan dia memang amat-amat keliru akan apa yang berlaku sekarang.

    Dia amat keliru kenapa pegawai kerajaan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan dalam pada masa yang sama orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Apa yang agak memalukan saya ialah apabila rakan saya yang bukan Islam tadi berkata, bukankan kalimah Allah itu dianggap suci oleh orang Islam, dan tidak patut di bawa ke tandas?

    Saya pun diam sajalah. Mungkin Mejar Jeneral (Bersara) Jamil Khir Baharom ada jawapannya?

    Rozmal bin Malakan
    http://waghih.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. askar setia? sudah la....

    ReplyDelete
  13. Slm Rozmal Malakan. Saya ni bukanlah ahli agama. Tapi, isu tersebut merupakan isu yang AMAT LAMA/LAPUK dan saya rasa xperlu nak disensasikan semula. Terdapat banyak lagi isu seperti:

    1. Non-muslim berceramah didalam masjid?
    2. Bawa Handphone/gajet2 mp3 yang ada ayat al-quran?
    3. Non-muslim memetik dan menyebut potongan ayat Al Quran?

    Dalam isu badge yang tertulis kalimah Allah, para ulama' dah menyatakan bahawa hukumnya makruh. terpulanglah pada individu untuk menilainya dan biarlah dengan ILMU. bukan emosi semata-mata.

    ReplyDelete