Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 27 October 2011

HOSPITAL ANGKATAN TENTERA BANTU RAKYAT

Hospital Angkatan Tentera (HAT) sememangnya memberi keutamaan rawatan dan perubatan kepada warga ATM dan bekas tentera. Ini tidak bermakna bahawa HAT tidak membantu rakyat seperti didakwa oleh blogger 'klboyzwangsa.blogspot.com' pada 19 Okt 2011 melalui paparan artikel bertajuk “Hospital Tentera Tengku Mizan Tak Boleh Bantu Rakyat Setempat..??" Kesahihan dakwaan oleh 'klboyzwangsa' amat diragui kerana HAT sentiasa dekat di hati rakyat.


HAT di seluruh negara (termasuk HAT Tuanku Mizan) amat prihatin terhadap keperluan rawatan dan perubatan rakyat terutama dalam kes-kes kecemasan. Justeru, sebarang dakwaan bahawa HAT tidak membantu rakyat adalah TIDAK BENAR malah tidak berasas. Tuduhan yang mengatakan bahawa HAT menolak bulat-bulat keperluan rawatan kecemasan seorang penduduk setempat (Wangsa Maju) akibat sesak nafas adalah tuduhan liar yang jauh terpesong dari landasan kebenaran. Tuduhan tersebut cuba discredit kebertanggungjawaban HAT sekali gus cuba menjejaskan kredibiliti ATM.


Isu pemberian rawatan kesihatan kepada rakyat sememangnya menjadi keutamaan KEMENTAH dan ATM. Bahkan ianya adalah sebahagian teras Projek Jiwa Murni yang bermatlamat untuk menjalin kerjasama antara rakyat dan ATM. Justeru, dakwaan artikel berkenaan adalah tidak masuk akal dan jelaslah bahawa penulis cuba meracuni pemikiran rakyat khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Wangsa Maju terhadap ATM. Blog ini juga menanam persepsi negatif rakyat terhadap ATM.


Rakyat diseru agar tidak mudah dipesongkan oleh para bloggers yang berkepentingan terutama terhadap isu yang cuba menjejaskan imej dan kredibiliti ATM.

25 comments:

  1. so far kalo nak dibandingkan pd sumer hospital yang ader kat malaysia ni la..rasenyer Hospital Angkatan Tentera is d best dr segi prasarana n kelengkapan yang ade..tempat pon bersih n cepat diorg punya servis kat kiter.whoever yang x pernah pegi 2 jgn la nak tuduh sembarangan.pegi n tengok dulu berapa prihatinnya angkatan tentera kita..i'm very proud of u la doktor n staf tentera yang berkorban untuk negara yang kita cintai ini.
    Hoorah!

    ReplyDelete
  2. Betul la..the best hospital in Malaysia..

    ReplyDelete
  3. 'Blog ini juga cuba menanam persepsi negatif rakyat bukan sahaja terhadap ATM malah kerajaan memerintah pimpinan BN.' This is a very funny statement!

    ReplyDelete
  4. Hospital ni ambik kes yang senang2 je..kes berat2 dia suruh refer HKL...takde beza ngan gi Klinik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes yg senang2 2 cmne? dan yg berat2 2 cmne Plak broo...

      Delete
  5. yeah!!...hospital check-up my mom!!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Mohon HAT Mizan luaskan perkhidmatan kepada semua anggota dan keluarga pasukan keselamatan, POLIS, bekas SC, HOMEGUARD.....boleh ke?

    ReplyDelete
  8. nak layan pesakit memang susah..semua nak mudah..jimat..punyalah banyak klinik kat Wangsa Maju tu..Askar sendiri pun p Klinik Kita..

    ReplyDelete
  9. i duk area wangsa maju..kirenyer kalo i ader kes emergency means means my parents sakit ke leh la i antar kat HAT Mizan kan!!its a good news for us.

    ReplyDelete
  10. kalu ada emergency x kan nak tolak kot,.,tu dah langgar ikrar perubatan..camne tu?

    ReplyDelete
  11. Hospital ini hanya mengambil kes-kes yang boleh ditangani oleh kepakaran yang ada. Sebagai contoh bagi disiplin perubatan dalaman, hospital ini hanya mempunyai pakar perubatan am sahaja. Tiada kepakaran "subspecialist" seperti pakar jantung(kardiologi), buah pinggang/ginjal(nefrologi), kajisaraf(neurologi), usus (gastroenterologi) and sebagainya. Hampir kesemua disiplin hanya mempunyai pakar am sahaja. Kebanyakan pesakit datang ke hospital ini dengan anggapan kita setaraf dengan Hospital Kuala Lumpur yang merupakan Pusat Rujukan Malaysia. Sudah tentu ini tidak betul dan kebanyakan masa pesakit yang memerlukan rawatan "subspecialist" terpaksa dirujuk ke tempat lain. Jadi pada pendapat saya sekirannya ada mempunyai masalah tertentu, sila berhubung dengan mana staf medikal hospital ini dan bertanyakan sama ada penyakit tersebut boleh dirawat di sana.

    ReplyDelete
  12. sampai bila nak komen pasai hospital ni..sudahlah buka topik lain plak.

    ReplyDelete
  13. tak payah la, anak aku sakit hampir entah la nak cakap. doktor yang bertugas dekat kecemasan tu, buat tak tahu je. bukan nak cx ke ape. ade ke patut dia suruh wife aku pegi klinik TDHO cx kat sana first. nasib baik aku tak ade. klau aku ade aku sumpah kat situ jugak doktor yang free hair entah setahun jagung dalam askar kot. wife aku merayu anak aku dah mengis sampai merah muka. dengan lelah lagi panas tak leh nak bayangkan la. ade ke patut dia halau je mcm tu. tak berhati perut punya doktor. untuk pengetahua hang aku ni pegawai dekat kementah, hang tak yah siasat aku la dah memang betul service macam haram. aku cabar kau jgn delate comment ni. klau hang ade batu la. yang pengting klau tak betul cakap tak betul hang jangan menegakkan benang yang basah.. fahm// insan geram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la bro...ikut turn la nk cek, jgn mntang2 U PGWAI kementah nk dtg trus nk msuk, dh tmpt kecemasan fhm2 je la....nk cpt g jmper CO jer (dr) jgk lg snang. konon PEGAWAI
      lu pkir la sndiri jgn nk geram je kt org...sndri pn x btul..

      Delete
  14. Khabare..semua, dah lama Wak pergi hospital tentera, dulu masa di Lumut, 96 HAT tu kira dah kenal sangat dengan Wak, apa tidaknye sebulan sekali Wak kena pergi buat pemeriksaan, apa nak buat Wak ni LE asma. Wak tak tahu pula dengan HAT di Kuala Lumpur, tapi yang Wak pasti kalau di 96 HAT Lumut tu kira macam pasarayalah, ramainya orang, navy ada, awam ada polis ada, keluarga ada. Nasib baik Wak tidak kerja jurusan kedoktoran dulu, kalau tidak Wak cabut lari...

    Wak kagum sungguhlah dengan doktor di sana tu, handal, pakar semuanya. Sejak pencen ni, Wak jarang ke HAT, kira Wak pergi hospital biasa sajalah di Batu Pahat ni. Tak mahal, sebab Wak tunjukkan kad pesara Wak, bayar seringgit sahaja. Wak bukan tak mahu ke Lumut lagi, nanti orang rumah Wak ngikut sekali, sejak bersara ni, anak-anak pula dah kerja, kuat pula cemburu dia. Bukan itu sahaja, kalau Wak keluar lama-lama, nanti bisnis tempe Wak kecelaruan..biasalah orang bisnis..

    ReplyDelete
  15. Bro Anon 1027, biar betul cerita ni. Sbb setakat ni saya boleh dikatakan sudah lebih 10 kali ke kecemasan tunku mizan, so far no prob. Bukan nak tegakkan sapa-sapa tapi itu kenyataan. So far ok eventhough wife saya pergi sendiri. Cdr Kojack.

    ReplyDelete
  16. Salam Sdr Anon 10:27.

    Saya bersimpati dengan Sdr atas situasi mcm tu. Saya tak la berapa faham dgn sistem rawatan kesihatan kat HAT Tunku Mizan dgn klinik di DTHO tu. Tapi kan, xkan lah sebab seorang doktor di HAT yang Sdr maksudkan tapi keseluruhan HAT tu Sdr nak salahkan..

    saya difahamkan, di HAT Tunku Mizan, ada 2 org doktor je bertugas di Unit pesakit Luar. CUkup tangan ke?

    ReplyDelete
  17. semua orang kene faham ape yg dmaksudkan dgn 'KECEMASAN'. stakat demam batuk selsema tp masih bleh blari, bgelak ketawa bkn KECEMASAN namenyer...pangkat dan darjat bkn masalah utame, jgn salahgunekan Jbtn Kecemasan....

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum...
    Disini saya nk share experience saya dan suami [tentera] di wad kecemasan HAT pada satu hari minggu.
    3 org staf : kerani, jururawat lelaki & MA.
    Pada waktu tu cuma ada 3 org pesakit atau pelawat duduk menonton TV. Dlm ertikata lain...tak busy langsung.
    Kami tiba dan suami saya dlm keadaan sakit tu hulur i/c pada kerani yg matanya tgk tv..mulutnya mengunyah snek...tanpa memandang kami dia terus bagi borang utk diisi...there was no sense of urgency...tkpe la..suami saya pun bukan sakit teruk pun.
    Tak lama kemudian, MA dtg...dan belek2...pegang dan tanya2 soalan kat suami..dan terus bagi explanation tentang sakit suami saya. Kemudian jururawat lelaki take over merawat suami saya...TQ...jururawat ini helpful dan buat tugas dia dgn baik.
    Saya tanya bolehkan suami diberikan MC sbb dia tak boleh berjalan...jururawat ckp..kena tanya DOktor tapi doktor sibuk sedang buat round. Kami ckp kami boleh tunggu...lagipun lebih puas hati kalau doktor yg tgk sendiri masalah suami saya. Selepas jururawat keluar berjumpa MA, kami diminta utk berjumpa MA semula. Ok.
    Apa yg MA tu buat...dia pass preskripsi ubat kpd kerani tadi dan terus pergi tanpa menghiraukan kami yg tercegat kat depan tu. Kami hanya diberitahu oleh kerani tu utk dtg semula 3 jam lagi tapi pergi ke farmasi utk ambil ubat sebab farmasi tutup waktu tu...itu sahaja. Suami saya amat berang...dan kami tk dtg semula...kami pergi mendapatkan rawatan di tempat lain...doktor buat bloodtest utk confirmkan penyakit suami saya. Informasi yg diberi MA tadi sgt2 tidak bertepatan...dan lah tu permintaan kami utk jumpa doktor tidak dilayan.
    Saya harap komen saya ini dpt membantu HAT utk improve cara kerja mereka...mungkin hanya sebab sikap 2 org staf ini..yg lain pun dpt impression yang tk elok...it's unfair. Saya cuba bersikap reasonable...tapi suami saya yg kecewa sbb sebagai tentera...dia menaruh harapan yg servis di HAT adalah baik...tapi lain pula yg jadi. Sebabnya sebelum tu saya ajak dia ke hospital swasta berhampiran rumah kami tapi dia ingin ke HAT...bila dah sampai sana...dapat pula layanan mcm tu...saya faham kenapa dia marah. TQ.

    ReplyDelete
  19. Inilah yg berlalu apabila ada ketidaklancaran komunikasi di antara healhcare provider - pesakit.Maybe kursus soft skill kene diberi penekanan :)

    ReplyDelete
  20. The best tapi lembab lah pulak! Peakit tak ramai, tunggu rawatan berejam rejam, pastu amek ubat utk veteran ada 2 farmasi. Farmasi veteran selalu kehabisan stok ubat! Sedangkan pesakit diarahkan sain claim surat ubat untuk 6 bulan, apa cer?

    ReplyDelete
  21. Memang servis hosp ni sgt lembab. Kalau dtg setakat demam selsema, doktor boleh melambat2kan dtg periksa. Boleh pula saya tunggu dah setengah jam, bhgn kaunter kata dokyor solat. Lepas tu pembantu hospital cakap klu x ada kes kecemasan, mrk tak berani call doktor. Apa la punya lembab makan gaji buta. Tak kiralah hari ni, hari Ahad. Bukankah mrk ada shif utk dtg btugas? Harap Pegawai Memerintah turun padang terutama pd hari Ahad. Bukznkah mrk sepatutny amanah dgn masa bekerja. Bukannya sesuka hati dtg ikut masa sendiri sedangkan pesakit semakin melimpah saat ini.

    ReplyDelete
  22. salam..saya bekas atm.. dimanax tetap ada kelemahan lumrah alam.tapi setiap kelemahan hendaklah diterima dan diatasi sebaik mungkin.mungkin memenatkan tetapi itulah kenyataan..syabas HAT TERUS BERBAKTI

    ReplyDelete