Pemilik blog “manjungmari” dalam paparan artikel pada 4 Okt 2011 bertajuk “Kenapa Panglima Tentera Laut tidak tersenarai…..” cuba menjejaskan imej Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar PGAT PSM PJN SSAP SPTS SPDK DCSM SMW PSAT DPMS PAT JSM KAT KMN AMN BCM PJM PPS PPA FIMarEST MA Adv Dip Mgt Sc ncc psc kerana secara membuta tuli tanpa rasa bersalah memaparkan fakta yang salah. Bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali. Justeru kredibiliti blog dan bloggernya amatlah diragui. Klik kepada pautan dibawah untuk baca pembohongan tersebut:
Untuk makluman pembaca, PTL sebenarnya telah pun dianugerahkan PGAT pada 21 Okt 2008 dan sebab itulah beliau tidak disenaraikan dalam senarai penerima pingat Darjah Kepahlawanan ATM baru-baru ini. Jelaslah bahawa fakta dalam blog “manjongmari” tidak boleh diguna pakai. Nampaknya pengikut dan pembaca blog “manjungmari” ini sudah ditipu dan diperdaya. Nasihat kepada pemilik blog “manjungmari”, janganlah cuba memperkecilkan ketokohan, kewibawaan dan kredibiliti PTL yang telah dan sedang memimpin TLDM dengan penuh kecemerlangan. Kerajaan Malaysia dan KEMENTAH memberi kepercayaan penuh terhadap beliau berdasarkan nilai dan kualiti profesional yang dimilikinya.
Jangan cuba menjejaskan kredibiliti PTL dengan fakta yang salah. Jauhilah daripada perasaan hasad dengki dan iri hati. Kembalilah ke jalan yang benar agar hidup pemilik blog “manjongmari” diberkati Allah SWT. Amin...
Oh ya..sebelum terlupa. Sesuai rasanya jika Manjung Mari dan pembaca sekalian layari sendiri laman web rasmi TLDM untuk mengetahui latar belakang dan ketokohan PTL. Sila klik DISINI.
Sewaktu saya menjalani latihan asas rekrut di Sembawang, Singapura Panglima Tentera Laut ini juga sedang menjalani kursus di tempat yang sama. Ketika itu beliau telah pun berpangkat S/Lt. Beliau merupakan seorang pelatih yang terbaik dari kalangan peserta2 kursus tersebut.
ReplyDeleteweldone askarsetia... saya suka baca artikel2 dlm blog ini..sebab tak merapu ... direct to the point.. utk beri penjelasan sebenar situasi semasa .. dlm menangkis dakyah2 org yg berhati busuk.. yg suka memburukkan dan memperlekeh individu atau organisasi demi kepentingan peribadi.. walaupun tak byk artikel.. tapi setiap artikel yg keluar mmg power... sy bangga ada blog yg tak main politik tetapi berusaha memberi cerita sebenar... salute to askarsetia.. saya akan setia bersama anda.. chayuk chayuk...
ReplyDeleteKhabare..wak sekarang ni bukan selalu boleh menjamah internet..orang rumahnya bising..Wak dah cakap bukannya Wak buat kerja tak elok tapi dia tak percaya juga. Inilah masaalahnya dengan orang yang buta ilmu (wak berani cakap sebab dia tak ada..pergi rewang rumah Wak Teruli), samalah macam penulis dalam blog Manjung Mari. Ikut sedap mulut dia saja kalau dah menulis. Walaupun Wak ni sekadar SRP, tapi pasalsejarah Wak tinggi, Wak dapat kredit jugalah dulu. Kenapa ya ada manusia macam manjung mari yang sanggup buat cerita tak baik berkaitan orang yang baik-baik. Wak dengan CN ni taklah kenal sangat, cuma seingat Wak lah masa dia jadi AKS-SM dulu Wak tengah peralihan. Bertubi-tubi orang naik pangkat, nama Wakpun nyaris-nyaris pakai PW II, nasib Wak LE, kalau tidak merasa jugalah Wak pakai pangkat atas bahu. Sampai sekarang ni, bila budak-budak navy yang tinggal di Parit Sonto ni balik, Wak selalu tanya perkembangan navy. Mereka kata ok, itu yang Wak pelik tu. Wak rasalah kan, manjung mari ni mesti orang yang tak berwibawa, suka dengar cerita orang. Kita ni bila dah bersara, cubalah buat kerja yang berfaedah, kerjakan kolam ikan ke, tanam sawit ke, buat kebun limau kasturi ke, ini kerja nak jatuhkan orang bukannya berduit tu. Wak nasihatkan manjung mari, hari ni hari Jumaat, ambil air sembahyang, mintak tobat, ampun sama tuhan. Dosa dengan tuhan tuhan boleh maafkan, tapi dosa dengan orang manjung mari jawab sendiri.
ReplyDeleteblog manjung mari tu blog politik.
ReplyDeleteada pulak niat nk cerita pasal tentera..
maka...maklumatnya pun sama lah mcm kenyataan orang-orang politik...
wa heran lah..kenapa artikel bertajuk "Kenapa Panglima Tentera Laut tidak tersenarai" tu dah tkde dlm blog Manjongmari?Kenyataan tu palsu ke??tu la,len kali sblm nk kuar statement check la dlu..jgn ckp ikut suka..kn da kna jilat blik ludah sndri..
ReplyDeleteWak pun rasa peliklah, Wak setuju dengan kata Pak Mail, tanpa kenal orang terus melulu je tembak..Wak suka baca tulisan Pak Mail..jujur. Itulah kita ni kan kalau nak buat sesuatu tomahan, fikir seribu kali. Jangan semberono saja. Orang jawa ni kan pegangan dia kuat tahu. Sekali orang kelentong, sampai kiamat dia tak percaya dah. Politik-politik Wak tak berapa gemarlah sebabnya kalau Wak campur benda politik ni nanti orang rumah Wak ngamuk, kolam ikan kemana, kebun kemana dan yang penting malam jumaat melepas. Gigit jari Wak !!!
ReplyDeleteUntuk pengetahuan semua, blogger Manjung Mari dah padam terus artikel tu sebaik sahaja artikel ni disiarkan. tp, respek la kat Askar Setia sebab dapat dedahkan perkara ni.
ReplyDeleteManjung mari tu bekas tentera ke? bg kat masjid la duit 3000 yg kerajaan dan umumkan tu.dapat pahala... dapat buat cover balik dosa tabur fitnah kat PTL. kahkahkah
Khabare. Wak setuju sangatlah dengan saranan tu, iyelahkan nak buat apa duit kerajaan. Manjung mari kan tak suka dengan kerajaan. Derma saja kat tabung mesjid, bukan dia seorang, semua yang kutuk kerajaan yang kerja baik yang pencen jangan diambil duit tu. Wak rasa Manjung Mari tak pulang ppunya.
ReplyDeleteAloo Bro Mod, gua nak komen sket blog lu. Lu punya blog ni wa nengok cam hidop segan mampos tak mau ni apsal. Lemau la Bro Mod, 2-3 bulan baru nak update..bikin orang boring Bro Mod. Blogger mesti idop Bro. One more thing,wa nengok lu punya ayat skima jer nih..gomen nyer pe. Ubah konsep Bro Mod, jangan sampai pelanggan lari..chow..
ReplyDeleteKhabare..Wak ni tak berapa pandai, apa nama askar setia ni Mahmod ke? Di kampung Wak ada juga nama Wak Mamud, pun orang panggil Mod saja. Wak rasa cara En Mahmod menulis tu kekalkanlah, kita orang tua ni kenalah kekalkan penggunaan Bahasa Melayu. Biarlah orang tua sahaja yang baca. Kalau orang muda tak minat, tak apa.
ReplyDeleteTapi komen di atas tu Wak sokong juga, sebab ceritanya tak banyaklah En Mahmod. Tulislah banyak-banyak baru pengunjung suka. Pada pandangan Wak lah kan, kalau kita buka warong, yang datang cuma anak-beranak kita sahaja, orang luar langsung tak mahu datang, itu tak bagus tu. Kat Parit Yani ada satu warung Wak Uban, pelanggan dia ramai betul, semua orang sangka maju, rupa-rupanya anak beranak dia saja yang mengunjung, memang bengkrap bisnis dia.
Mod, kasi tambah cerita baru la Mod.
ReplyDeleteCter yg menarik cket,x pnas la!
ReplyDeleteSaya rasa artikel yang dipaparkan menarik sebab message yang disampaikan adalah yang betul dan tepat.
ReplyDeleteBro kuarkanlah citer pasal askar naik gaji. Bajet aritu dapat x?
ReplyDeleteDEN SOKONG DAN DONGAR ADE BERITO BAIK UNTUK ASOKAR BOTO KE
ReplyDeleteAlo admin, mana entry baru ni..org buat blog korang nak buat blog. Tapi haram x de citer terkini.
ReplyDeleteBro aku,
ReplyDeleteInilah yg menyebabkan blog ni tertidor. Nak pos komen pun kena tunggu berhari2. Patut dia contohi blog Prof Dr Ridhuan Tee dan kandungannya lebih provokatif, kratif tetapi jgn menyentuh sentiviti org.
nak kritik blog manjongmari asal?dia bukan sedap sedap aje tulis.cuma dia salah ambil maklumat JE...kecohlah
ReplyDeletetumpang bace je
ReplyDeleteHai,Sdra kamarudin2U takkan baca2 je...selepas ni mahu tak mahu kenalah buat komen. Kita kenal u tau...
ReplyDeletewah banyaknya anjing-anjing pencacai pengampu Panglima Tukang Lawak kat sini ye. Tahniah tahniah
ReplyDeletebkn anjing pencacai,mgkn saudari/u. Mereka pon manusia yg mempunyai akal mcm saudari/i. Mengucaplah dan igt Allah byk.Bg sy org yg benci sgt dgn PTL ialah org yg tidak cemerlang yg dipinggirkan TLDM. Sbb spanjang dlm perkhidmatan sy tgk org yg betul cemerlang tdk pernah diketepikan. Kalau pun diberhentikan adalah mengikut undang2 dan peraturan yg benar dan jelas. Igtlah teknologi maklumat perlu digunakan utk kbaikan.bkn utk memaki hamun dan membuka aib sesiapa.Jgn buka aib org kelak Allah akn buka aib kita...saya tdk myebelahi mn2 pihak.Namun saya rs andai benar beliau tdk mampu memipin TLDM,da lama beliau dibung dr perjawatan itu. Dan saudara/i yg mgutuk ni pon blom tentu dpt melaksanakan kecemerlangan seperti beliau. Kalau nk cr slh org mmg byk....igtlah Allah.Jgn sebut psl agama klu ilmu tak sedalam mana.
ReplyDeleteblog ni utk balas citer manjungmari je..lepas tu haremmm..
ReplyDeletemacam harem jadah blog nie
ReplyDeleteblog terbaik nie...masyurrr
ReplyDelete