Rentetan daripada laporan akhbar oleh Utusan Malaysia mengenai hasrat TLDM untuk memiliki kapal 'halimunan', (klik SINI), berderu-deru blogger upahan Pakatan Rakyat menulis dan mengkritik hasrat tersebut. Ada yang menulis ikut sedap jari menekan keyboard tanpa melakukan sebarang penyelidikan terlebih dahulu mengenai faktor perbandingan harga dan spesifikasi kapal-kapal berkenaan. Lebih mengjengkelkan, blogger-blogger berkenaan menulis tidak berlandaskan KEWARASAN dan ditokok tambah oleh komen-komen dari pembaca yang melepaskan geram.
Blogger MiloSuam merupakan salah seorang blogger upahan PR yang 'bersusah-payah' mencari fakta demi menyiapkan sebuah artikel untuk mengkritik hasrat TLDM tersebut. Namun, beliau silap sama sekali. Artikel tersebut telah disangkal oleh blogger Bidaman yang jelas berjaya mengemukakan fakta dan hujah tepat mengenai spesifikasi kapal-kapal berkenaan dan kelebihannya sekiranya beroperasi di perairan negara.
Milosuam Kantoi Lagi ! : Kapal Peronda Malaysia Terlalu Mahal Berbanding Filipina??
Blogger Milosuam buat fitnah ! Kali ni berkenaan kapal SGPV yang bakal dibina di Malaysia . Blogger ini dengan kemampuan berfikir dan mencari maklumat yang amat lemah telah membandingkan harga pakej 6 buah SGPV yang akan dibeli Malaysia dengan harga kapal peronda Filipina. Saudara-saudara sekelian, sebenarnya Milosuam sedang membuat perbandingan harga umpama harga segelas air suam dengan harga segelas fresh orange. Berikut adalah penjelasan sebenar.
Dua syarikat yang tersenarai pendek ialah kapal kelas Sigma 10614 (Belanda) dan kelas Gowind (Peranchis).
Sigma Class - SGPV Malaysia (Option 1)
i. Reka bentuk modular yang terbukti berjaya mengurangkan kadar pantulan radar.
ii.Penggunaan sistem pengurusan tempur jenis Tacticos, yang diakui sebagai antara terbaik di dunia.
iii. Sigma 10614 adalah versi berbeza kerana jauh lebih canggih, panjang dan lebar berbanding empat buah Sigma 9113 (korvet) dan dua Sigma 10514 (friget) milik Indonesia, mahu pun Sigma yang dimiliki Tentera Laut Maghribi.
iv. Pada 6 Feb. 2008, kerajaan Maghribi telah menandatangani kontrak USD1.2 billion dengan Schelde Naval Shipbuilding untuk pembinaan 2 buah SIGMA class.
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Sigma_class_corvette
Gowind Class - SGPV Malaysia (option 2)
i. Rekabentuk Halimunan setanding friget class Delta (Singapore) , berkonsep Stealth
ii. Kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.
iii. Spesifikasi pembinaan mempunyai panjang 99.5m dan sesaran/displacement 2,200 tons (muatan penuh).
sumber:-
"Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo".
"Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut".
Pada October 2006 , Perdana Menteri Bulgaria dan President Peranchis bermesyuarat untuk kontrak pembelian 4 buah Gowind class . Kontrak pada masa itu dianggarkan EUR900 million (USD 1.25 billion). Walau bagaimanapun kerajaan Bulgaria terpaksa menarik diri dari tender kerana tiada kemampuan
sumber:
Kesimpulan.
Berdasarkan maklumat di atas, harga untuk sebuah Sigma class =( USD1.2 bil x 3.15 ) / 2 = RM 1.89 billion) . Manakala harga untuk sebuah Gowind class = (USD1.25 billion x 3.15) / 4 = RM 0. 984 billion
Perlu kita ingat harga yang tertera di atas ialah pada tahun 2008 (Sigma class) dan tahun 2006 (Gowind class), tukaran USD berbanding dolar bukan pada kadar 3.15 , dan sepatutnya pada kadar yang lebih tinggi.
Dan sekarang kita telah berada pada tahun 2011, spesifikasi untuk Sigma class dan Gowind class telah dipertingkatkan juga sepatutnya kos juga meningkat tetapi kerajaan masih berupaya berunding sehingga berjaya mendapatkan harga hanya pada RM1 billion sebuah .
Apa yang dibeli oleh kerajaan Filipina ialah (Hamilton class) ship iaitu jenis kapal tempur yang berbeza berbanding Sigma class dan Gowind class.

Dari wikipedia serba sedikit berkenaan Hamilton class ;
"The Hamilton class cutter was the largest class of vessel in the United States Coast Guard until replaced by the National Security Cutter, aside from the Polar Ice Breakers. The hull classification symbol is prefixed WHEC. The cutters are called "Hamilton class" after their lead ship, or "Secretary class" because they are named after Secretaries of the Treasury (with the exception of "Hero Class cutters" Jarvis, Munro and Midgett,). They are powered by a CODOG (Combined Diesel or Gas) system consisting of two diesel engines and two gas turbines, and have controllable pitch propellers. Equipped with a helicopter flight deck, retractable hangar, and the facilities to support helicopter deployment, these 12 cutters were introduced to the Coast Guard inventory in the 1960s. Beginning in the 1980s and ending in 1992, the entire class was modernized through the Fleet Rehabilitation and Modernization (FRAM) program, which included the replacement of the original 5 inch (127 mm)/38 caliber gunwith a much more modern 3 inch (76 mm)/50 caliber weapon. The primary mission of these vessels is enforcement of laws and treaties and search and rescue (SAR) on the high seas, including the U.S. exclusive economic zone."
Jelas spesifikasi dan teknologi Hamilton class adalah lebih rendah berbanding Sigma dan Govind class. Pada masa kini Hamilton class digunakan oleh dua negara iaitu Filipina dan Nigeria.
Blogger Milosuam kantoi lagi... jelas sekali blogger pro -PR ini melakukan analisis yang amat dangkal sekali . Banyak lagi posting2 beliau sebelum ini dipersoalkan kesahihannya. Apa yang menarik , pemberi komentar menyokong dalam 'entry' beliau hanya mengangguk seperti lembu yang dicucuk hidung tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.