Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 21 June 2012

SUARAM & SCORPENE - JANGAN TERTIPU LAGI


SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.  


Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.  Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali. 

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion!  Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh. 



Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan.  Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.  


Bagi menambahkan ‘perisa’ kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.  Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.  

Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.  PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.  

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM  kerana perlu terus menipu.  

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi “orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.”

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina.  Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.  

Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil.  Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini. 

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.  

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir.  Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.  

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang.  Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan.  Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka.

Dipetik dari GERAKAN TIMUR

Wednesday, 20 June 2012

ALI TINJU SUDAH INSAF? iye ke....


Apabila mendengar khabar bahawa Dato' palsu Prebet Ali Tinju telah berhasrat untuk membatalkan rancangan demonstrasi di hadapan KEMENTAH, saya terus menghubungi kenalan saya untuk memastikan perkara berkenaan. YA! Prebet Ali Tinju sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan berdemonstrasi dihadapan KEMENTAH.

Tetapi kenyataannya yang dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 20 Jun 2012 amat aneh dan menarik untuk diperkatakan. Beliau dengan kerasnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah merancang untuk melakukan demonstrasi. Pandai betol dia berlakon.


Prebet Ali Tinju menafikan beliau pernah merancang
 untuk melakukan demonstrasi


Persoalannya, kenapa Prebet Ali Tinju kali ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia pernah merancang untuk melakukan demonstrasi haram? Walhal di Facebook sebelum ini, dialah HERO menghasut bekas tentera untuk bersama-sama membudayakan budaya demonstrasi haram di hadapan MINDEF. Mengapa Prebet Ali Tinju berbohong dengan mengatakan dia TIDAK PERNAH MERANCANG untuk melakukan demonstrasi? Buktinya ada di Facebook sebelum ini. Maklumlah...Askar Setia sudah tidak dibenarkan buat spot-check Facebook dia sebab sudah kena BLOCK !!! 

Apa ni Ali Tinju?? Anda tiada telor ke? Apa yang takut sangat dengan blogger capuk Askar Setia ni?

Prebet ALi Tinju tidak pernah merancang untuk melakukan demo?

Saya atau saudara yang tersilap baca?
Sinar Harian 18 Jun 2012

Atau, Prebet Ali Tinju sudah kecut perut kerana banyak laporan polis telah dibuat oleh bekas-bekas tentera yang tidak bersetuju dengan tindakan demonstrasi tersebut. Menerusi maklumat yang saya perolehi, Prebet Ali Tinju juga kini sedang merapati Kelab Veteran Tentera Tidak Berpen (KVTTB) kelolaan bekas komando iaitu Mohd Sabri bin Abd Malik. Ada udang disebalik batukah? Ada motif tersembunyi kah? 


Ketahuilah bahawa Prebet Ali Tinju tidak akan berpuas hati dan akan terus menyelinap di persatuan-persatuan bekas tentera untuk meraih semula pengaruh dan sokongan bekas tentera terhadapnya.

Satu lagi hujah saya mengapa saya katakan bahawa Prebet Ali Tinju tidak akan insaf dengan perbuatannya kerana di Facebook, Prebet Ali Tinju berterusan memaki hamun dan memburuk-burukkan bekas isterinya iaitu Puan Rosminawati (bekas Ketua Srikandi PVTM lantikan Prebet Ali Tinju sendiri). beliau telah membayangkan jandanya itu sebagai 'jalang' kerana mempunyai hubungan dengan pegawai polis dan telah mengambil dadah? Kerana itulah Prebet Ali Tinju telah menceraikannya dengan TALAK 3

Maaf... Saya bukanlah mahu menjaga tepi kain orang namun, perkara yang HAK perlu diperjelaskan. Janganlah kerana mahu 'mencuci dosa' dan memulihkan imej, Prebet Ali Tinju tergamak menabur fitnah sewenang-wenangnya. tahukah anda bahawa Prebet Ali Tinju telah melafazkan TALAK 3 keatas Rosminawati setelah berlakunya percakaran apabila kantol berkepit dengan awek setelah selesai karaoke di news KTV Ampang Park dengan seorang awek bernama Hayati Atie? 


Ahh..banyak lagi kisah Prebet Ali Tinju yang saya tahu termasuk dengan awek askar bernama Yun, kes di SPRM yang belum selesai, penipuan keatas jiran-jirannya di Bukit Puchong..tetapi, beginilah Prebet Ali Tinju..jika anda ikhlas untuk berubah, beristighfarlah, insafi dosa-dosa lampau dan berundurlah dari terus menghasut veteran-veteran tentera. Oh ya... ingat..Ada laporan polis terhadap KERAKUSAN NAFSU Prebet Ali tinju pada 20 April 2012.

Sebelum ini andalah HERO di Facebook. Andalah Dato' pemimpin terpuji.. Kononnya, andalah manusia paling layak untuk mempin bala angkatan bekas tentera. Anda seorang sahaja di Malaysia ini yang benar-benar berjuang dengan ikhlas untuk bekas tentera. MINDEF salah, Menteri Pertahanan salah. SEMUANYA SALAH...

Kepada persatuan-persatuan bekas tentera, berhati-hatilah dengan manusia bernama Mohd Ali bin Baharom @ Mahat ini. Jika beliau dilihat berkeliaran dalam persatuan anda, tapislah dahulu setiap kata-kata dan janji-janjinya. Dia hanya muncul untuk kepentingan peribadi, poket dan cita-citanya untuk menjadi Senator.

 Masyukkkkk katanya


Tuesday, 19 June 2012

PERGINYA SEORANG PATRIOT.. AL-FATIHAH


Allahyarham Lt Kdr Samrus Che Dan


Tanggal 18 Jun 12 jam 1545H, TLDM digemparkan dengan kehilangan seorang Pegawai PASKAL yang amat disegani. Lt Kdr Samrus Che Dan anak kelahiran Utara tanahair telah pulang mengadap Illahi. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang cahaya mata yang masih kecil serta tidak mengenal erti kehidupan…..

Sepanjang tempoh berkawan dengan beliau, Arwah merupakan seorang yang cukup ceria, mudah dihampiri dan sering berseloroh dengan loghat utaranya…cukup disenangi ramai. Walaupun seorang anggota pasukan elit TLDM namun beliau tidak pernah angkuh dengan kemampuan yang dimilikinya..itulah hakikat yang ada pada Samrus bin Che Dan atau lebih dikenali dengan panggilan Sam.

Arwah bersama Samrus Jr

Walau apapun kini semuanya tinggal kenangan dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan apatah lagi 3 tahun dilanyak bersama…. ZAIN DIVISION …itulah yang jadi kebanggaan kami.


Doa kami, semoga Allah S.W.T memelihara keselamatan dan
kesejahteraan keluarga Allahyarham. Amin...

Untuk isteri dan anak-anak Arwah, tabahkanlah hati kalian, redholah dengan kepergiannya….walaupun beliau sudah tidak bersama kita lagi namun ketahuilah bahawa TLDM dan Int 45 bersama kalian. Janganlah kalian jadikan pemergian ini sebagai suatu asbab untuk lemah, bangkitlah..buktikan kepada dunia bahawa darah patriot yang mengalir di tubuh kalian tidak pernah luntur dan tidak gentar untuk mengharungi arus kehidupan.

Penutup kalam, sama-samalah kita sedekah ALFATIHAH buat arwah semoga beliau ditempatkan dikalangan shuhada dan solehin…amin…

Takziah dari NavyThe Best




BEKAS TENTERA TIDAK PERNAH MENYOKONG PREBET ALI TINJU


Prebet Ali Tinju masih berkeras untuk menjunjung budaya songsang ciptaan pengkhianat negara iaitu mahu terus berdemonstrasi di hadapan kompleks KEMENTAH walaupun tidak mendapat kebenaran daripada pihak PDRM. Di Facebook Prebet Ali Tinju memang hebat berdrama dengan satu tujuan iaitu untuk mengajak rakan-rakan FB beliau untuk membayangkan bahawa beliau mendapat sokongan penuh daripada bekas tentera seluruh Malaysia untuk melakukan demonstrasi. Jika ada anugerah Pelakon Terbaik Malaysia untuk bulan Jun, memang Prebet Ali Tinju lah yang paling layak untuk memenangi kategori berkenaan.

Tetapi, amat pelik kerana disamping Prebet Ali Tinju dok mencanang di FB kononnya beliau mendapat LAMPU HIJAU dan sokongan padu daripada bekas tentera seluruh Malaysia untuk mengadakan demonstrasi, tetapi lain pula apa yang berlaku di kebanyakkan media cetak tanah air

Adakah benar Prebet Ali Tinju mendapat sokongan tersebut? Moh kita baca artikel-artikel akhbar di bawah






Tindakan beliau sebelum ini yang telah melakukan senaman punggung di rumah Ambiga telah mendapat kritikan hebat banyak pihak termasuk daripada bekas-bekas tentera. Walaupun tidakan yang digambarkan sebagai 'bodoh' dan 'mencemarkan imej veteran tentera namun, pada Prebet Ali Tinju, beliau menganggap ia merupakan satu tindakan mulia dan mampu menaikkan populariti beliau untuk dilihat sebagai HERO Veteran Tentera. Kini, rupa-rupanya, beliau mempunyai impian untuk menjadi Senator di Dewan Negara bagi menguruskan hal ehwal veteran tentera. 


Cukup-cukuplah wahai Prebet Ali Tinju dengan pembohongan yang saudara jaja di sana sini. Nasihat saya, ramai pihak tahu kisah dan latar belakang saudara yang langsung tidak melayakkan saudara untuk menjadi pemimpin. Jika keluarga saudara musnah dek kerakusan hawa nafsu serakah, usahlah bermimpi untuk menjadi pemimpin kepada veteran-veteran tentera Malaysia.

p/s: Askar Setia ada mendapat maklumat terperinci mengenai hubungan Prebet Ali Tinju dengan ah moi dan pranita (isteri orang) yang telah menjadi punca keberantakan rumahtangga beliau. Memang dahsyat nafsu Prebet Ali Tinju ni..hahaha.. entah entah kursus KADAR pun tak lepas, ada hati mahu jadi senator..

Monday, 18 June 2012

PENGLIBATAN EJEN ASING DALAM POLITIK MALAYSIA - IMPLIKASI TERHADAP KESELAMATAN NEGARA


My name is Bond..Jay Bond..

Penghantaran ejen untuk menjalankan pengutipan maklumat mengenai demografi politik sesebuah negara telah dipraktikkan sejak berpecahnya agama dan negara dalam Treaty of Westphalia pada tahun 1648 (seperti dipersetujui oleh pengamal International Relations) dan mungkin ia bermula sejak zaman manusia mula berpolitik.. Kini, maklumat demografi politik mudah diperolehi dari internet tidak termasuk maklumat yang disalurkan oleh 'walking agent' yang berpeleseran untuk mencari maklumat. Selain itu, jika anda sedar, ejen-ejen ini menggunakan pelbagai cara lain untuk mendapatkan maklumat pertahanan termasuk menjadi wartawan, blogger, pengamal akademik, pemain industri termasuk dari kalangan ahli politik yang berterusan memberi tekanan kepada ATM dan kerajaan untuk mendapatkan maklumat rahsia ketenteraan negara.


Penang..done. 
Kisah kaitan parti DAP (Malaysia) dan PAP (Singapura) dan perancangan mereka untuk menjahanamkan politik Melayu dari Malaysia sudah terlalu banyak diperkatakan di internet. Daripada strategi penempatan bangsa-bangsa Cina di kawasan lokaliti yang boleh menjanjikan kekuasaan bangsa mereka disana hinggalah 'penangkapan' beberapa individu penting daripada kedutaan Singapura di Malaysia yang telah turut serta menyertai Perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini.  Sila baca artikel dari AIDC dibawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Selepas kami melaporkan penglibatan tiga orang pegawai diplomat kedutaan asing dalam perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu, ramai di kalangan blogger mendesak agar nama dan negara diplomat tersebut didedahkan.

“Isunya Siapakah dia? Diplomat dari negara mana? Apakah kita berdiam diri sahaja apabila negara asing campurtangan secara langsung urusan negara kita? “Kita minta AIDCNews mendedahkan nama-nama tersebut?. Kita mendesak AIDC supaya lebih bertanggungjawab dan DEDAHKAN nama-nama Diplomat Asing itu dan dari Negara Mana?,” cabar Mymassayang turut disambut oleh bicarapenangjentayuabaka, dan talkwithhand.

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.

2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).

3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor

Mereka bertiga adalah pegawai-pegawai diplomat yang bertugas di Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia beralamat di Level 15, West Wing, The Icon, No 1, Jalan 1/68F Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia. Pada 11 Jun lalu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun pembabitan mereka itu untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, namun tindakan mereka menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April bukan langkah yang bijak.

Menurut Anifah, beliau bimbang langkah tersebut akan membawa persepsi negatif dan harus sedar sensitiviti mengekalkan hubungan baik antara dua negara. Tindakan tiga pegawai diplomat menyertai perhimpunan 28 April dari Petaling Street ke Dataran Merdeka itu dianggap sebagai menyalahi etika ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)‘ yang melarang para diplomat campur tangan dalam urusan politik sesebuah negara.

Sementara itu, Mymassa dalam posting terbaru blog itu hari ini mendedahkan satu program dinamakan PACA Training sebagai persediaan Singapura untuk campur tangan dalam politik Malaysia. Blog itu turut menyiarkan foto-foto berkenaan program PACA yang diadakan di 223A/B River Valley Road, Singapora itu.

Manakala blog the unspinnersmynewshub dan just read pula mendedahkan beberapa orang pegawai diplomat Singapura telah melawat dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. “Apakah motif mereka, kerana ini berlawanan dengan etika pegawai diplomat,” soal blog-blog itu

Sumber: AIDC dan My Massa

p/s: masihkah anda ingat pendedahan gambar curi di bawah ini? Gambar Saifuddin Nasution sedang berbincang dengan pegawai kedutaan Singapura semasa Pilihanraya Kecil Bukit Selambau




GEMPAR!!! PREBET ALI TINJU MENGALAMI MASALAH PSIKOLOGI RUPA-RUPANYA


Baru-baru ini, saya ada menaiki teksi daripada Terminal Bersatu Selatan (TBS) ke Pandan Indah. Apa yang menariknya, pemandu teksi yang berbangsa India berkenaan merupakan bekas anggota  Lain-Lain Pangkat Rejimen Renjer Diraja (RRD). Kami berborak sakan kerana mempunyai pengalaman yang hampir sama iaitu bidang ketenteraan. Apa yang menariknya ialah, beliau tidak langsung merintih kerana tidak memperolehi pencen penuh malahan beliau gembira dengan rezeki yang diperolehi sebagai pemandu teksi! Untuk makluman pembaca, 3 daripada 5 orang anaknya telah dan sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Apa yang saya ingati ayatnya sehingga sekarang ialah sambil berseloroh beliau berkata..
"I  sudah buka uniform.. I ramai kawan including Malay.. what else on earth do I want bang... I'm happy now, I am happy my family is happy..bawak teksi pun happy bang.."
Inilah contoh manusia yang saya kagumi terus berusaha dan tidak komplen dan menjaja kesalahan/fitnah mengenai orang lain.
Tetapi, lain pula ceritanya bila saya membuka komputer dan mula membelek blog/facebook di internet. Arghh...Sekali lagi saya disuapkan dengan cerita-cerita 'perjuangan' Dato' penipu,  Prebet Ali Tinju yang berkhidmat tidak sampai 10 tahun tetapi bergaya seperti HERO kononnya mewakili bekas tentera tidak berpencen di Malaysia dan mengajak bekas tentera memperjuangkan bekas tentera dengan buat demonstrasi di hadapan KEMENTAH. Apa punya tabiat la si Prebet Ali Tinju ni ya? 
Di Facebook, Prebet Ali Tinju kecoh menyatakan bahawa dia lah wakil bekas tentera, dialah pejuang bekas tentera, dia lah penyelamat bekas tentera dan dialah segala-galanya untuk bekas tentera. Dia kecoh nak anjurkan demonstrasi yang kononnya untuk membuka mata Menteri Pertahanan bahawa bekas tentera mahukan pembelaan yang sewajarnya. Persoalannya... pembelaan apa lagi? Apa yang saya tahu, KEMENTAH sentiasa merencana jalan terbaik untuk membela kebajikan bekas tentera. Pelbagai kemudahan dan saluran telah disediakan..namun, ejen-ejen api dalam sekam seperti Prebet Ali Tinju terus membayangkan bahawa organisasi seperti PBTM dan JHEV tidak buat kerja. 
Jika benar organisasi berkenaan tidak buat kerja, saya yakin ia diperingkat negeri dan daerah yang perlu diterjah. Mengapa pula Menteri Pertahanan dan Kementerian yang hendak dipersalahkan 100%??? Lagi satu, puak-puak yang saya suka gelar sebagai 'prebet sampai reput' seperti Prebet Ali Tinju yang berkhidmat kurang dari 10 tahun, pencen apa yang anda mahu? Lihat salah satu cadangannya di facebook...
Prebet Ali Tinju cuba menutup kesalahan disiplin lampaunya.
Sebab itulah beliau berkhidmat tidak sampai 10 tahun!
"mengampunkan kesalahan disiplin setelah tamat perkhidmatan" ??? 
Kalau ya pun kesalahan diampunkan,  orang akan ingat siapakah gerangan samseng Kem Sri Kinabatangan dan kaki perempuan Filipina di Sandakan dahulu..Kaki tonggang Guiness Stout? Siapa lagi? Prebet Ali Tinju kita lah...Sedangkan keluarganya sendiri telah berpecah belah, dihasutnya pula bekas tentera untuk membudayakan budaya ciptaan pembangkang iaitu berdemonstrasi...
Barangkali Prebet Ali tinju mengalami masalah gangguan psikologi? Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak Polis Diraja Malaysia disarankan agar memantau 'kegilaan' Prebet Ali Tinju kerana ia boleh mengundang kemudaratan kepada keselamatan awam.
Di Facebook juga, Prebet Ali Tinju juga memaksa pembaca dan pengikut Facebooknya untuk bersama-sama berjuang untuk bekas tentera. Pelbagai ayat-ayat. gambar-gambar dan kata pembakar kata semangat telah digunakan untuk meraih sokongan, tetapi... anehnya, lebih 70% komen daripada pembaca tidak bersetuju dengan rancangan demonstrasi yang akan dianjurkan di hadapan KEMENTAH nanti. yang paling lawak sekali ialah beliau telah menggambarkan bahawa 'suara' beliau adalah 'suara bekas tentera tetapi, apa pula kata persatuan paling lama di Malaysia iaitu Persatuan Bekas Tentera Malaysia?
PBTM telah melaporkan ketaksuban dan kegilaan
Prebet Ali Tinju kepada pihak polis





Saturday, 16 June 2012

SCORPENE - SUARAM MEMANG HANDAL MENIPU...



Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.


Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.

Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.


Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.


Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.

Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!

Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

Isu ini akan dikupas selanjutnya dalam analisis seterusnya.

BERUANG BIRU

- Dipetik dari blog rakan seperjuangan kedahan69ers