Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday, 4 November 2011

SALAM AIDIL ADHA UNTUK PEMBACA SETIA


Bahangnya sukar diatasi. Hari Raya Qurban 1432 Hijrah kian lama mendekati. Aidil Adha mengembalikan kenangan-kenangan penting kepada kita, lalu mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pengajaran-pengajarannya.

Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.

Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.

Kita sentiasa ingat bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begutu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar. Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya.

Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“. Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

ASKAR SETIA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Aidiladha kepada semua pembaca yang beragama Islam. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman, selamat pergi dan pulang. Berhati-hati semasa memandu dan patuhi peraturan dan had laju yang ditetapkan.

SCORPENE MALAYSIA : APA YANG KITA TIDAK TAHU


Bila ditanya kepada rakan-rakan, dan setelah membaca blog-blog Pakatan Rakyat, rata-ratanya akan mengaitkan kapal selam kita dengan dua masalah:

1. Harga Kapal Selam Scorpene yang jauh lebih mahal dari belian negara lain. 

2. Kapal Selam Scorpene tidak boleh melakukan selaman.


Pertama, mari kita rujuk kepada masalah pertama yang menghantui skandal kapal selam negara kita. Isu harganya. menurut info yang saya petik dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini.

Apa yang tidak dinyatakan oleh blog AMK Shah Alam di atas ialah, pada 14 April 2010, Brazil telah menempah 4 buah kapal selam Scorpene dengan harga 8.8 billion dollar(USD) Ini menunjukkan Brazil membayar sejumlah 2200 juta dollar untuk setiap kapal selam mereka. Tidakkah hal ini menceritakan sesuatu buat kita semua?

Apa yang tidak dijelaskan oleh bloggers Pakatan, mengapa kita bayar pada harga tersebut,dan pihak kerajaan pula, tidak berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat dengan bahasa mudah yang boleh difahami semua.

Perbezaan garis masa dan kuantiti belian.
Pada waktu ini, hanya 4 buah negara yang membuat belian Kapal Selam Scorpene ini. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil.

Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah 250 juta dollar.

Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian kita ialah 580 juta dollar.

India membeli enam buah kapal selam sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah 540 juta dollar seunit.

Brazil pula membayar sebanyak 2200 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam tahun lepas.

Pihak Pakatan Rakyat tidak menjelaskan disebalik dakwaan mereka, perbezaan faktor-faktor seperti kadar tukaran wang asing pada waktu pembelian di buat, harga kos bahan mentah, jenis persenjataan dan lain-lain kos yang terlibat.

Kos pembelian kapal selam India juga meningkat kerana wujud kelewatan dan masalah di pihak Magazon Dock Limited. India dapat menjimatkan kos pembelian mereka melalui pembelian pukal (6 buah, maka kos tetapnya dapat disusutkan) dan mereka membina kapal selam tersebut di India (jimat kos pembuataan dengan memanfaatkan kos buruh rendah India).

Dari jadual harga besi terpakai, kita dapat lihat kenaikkan harga besi dunia. Pada Januari 2000, harga besi ialah 98 Euro per tan, dan kini ianya 317 Euro per tan pada September 2011. Ini harga besi skrap, terpakai dan kitar semula. bayangkan harga besi dan keluli baru yang diperlukan untuk membina sebuah kapal selam baru.

Pada waktu Chile dan Malaysia membuat tempahan kapal selam, perbezaan kos mentah (besi, keluli) telah meningkat lebih dari 100%. Jadi tidak menghairankan perbezaan harga di bayar oleh Malaysia dan Chile. Apa pula pe njelasan Pakatan Rakyat mengenai pembelian Brazil yang jauh lebih mahal. 


Jadual di atas pula menunjukkan carta tukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Euro. Euro pada tahun negara menempah kapal selam jauh lebih tinggi berbanding dengan waktu tempahan di buat oleh Chile. India pula membuat pembelian kapal selam mereka pada 2010, pada waktu nilai matawang Euro sangat tinggi. Jadi, ternyata ada justifikasi dan penjelasan munasabah disebalik perbezaan harga.

Kedua, kapal selam Malaysia tidak boleh melakukan selaman. Perkara ini dengan nyata adalah satu salah faham, jika tidak, satu fitnah besar dari pihak yang cuba meraih undi dengan menabur prasangka negatif kepada rakyat.

Kapal selam tersebut telah melakukan selaman dan berjaya melakukan latihan. Bak memiliki kereta baru, kita tidak boleh memandu pada kapasiti maksimum sebaik saja baru keluar dari kedai. Begitu juga dengan kapal selam kita. Kapal selam, seperti mana-mana barang mekanikal lain, tidak boleh lari dari masalah-masalah yang teknikal dan mekanikal.

Sebagai contoh, pada 22 Oktober 2010, Kapal Selam HMS Astute milik United Kingdom terdampar di pesisir pantai dan mengalami kerosakan yang teruk. Ini adalah kapal salam penyerang nuklear tercanggih dan terbaru milik armada tentera United Kingdom dengan nilai 1.57 billion dollar (USD). Jadi, tentera laut United Kingdom pun tak terkecuali dari masalah, apatah lagi negara kita yang baru memiliki dua buah kapal selam sulungnya? Fikir-fikirkanlah



Sekurang-kurangnya, ahli politik Britain cukup matang dan tidak pula mengadu domba mengenai kelemahan angkatan laut negara itu di mana-mana negara, baik jiran mahupun sekutu. Tindakan Nurul Izzah Anwar mendedahkan masalah teknikal kapal selam negara kepada Kompas, Indonesia tidak wajar sama sekali, walaupun ujar beliau sekadar memetik kata-kata Menteri Pertahanan Malaysia di dalam Dewan Rakyat. Jika beliau berakal, dan sensitif kepada isu ini, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan dan penerangan akan keadaan tentera kita kepada media luar.

Walaupun sedemikian kajian saya, saya sangat mengharap jawapan mengenai tuduhan rasuah berkaitan pembelian kapal selam negara ini terjawab dan dapat jalan penyelesaian yang munasabah. Memandangkan integriti mahkamah negara telah dihancurkan oleh tomahan dan tindakan pelbagai pihak, saya berharap Mahkamah Perancis dapat memberikan jawapan apabila kes rasuah tersebut dibicarakan dan diputuskan oleh mereka

Sumber : Nasri1986

Thursday, 3 November 2011

REALITI ASKAR PENCEN DAN POLITIK - Pandangan Blogger Ex-Komando

TEPAT DAN BERNAS!

Itu yang saya boleh jelaska mengenai idea dan pandangan yang amat bernas dari blogger 'excdo' mengenai senario menjadi 'askar pencen' dan realiti politik Malaysia. Saya harap, pembaca dapat menghayati maksud yang hendak disampaikan oleh beliau.




Sejak bergelar askar pencen ini, Den selalu jugak berfikir, kenapa ramai askar yang dah pencen tidak menyokong kerajaan. Den tidaklah sampai nak membuat survey untuk mencari jawapannya, tapi dari hasil pergaulan dan kefahaman Den, Den telah mengkategorikan di antara askar pencen yang tidak menyokong kerajaan di dalam empat kumpulan.

Kump  Pertama: Terdiri dari mereka yang mungkin merasa kehidupan mereka lebih  susah   selepas berhenti dan merasakan perjuangan mereka selama ini di dalam perkhidmatan  tidak dihargai. Justeru itu mereka menyalahkan kerajaan di atas kekurangan mereka sekarang. Grup ini Den golar Grup tak sodar diri, salah sendiri    tetapi suka menyalahkan orang lain di atas kesilapan sendiri.

Grup kedua: Terdiri dari mereka yang  mungkin, rasa kerajaan sekarang ‘terlalu banyak dosa’ dan mereka ingin mendekati diri pada agama dan memilih parti yang dikatakan memperjuangkan Islam sebagai jalan terbaik . Grup ini mungkin nak mencari nur keimanan yang  sejati dan bagi mereka hanya parti yang menggunakan nama ISLAM sahaja yang mampu membimbing mereka. Grup ini Den tak kisah...itu pilihan masing-masing...

Grup  Ketiga:  Terdiri dari mereka yang nak menjadi orang politik. Mereka  adalah  kerana askar pencen ini gian nak berpolitik dan nak menjadi orang politik, jadi parti pembangkang adalah ‘platform’ yang mudah untuk  mereka naik sebagai pemimpin politik. Ini  geng oportunis dan suku sakat ayam jantan berkokok berdegar-degar...riuh  sekampung...lupa kek ekornya bergelumang najis..

Grup Keempat: Terdiri dari mereka yang, mungkin tidak menyokong kerajaan kerana atas dasar dan pandangan peribadi yang berbeza dan tidak menyukai corak pemerintahan kerajaan sekarang. Grup ini lebih liberal dan mungkin mempunyai pandang tersendiri....Grup ini tidak   menjadi masalah kepada sesiapa..hak mereka nak sokong ....sesiapa...terpulanglah kepada mereka.


(Untuk askar pencen, lihatlah anda dalam grup mano , kalau anda pihak menyokong pembangkanglaa..kalau anda pihak yang menyokong kerajaan macam Den , bukanlah bermakna kita dipihak yang benar dan baik...Cuma kita membuat pilihan atas cita rasa sendiri....dan penilaian sendiri...pokoknya...siapa yang benar , siapa yang salah, siapa yang baik siapa yang buruk....hanya Allah sahaja yang berhak menentukannya. Dan berdoalah ...Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita).

Dan dari  ‘pengamatan’ Den golongan pertama dan ketiga adalah kumpulan yang paling ramai tidak menyokong kerajaan sekarang berbanding dengan golongan kedua dan keempat. Apa pun jumlahnya Den tidak risau kerana pada pandangan Den itu hak masing-masing.....kalau benar kerajaan sekarang tidak ‘betul sokmo’ macam yang diwar-warkan mereka, biarlah kerajaan tu tumbang..tiada sebarang implikasi besar pada Den. Dalam pada itu Den hormat pada grup kedua dan Keempat, kerana Den rasakan alasan yang diberi oleh mereka boleh diterima pakai . Dan Den secara peribadi merasa mereka berhak memilih jalan mereka sendiri bersandarkan kepada kebebasan untuk bersuara .

Tetapi apa yang Den kesalkan adalah bekas askar dari grup Pertama dan Ketiga Dan ke banyakkan dari grup inilah yang selalu mengapi-apikan  askar-askar yang masih berkhidmat supaya menentang pemerintah sekarang . Bila isu “taat setia “ kepada pemerintah mereka salah tafsirkan  dengan menyatakan bahawa askar mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Agung sahaja dan bukan kepada kerajaan , justeru itu askar tak perlu patuh dan  taat kepada kerajaan sekarang . Bagi Den ini pandang orang yang suka berfikir secara lalu dan tidak mahu berfikir secara halus dan mendalam.

Sebabnya, kalau betul-betul askar ini dah mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Agung, maka mereka sepatutnya mesti juga taat setia kepada pemerintah/kerajaan sekarang. Rasionalnya, Agung telah memberi mandat dan kepercayaan [ restu] kepada PM dan kerajaan sekarang untuk memerintah negara, maka adalah menjadi kewajipan bagi askar yang telah mengaku untuk taat setia kepada Agung turut mengiktiraf mandat dan kepercayaan yang Agung berikan kepada kerajaan untuk memerintah.

Den tak  akan ambik pusing dan tak ambik peduli , fasal askar pencen menyeru askar pencen yang lain supaya menentang kerajaan sekarang. Bagi Den itu hak mereka. Itu sebabnya penubuhan KOBAT  [kononnya kor bekas AT]yang  telah diberi ‘special treatment ‘ oleh seorang tokoh PKR di Pahang tidak langsung menggusarkan Den. Biaq peii laa..apa salahnya...ada juga persatuan bekas tentera yang lain yang mendapat sokongan dari pihak UMNO dan sebagainya. Cuma yang Den kesalkan ada cara  “suku sakat kobat ini cuba meraih sokongan dengan anggota yang masih berkhidmat dan juga askar pencen. Mereka lebih kepada  “meludah dan memburukkan institusi ketenteraan dan kerajaan yang memerintah “...part ini yang Den tak berapo goma nie.

 Den berharap sangat kalau yea pun nak meraih simpati pada bekas askar dan yang masih berkhidmat untuk tidak menyokong kerajaan..gunakanlah cara yang lebih berhemat dan janganlah seolah-olah ‘nak meludah lak’ institutsi ketenteraan dan kerajaan yang mungkin pernah memberi ‘sedikit kebaikan’ kepada anda di sepanjang perkhidmatan anda dulu...Den pasti  “mesti ada kebaikan yang anda telah perolehi semasa berkhidmat dulu”....kalau tak nak ucapkan terima kasih kepada ATM dan kerajaan pun tak apa....tapi janganlah sampai nak meludahkan dan memburukannya..sebab walaupun Den dulu tak jugak ‘sentiasa di layan dengan baik semasa di dalam ATM ‘dulu tapi hati dan jiwa Den tetap SAYANGKAN ATM!

Itu sebab bilo dah pencen nie masih mahu dikenali sebagai ASKAR PENCEN DENGAN MENGGUNAKAN TITLE BERSARA..SEBAB DEN BANGGO PERNAH BERKHIDMAT DENGAN ATM YANG TELAH MEMBIMBING DEN, WALAUPUN ADA KETIKANYA DEN TIDAK DILAYAN DENGAN SEWAJARNYA SEMASA DI DALAM ATM DULU. BAGI DEN ITU ADALAH DISEBABKAN MASALAH INDIVIDU YANG BERKUASA PADA MASA ITU DAN BUKANNYA SALAH INSTITUSI ATM.

Jadi sebagai penutup, Den Cuma nak memaklumkan kepada askar-askar pencen bahawa, kalau nak burukkan ATM dan kerajaan sekarang pun berpada-pada dan sertakan dengan bukti yang sahih . Tempah jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita pernah mencari makan/rezeki takkan kita nak hina dan memburukkanya pula...kalau tak setuju sangat pun ...janganlah meludah secara keterlaluan. Dan pada askar yang masih berkhidmat....berfikirlaa secara terbuka....adakah kerajaan sekarang ini benar-benar tidak prihatin kepada anda sehingga mengabaikan anda semua . Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, 2 November 2011

KERABAT... ADA UDANG DISEBALIK BATU?

Terlalu banyak pendapat, idea dan lontaran emosi bila kita berbincang mengenai senario politik Malaysia sehingga ada yang sanggup mengheret anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik murahan. Itu belum lagi kesan tindakan sesetengah bekas tentera (yang mungkin kecewa dengan perkhidmatan atas pelbagai faktor) yang sanggup mengkhianati perkhidmatan yang dahulunya tempat bergantung hidup dengan menghujani pelbagai tohmahan, fitnah dan sanggup bersekongkol dengan pihak lain untuk memburukkan imej dan kredibiliti ATM.

www.cikgu-zakiah.blogspot.com

Tindakan tersebut layak dikategorikan sebagai PERBUATAN KHIANAT kepada Yang Di Pertuan Agong dan negara. Rambut sama hitam namun, hati manusia kita tak akan tahu. Mungkin ada yang mempunyai sejarah hitam semasa berkhidmat dan dendam kesumat yang menjuarai hati dan perasaan telah menyebabkan PERBUATAN KHIANAT ini berlaku. Ia termasuk dengan membocorkan rahsia sulit ATM, berkompromi dengan pihak-pihak politik untuk menjatuhkan kepimpinan tertinggi ATM dan ada yang sanggup menjadi ‘political rats’ kepada parti-parti tertentu bagi menghasut bekas-bekas tentera supaya mengkritik kepimpinan ATM dan kerajaan.

Ketika ini, cyber trooper atau blogger pembangkang yang mempunyai kecenderungan dan minat bercerita mengenai bekas tentera, ATM dan usaha pembangkang dalam misi ‘menakluk’ Putrajaya bersekongkol dengan KERABAT yang dilihat sebagai satu-satunya platform untuk menarik sokongan bekas tentera. Kepimpinan tertinggi KERABAT termasuk Lt Kol HJ Nazari TUDM (Bersara) kini turun padang menabur janji agar bekas tentera menyahut kempen politik pembangkang agar menentang kerajaan memerintah.

Soal sokong atau tidak, itu terpulang kepada individu. Tapi, amat dikesali, masih ramai tidak sedar bahawa KERABAT memerlukan platform politik Pakatan Rakyat untuk terus bernyawa dan Pakatan Rakyat kini boleh menarik nafas lega kerana soal kempen ke atas bekas tentera dijalankan secara IKHLAS oleh pihak KERABAT.

Persoalannya, adakah perjuangan yang dimaksudkan itu benar-benar ikhlas atau ada agenda yang akan menguntungkan poket dan perut sendiri? Saya ingin mengajak pembaca untuk meneliti maksud sebenar 8 Resolusi Cadangan 100 Hari Pakatan Rakyat Memerintah yang disediakan oleh KERABAT pada 2 Oktober 2011 sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ‘menakluki’ Putrajaya. Janji-janji manis tersebut memang ‘enak’ didengar tetapi, seperti ada yang tidak kena...

Masyukkk..Projek sana sini...

p/s: Teringat kata-kata Tun Dr Mahathir:  “senang mahu berbelanja duit yang kita tidak ada... memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah, asalkan menang (pilihan raya)...”


Monday, 31 October 2011

LAWAK PAGI HARI... TQ Mr ANONYMOUS !

Pagi Isnin. sememangnya memerlukan motivasi diri yang amat tinggi untuk bangkit bangun di pagi hari untuk keluar bertugas. Pagi Isnin jugalah kelihatan muka-muka lesu didalam kereta yang terpaksa mengadap traffic jem di kebanyakkan jalan raya di Kuala Lumpur ini. Kelesuan inilah yang kadangkala menyebabkan pekerja tidak produktif dan otak berfungsi 'agak slow'. Sorry bos!
Kesesakan nostalgik yang sering berlaku di tol 50 sen
(sekarang tol dah tiada) Lebuhraya Timur-Barat
Saya bukanlah nak bercerita panjang mengenai hubungan kesesakan lalulintas dan produktiviti pekerja pada hari Isnin tetapi, ingin berkongsi sedikit satu paparan di blog si Pulan yang sedikit sebanyak mencuit hati saya. Terubat lah sedikit kelesuan saya di pagi Isnin ni bila membaca komen Anonymous terhadap 'pemimpin no 1' KERABAT. Alahai..gelinya hati... 

TQ Mr Anonymous for offering smiles for me this morning :-)

Muka sembelit dan kuat pakai toyol?

Thursday, 27 October 2011

HOSPITAL ANGKATAN TENTERA BANTU RAKYAT

Hospital Angkatan Tentera (HAT) sememangnya memberi keutamaan rawatan dan perubatan kepada warga ATM dan bekas tentera. Ini tidak bermakna bahawa HAT tidak membantu rakyat seperti didakwa oleh blogger 'klboyzwangsa.blogspot.com' pada 19 Okt 2011 melalui paparan artikel bertajuk “Hospital Tentera Tengku Mizan Tak Boleh Bantu Rakyat Setempat..??" Kesahihan dakwaan oleh 'klboyzwangsa' amat diragui kerana HAT sentiasa dekat di hati rakyat.


HAT di seluruh negara (termasuk HAT Tuanku Mizan) amat prihatin terhadap keperluan rawatan dan perubatan rakyat terutama dalam kes-kes kecemasan. Justeru, sebarang dakwaan bahawa HAT tidak membantu rakyat adalah TIDAK BENAR malah tidak berasas. Tuduhan yang mengatakan bahawa HAT menolak bulat-bulat keperluan rawatan kecemasan seorang penduduk setempat (Wangsa Maju) akibat sesak nafas adalah tuduhan liar yang jauh terpesong dari landasan kebenaran. Tuduhan tersebut cuba discredit kebertanggungjawaban HAT sekali gus cuba menjejaskan kredibiliti ATM.


Isu pemberian rawatan kesihatan kepada rakyat sememangnya menjadi keutamaan KEMENTAH dan ATM. Bahkan ianya adalah sebahagian teras Projek Jiwa Murni yang bermatlamat untuk menjalin kerjasama antara rakyat dan ATM. Justeru, dakwaan artikel berkenaan adalah tidak masuk akal dan jelaslah bahawa penulis cuba meracuni pemikiran rakyat khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Wangsa Maju terhadap ATM. Blog ini juga menanam persepsi negatif rakyat terhadap ATM.


Rakyat diseru agar tidak mudah dipesongkan oleh para bloggers yang berkepentingan terutama terhadap isu yang cuba menjejaskan imej dan kredibiliti ATM.

Friday, 21 October 2011

TLDM DAN JASANYA KEPADA RAKYAT

Doktor pengiring siap sedia untuk berlepas.
"Bawak organ tu...Hati-hati Doc!"

Kalau hendak disenaraikan kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh TLDM dalam kesemua operasi di dalam dan di luar perairan negara memang tidak larat rasanya. Terlalu banyak jasanya. Namun, pada kali ini Askar Setia ingin memberi liputan kepada keprihatinan TLDM dalam memikul tanggungjawab sosial dan salah satu peranan pihak tentera pada masa aman – Military Operation Other Than War (MOOTW) dengan melakukan penerbangan ihsan  membawa organ dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur pada petang 19 Oktober 2011. Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Markas Udara TLDM yang berpangkalan di Lumut telah berjaya membawa dua organ penting iaitu berupa jantung dan paru-paru. Dua organ ini terbangkan bagi dipindahkan kepada seorang penerima yang menunggu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.


Untuk makluman pembaca, penghantaran organ melalui penerbangan hanya boleh bertahan sekitar empat jam sahaja selepas diperolehi dari penderma (jika lebih, organ berkenaan rosak!). TLDM berjaya menghantar organ berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat. Penerbangan ihsan melibatkan pemindahan organ ini merupakan yang ketiga dilaksanakan oleh TLDM.

Selamat tiba di hospital Kuala Lumpur
Februari 2010, TLDM berjaya membantu pemindahan organ jantung dengan menerbangkan organ dari penderma di Hospital Pulau Pinang ke IJN.  

Disember 2009, pesawat TLDM berjaya membuat penerbangan pemindahan organ jantung dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam membantu Tan Geek Koon yang pada ketika itu berusia 40 tahun memperolehi jantung baru.

Pada 18 Oktober TLDM Lumut telah berjaya membuat penerbangan ihsan bagi memindahkan seorang ibu mengandung dari Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ke Hospital Ipoh. Seorang ibu muda yang sarat mengandung, Muna A/P Rahim berusia 20 tahun mengalami kesakitan sebab nak bersalin dan suami diterbangkan dari Pos Gob kira-kira jam 1:40 petang. Untuk pemeriksaan segera di hospital.

Muna A/P Rahim dan suami
Pesawat FENNEC milik TLDM tiba pada jam 1:30 petang di Pos Gob, Gua Musang mengambil pesakit dan selamat mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh pada jam 2:20 petang. (Kurang satu jam beb!) Pesakit kemudiannya digegaskan ke Hospital Ipoh.

FENNEC milik TLDM.. Besar jasanya kepada perkhidmatan
dan masyarakat

Sumber : PA Markas Armada TLDM