Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday, 1 April 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI PASKAU YANG KE 34



Mengimbas kembali tarikh keramat iaitu tanggal 1 April 1979 lahirnya Pasukan Pertahanan Darat dan Udara TUDM (HANDAU) yang kini dikenali sebagai PASKAU. 


Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula pada tahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil.

Pasukan yang awalnya ditubuhkan dikenali dengan nama pasukan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) dan ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara. Pasukan ini seperti komando tentera darat Grup Gerak Khas ataupun komando tentera laut PASKAL, yang membezakannya ialah pengkhususan dari segi peranan utama dan tugasan pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.

Fail:SST PASKAU.jpg

Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota TUDM lulus Asas Komando TUDM dan dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team). PASKAU juga satu-satunya pasukan khas yang mempunyai keupayaan Carilamat Maritim di Asia Tenggara.

Maklumat ringkas mengenai sejarah PASKAU ada di SINI


CEPAT - SENYAP - PASTI

Wednesday, 27 March 2013

JENERAL NYANYUK PEMBANGKANG AKAN DITAHAN POLIS?



Badan Bukan Kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia, JMM siang tadi membuat laporan polis terhadap dua bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana mendedahkan rahsia ketenteraan serta membuat tohmahan terhadap ATM. Mereka ialah bekas Panglima Tentera Darat,Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim Hussein dan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 3.30 petang.Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim dituduh mendedahkan rahsia ketenteraan seperti lapisan pertahanan negara dan kandungan aset ketenteraan bagi setiap lapisan pertahanan negara ketika berceramah di Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak 15 Mac lalu.
Manakala Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR 13 Mac mendakwa Bahagian Perisikan Pertahanan, BSPP telah hilang kepakaran kerana digunakan untuk operasi politik di samping mendedahkan bahagian dalaman BSPP.
Rujuk kenyataan JMM di -------- SINI

Tindakan laporan polis yang dibuat tidak mengejutkan malahan sudah menjangka ramai bekas tentera tidak berpuas hati dengan kenyataan pak-pak jeneral kitar semula tunggangan pembangkang. Pakatan Jeneral expired tersebut sanggup menggadaikan maruah dan  mengingkari janji taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong dengan membocorkan rahsia-rahsia Angkatan Tentera Malaysia.


Adakah jeneral nyanyuk ini menjadi pilihan anda dalam PRU 13 akan datang?

Monday, 25 March 2013

TAUKEY ROKOK BATANG 'JACK PALANCE' AKAN BERADA DI JOHOR BAHRU - HATI-HATI ORANG JB..


MatMerapu telah dihubungi oleh sumber dalaman PKR dan beliau memaklumkan bahawa Jeneral Md Hashim (B) bakal dicalonkan sebagai calon PKR bertanding di kerusi parlimen P.160 Johor Bahru sempena PRU 13 nanti. Pada PRU 12, kerusi parlimen ini ditandingi oleh calon BN - Datuk Sharil@Shahril Ab Samadmanakala calon PRM - Hassan Abdul Karim. Kerusi P.160 Johor Bahru ini dimenangi oleh calon BN dengan majoriti besar 25,349 undi.

azlan

Nampaknya Ketua Cabang PKR, PAS dan DAP kalau selama ini bermimpi untuk menjadi calon.......melepas lah peluang kerana PKR dah ada calon "payung terjun" hehehe. Hasil tinjauan rambang MatMerapu dan berteraskan pengamatan trend pengundi pemilih berdaftar kerusi parlimen Johor Bahru, pembangkang tiada peluang langsung untuk menang. Jika Jeneral Md Hashim (B) yang bertanding maka peluang BN bertambah-tambah mudah dan cerah. Pembangkang pula akan kerugian satu kerusi Parlimen lagi.....sebelum bertanding pun, realiti keputusannya sudah terasa!!! Inilah janji kepada bekas Jeneral, kerusi yang diberi umpama "kerusi maut" buat pembangkang! 

Mana mungkin pembangkang akan memperuntukkan "kerusi selamat" kepada bekas Jeneral kerana mereka tidak layak untuk menang ekoran pelbagai penyalahgunaan kuasa dan kemungkaran. MatMerapu mengucapkan TAKZIAH kepada Jeneral Md Hashim (B) kerana pasti terkubur dalam PRU 13 di kerusi parlimen Johor Bahru!!!



Rujuk artikel JACK PALANCE

Sebelum ini Askar Setia ada menyiarkan artikel mengenai 'HASRAT SEBENAR' panglima EXPIRED Tan Sri Md Hashim Hussien (Jack Palance) menyertai PKR - bertanding di PRU 13 yang akan datang. Saya dihentam teruk kononnya saya sudah silap buat andaian kerana JAck palance adalah seorang ex-military professional dan tidak mungkin beliau menyertai parti politik untuk bertanding menjadi ahli Parlimen.


Jangkaan hangpa amatlah meleset kerana puak-puak jeneral EXPIRED ni selain dijanjikan habuan yang lumayan, semestinya mereka ini dijanjikan BULAN DAN BINTANG termasuk menjadi AHLI PARLIMEN!!!


Bukan Jack Palance sahaja..Tapi Jeneral Expired Datuk Ghafir turut dikatakan telah dijanjikan peluang untuk bertanding di Parlimen Pasir Gudang Selain Lim Kit Siang dijangka akan bertanding di Gelang Patah. Apabila disogokkan dengan tawaran-tawaran menjadi ahli Parlimen di kawasan-kawasan strategik, berprofil tinggi dan kawasan industri, maka menggigil lah lutut pak-pak jeneral expired kerana memikirkan KEUNTUNGAN PELBAGAI PROJEK di kawasan-kawasan tersebut.

Kepada tukang komen di FB mahupun blog yang masih percaya bahawa pak-pak jeneral expired ni masuk pembangkang atas dasar perjuangan lah.....keadilan lahh....ketelusan lahhh... Anda perlu tahu bahawasanya mereka penyertai pembangkang dan sanggup menggadaikan maruah seorang bekas pegawai kanan tentera dengan menjadi boneka pembangkang dalam isu Lahad Datu kerana satu faktor..iaitu

JADI AHLI PARLIMEN ATAU ADUN DAN KAUT SEGALA KEUNTUNGAN YANG ADA

p/s: Bukan saya cakap..tapi MALAYSIAKINI yang cakap..di SINI

Harga Rokok dijangka akan bertambah mahal di JB.So,
lagi bagus korang berhenti ngisap ye...

DITUJUKAN KEPADA PAK MAUN YANG KONONYA HERO RAKYAT

BETWEEN MAK LAUN DAN PAK MAUN  by Den Komando

Operasi Daulat masih lagi diteruskan dan ianya telah menampakkan tanda-tanda keberhasilannya walaupn agak sukar untuk menjangkakan bilakah ia akan berakhir. Statistik kematian dan kecederaan  di kedua belah pihak semakin bertambah dan kita hanya mampu mendoakan agar konflik ini akan berakhir dengan segera. Insiden yang pada mulanya disangka sebagai satu sandiwara politik oleh pihak tertentu ternyata ia adalah tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab setelah melihat angka korban dan kecederaan yang berlaku. Akibat dari tomahan dan tuduhan melulu itu maka ramai pihak yang menjadi amarah dan mula mengambil tindakan tertentu seperti membuat kenyataan balas yang berunsur mencabar dan mengutuk kepada pihak yang membuat tomahan. Selain dari itu beratus-ratus laporan polis telah dibuat oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu terhadap si pembuat onar dan tomahan.


Hasilnya..erhmmmm….setakat ini Den lihat tidak memberi sebarang kesan kepada mereka-mereka yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden itu adalah sandiwara. Den secara peribadi, memanglah marah, dengan tuduhan melulu dan tanpa usul periksa tersebut, tetapi  Den masih boleh menerima kenyataan dan mengawal perasaan kerana ia adalah lebih kepadagimmick politik dan dibuat oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan politik atau agenda tersendiri di dalam scenario politick…Den marah pada mereka dan berharap mereka akan dibalas dengan sewajarnya kerana mencetuskan situasi yang tidak harmoni dikala pasukan keselamatan bertungkus lumuh menentang  pengganas Sulu tersebut. 

“Any people with the right frame of mind won’t said that the Lahad Datu incident is an opera and orchestrated by the government , But if they think so , they are either stupid, quite stupid,  really stupid or damn stupid !!! - DEN COMANDO

Macam muka Jeneral pencen Datuk Ghafir kan?
Tidak cukup dengan dakwaan palsu dan tomahan sindiwara  yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik, erhh ado pulak rakyat jelata yang kununnya pakar dalam ilmu peperangan, bidang tugas dan kuasa pihak keselamatan, pakar taktik dan teknik peperangan memberi komen-komen dan kritikan yang menyakitkan hatidan menguris perasaan banyak pihak. Mereka ini kebanyakkannya adolah anak-anak mudo dan ado jugak yang dah tuo tapi tak sodar diri yang tidak ponah memegang senjata, tidak tahu apo itu FSMO, tak tahu apo itu Battle Appreciation, tak pernah pun membuat latihan rondaan keselamatan, latihan serangan hendap malah tak pernah pun makan COMPO RATION, tak tahu apo itu Morale, Combat Power, COG dsbnya, tapi bilo memberi komen dan ulasan pasal isu keselamatan berapi-rapi macam baru balik dari STAFF COLLEGE ATAU WAR COLLEGE. walhal...kursus Kadar pun tak poei laei.

 

Yang lobeh menyodihkan Den mereko ini, dah lah tidak menyokong atau memberi semangat kepada pasukan keselamatan yang sedang bersabung nyawa dengan pasukan pengganas, erhhh boleh kritik, kutuk dan pandai pulak mengkategorikan kematian anggota keselamatan dengan pelbagai kategori yang tidak sedap didengar  walaupun kerajaan telah mengiktiraf perngorbanan mereka sebagai pahlawan negaro…Lopeh tu bilo Kerajaan naikkan pangkat org yang terkorban pun dikritiknyo, kerajaan naikkan gaji pasukan keselamatan pun dikritikkanya, kerajaan bagi duit kepada rakyat yang terlibat di dalam kawasan operasi dikritikkannya, Askar naik kapalterobang pun nak dikritikkannya. Askar guno kapalterghobang mengebom pun dikritikkannyo. Entah apo agaknyo baik pado mereko, intak  semuanya salah  dan ado yang tak kono  bagi mereka. Den termonong sekojap memikirkan…apo sobabnya mereko bertindak dan berperanghai sedemikian…


Setelah dironung, setelah ditilik, baru laah Den perasaan  bahawa kebanyakkan dari mereko adolah orang yang mempunyai sentiment membenci atau mempunyai dondam terhadap pasukan keselamatan  dan kerajaan yang sangat menoba, Den secara peribadi mengklasifikasikan mereka ini…. Sebagai SEORANG MALAUN. Kalau mengikut kamus Dewan io membawa erti … YANG TERKUTUK DAN TERKEJI. Mereko-mereko yang memberi  komen, kritik dan kutukan yang berunsur negative dan berbentuk menhina pasukan keselamatan dan kerajaan di dalam melaksanakan opserasi Daulat adalah terdiri dari orang –orang TERKUTUK DAN KEJI….aka..MALAUN @MAK LAUN. Itu adolah istilah yang paling sesuai Den ghaso dibori kepado mereko-mereko yang memberi komen, kritikan yang melampau sampai tahap gaban terhadap perjuangan dan pengorbanan pasukan   keselamatan di dalam Ops Daulat.…kalau Den kato tidak patriotik dan pelbagai kato nista lagi kang , ado yang marah dengan Den. Den tak faham kenopo MAKLAUN yang marah sangat dengan PDRM dan kerajaan, mengambil peluang untuk menghamburkan kato-kato amarah mereka terhadap anggota keselamatan yang terkorban sedangkan kito sepatutnyo banggo tehadap perjuang mereko demi  menjago keamanan hinggo membolehkan kito hidup bersonang lenang bersamo keluargo sedangkan kebanyakkan pasukan keselamatan tidak berpeluang mengecapi kehidupan seperti kebanyakkan kito.


Bagi den MAKLAUN yang  binghai dan bonghap  ini adolah orang-oang yang patut kito jadikan status dio  “ persona non gratia” literally meaning "an unwelcome person", pendek kato kalau boleh kito buang taraf kerayatan mereko menjadikan mereko “stateless”. Sebagai tindakan awalan, mano-mano MAK LAUN ini yang merupakan kaitangan kerajaan kito pastikan  tindakan  yang sewajarnya di ambil ke atas mereka  dan yang paling kurang, kito jadikan mereko ini calon yang sesuai untuk di masukkan ke dalam COLD STORAGE.

Bagi Den lobih baik orang mengolarkan kan kito macam PAK MAUN  dari MAK LAUN..Sobabnyo Senakal-nakal Pak Maun dio menipu isteri kerano hanyo nak berALOMPAK A GO GO , tapi lopeh itu isteri dio pun join samo jugak.Duo-duo happy , semuo org happy…! Selepas balik dari surau, PAK MAUN rajin mentelaah dan membaco buku walaupun kulit buku tak samo dengan isi kandungan buku  yang dibaconya. Dan menambahkan baiknya dio membaca..sambil Berastafirrullah, menyebut Alhamdulilah dan MashAllah…Tapi bilo melibatkan maruah keluargo dan sebagainyo, dio sanggup berjuang  walau pun hanyo menggunokan senapang gajah… Dan yang ponting secara keseluruhannyo, setiap perbuatan dan kata-kata PAK MAUN tidak melibatkan orang lain marah, raso terhino, tidak menguris  atau menyakitkan hati orang lain malah orang seronok dan gumbira melihat telatahnya…Kan elok kalau apa juga kata-kata kita , perbuatan kita tidak menyakitkan hati atau menguris orang lain malah mengembirakan mereka.Khabarkanlah berita gembira….erhhh macam ponah donga kan…!!!


Wahai para MAK LAUN sekelian, ingatlah, kalau kito tidak mampu untuk membantu atau  tidak mahu untuk menyokong atau tidak mahu sedekahkan walau se patah ayat surah AL Fatihah kepada wira-wira kita yang gugur, ingatlah ia tidak  tidak menjadi masalah dan tidak menimbulkan sebarang kemarahan kepada sesiapa juga.Kepado MAK LAUN-MAK LAUN ini Den nasihatkan : It’s better for you to SHUT UP, Do nothing, Say Nothing, because for doing nothing and  says nothing, you have made this world more safe and harmony. Tetapi bila MAK LAUN-MAK LAUN ini mula mengeluarkan kata-kata , kritikan dan komen yang sadis, tidak bertimbang rasa dan tidak mengambil kira akan sensitivitinya kepada orang lain, maka  kamu semua ini memang wajarlah sekurang-kurangnya dikutuk dan dimarahi ,itu adalah tindakan paling minima, kalau boleh mereka-mereka ini diambil tindakkan yang sewajarnya disisi undang-undang dan yang paling baik sekali kita nyahkan MAK LAUN- MAK LAUN ini dari bumi Malaysia.

Copy n Paste dari sahabat blogger DEN CDO

Thursday, 21 March 2013

INSIDEN LAHAD DATU - APA KATA WARGA PERISIKAN TENTERA


Dulu masa insiden Sauk, siapa Timbalan Panglima Tentera Darat?
Perisikan juga disalahkan? 

Kenyataan ini diperolehi melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN.

Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa. Martabat perisikan tentera kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk kegunaan operasi. 

Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be lost'. Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun, pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu, diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang. Harus diingat bahawa perisikan mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis' malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan nyawa mereka sebagai sandaran.
 
Perlu ditegaskan bahawa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera (BSPP) TIDAK PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak". Admin amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas warga BSPP serta 'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang telah terbina sejak era melawan insurgensi.

NAVY THE BEST/MERAPU SAKAN

OPERASI DAULAT GABUNG ASET TIGA CABANG ATM



KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya, udara, laut dan darat dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.




F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).

Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-bakipengganas.




Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi. ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.



Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat.

Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara.




Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada ‘power projection’ atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia.

“Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti ‘Eksesais Halilintar’ yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebih kurang 10,000 tentera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo. Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya.




“ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana mereka menyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri,” katanya.

Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dan keupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya

Tuesday, 19 March 2013

MENGAPA ANDA PERLU TOLAK PAKATAN JENERAL EXPIRED INI?


Bila Askar Setia bagi HINT di FB bahawa seorang bekas pegawai tentera berpangkat Lt Jeneral  telah menolak tawaran RM500,000.00 yang ditawarkan oleh PKR jika menyertai parti berkenaan, komen-komen dari para sahabat memang amat menarik hati saya. Alhamdulillah, masih ada bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang masih celik hati, waras dan tidak gelap mata dengan tawaran yang RM500,000.00 untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menjadi anjing pencacai untuk memburuk-burukkan kepimpinan ATM.

Kisah 5 orang bekas Jeneral ATM yang telah menyertai politik fitnah dan kebencian yang dianjurkan oleh pakatan parti pembangkang telah mengecewakan hati banyak pihak kerana mereka tergamak menjadi TALI BARUT pembangkang dengan menjadikan ATM/KEMENTAH sebagai sasaran mereka. Jika mahu ‘masuk politik’ janganlah jadi seperti ANJING YANG MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERINYA MAKAN...


My name is General Jack.. Jack Palance
I ada jual rokok batang...
Daripada pangkat jeneral kitar semula hinggalah bekas-bekas askar Lain-Lain Pangkat yang menyertai pihak pembangkang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai rekod kesalahan disiplin, diberhentikan dan kecewa dengan perkhidmatan. Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussien (bersara) atau lebih dikenali sebagai Jack Palance yang menyertai PKR baru-baru adalah seorang jeneral yang mempunyai rekod kesalahan menjual rokok bebas cukai kepada anggota semasa beliau menjawat jawatan sebagai Komander Malbat 1 di Bosnia.


Penyalahgunaan kuasa beliau sebagai pegawai kanan tentera ATM turut berlaku semasa beliau menjawat jawatan sebagai ASPA/TPTD kerana telah ‘menutup kes’ menantunya yang telah ditangkap menyalah gunakan kenderaan tentera untuk tujuan peribadi. Bukan itu sahaja, semasa jeneral Jack Palance menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, beliau telah menjual VISA kepada rakyat Pakistan! Easy money bukan? Beliau turut menyalahgunakan kuasanya dengan ‘menukar status’ cucunya menjadi anaknya bagi mendapatkan pembiayaan kerajaan.

Ahh.. banyak lagi hendak disebut tapi nantilah...beliau yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Pertahanan dan mungkin bertanding di PRU 13 di Parlimen Setiawangsa, kini anda sudah tahu latar-belakang penyangak tersebut...

Menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat
semasa insiden Sauk di Bukit Jenalek

Lain pula cerita Lt Jen Datuk Ghafir, seorang yang kini melalak tidak tentu pasal dengan menyalahkan pihak kerajaan dan kepimpinan ATM kerana kemudahan dan kebajikan anggota tentera yang dikatakan ‘tidak terbela’. Alahai Datuk.Saya fikir Datuk dah tua dan mungkin rabun teruk dan memerlukan bantuan KAR1SMA yang membolehkan Datuk beli kaca mata bagus dengan harga murah. Bukan itu sahaja, perajurit kita di Lahad Datu dikatakan mempunyai standard duduk dibawah rumah orang dan sembunyi dalam reban ayam aje. Ataupun, Datuk perlu dibekalkan dengan kemudahan internet untuk GOOGLE dan ‘spot-check’ peningkatan infrastruktur kem tentera, kebajikan, dan gaji untuk anggota tentera. Janganlah Datuk bandingkan ATM pada zaman Datuk dengan ATM zaman sekarang. 

Nampak usang dan hodoh kan prasarana ATM ni?
 (Aku perli Datuk Ghafr laa)


Mengenai kes Lahad Datu, Datuk bukan main hentam pihak perisikan tentera kononnya gagal itu lah, gagal ini lah. Mungkin Datuk lupa, tapi saya suka ingatkan masa insiden Sauk/Bukit Jenalik, Datuk merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. So, Datuklah boss yang mesti dipersalahkan kerana perisikan gagal mengesan aktiviti Mat Amin dan konco-konconya seperti Mej Jamaludin Darus yang merupakan anak buah Datuk dahulu..Lupa kaa?

Enjin jet dah...Lepas ni enjin motor EX-5 jiran aku pulak..
Cerita pasal Jeneral yang telah ditarik pangkat dan tauliah iaitu Datu Hadi Khatab tak payahlah saya ceritakan pasal ada bersusun cerita mengenainya di dalam blog saya. Jika anda mahu kenal siapakah bakal calon PKR dalam PRU akan datang nanti, sila rujuk entri-entri mengenai jeneral songlap enjin jet ini. Ada banyak termasuk luahan hati warga Log TUDM pun ada.

Ada bersusun lagi cerita mengenai pak-pak jeneral dah habis tarikh luput ni, tapi mungkin akan disiarkan pada waktu lain. Pada geng-geng KERABAT dan KOBAT termasuk Lt Kol Nazari Mokhtar (Bersar), anda semua dah takda peluang dah untuk jadi calon atau menteri pertahanan. Semuanya peluang bisnes dan kontrak pak jeneral reput ni dah sapu.


Kepada pak jeneral KITAR SEMULA, bayang-bayang kekalahan pihak pembangkang dalam PRU 13 sudah hampir jelas. Sekarang yang kawan dah jadi lawan. Jangan nanti bila dah kalah, malu nak jumpa kawan-kawan lama. Jangan nanti dah sampai ajal, tiada lori 3 tan untuk urusan pengebumian...