Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 8 April 2013

KONSPIRASI TERANCANG PANGLIMA SONGLAP SEBAGAI CALON ADUN BEHRANG GAGAL?


Konspirasi DUN BEHRANG milik Panglima Songlap?

MPN PKR Perak yang dipengerusikan oleh Dr Muhammad Nur Manuty serta dibantu oleh Timbalan Pengerusi YB Dr Lee Boon Chye dan Pengerusi JPRN Perak Tn Hj Ismail serta pegawai di Pejabat DSAI Tn Hj Rahman Yaakob gagal di dalam cubaan mereka agar DSAI mengistiharkan Dato Abd Hadi bin Abd Khatab (akan disebut sebagai Panglima Songlap selepas ini) sebagai calon ADUN Behrang di Ceramah Umum DSAI di Behrang Ulu pada 22 Mac 2013 yang lalu apabila DSAI dapat menghidu bahawa masalah calon & perbincangan dengan Ketua Cabang PKR Tanjong Malim masih belum selesai.

Mej lawan Brigadier Jeneral (ehhh..dah kena tarik balik laaaaa)

371183 Mej (B) Kamal Badri TUDM, Ketua Cabang yang diwarwarkan sebagai calon ADUN Behrang amat berang dengan komplot tersebut sehingga mengatakan beliau 'TELAH DITIPU'...


Luahan perasaan Mej Kamal Badri 1

Luahan perasaan Mej Kamal Badri 2

Kekacauan dan tekanan dalam mencari calon ADUN Behrang bertambah panas apabila  nama Mej (B) Kamal Badri rupa-rupanya TIDAK PERNAH DIANGKAT oleh sesiapa terutamanya dari Pengerusi MPN Perak Dr Muhammad Nur Manuty ke dalam mesyuarat Bilik Gerakan Utama (BGU) justeru memberi peluang kepada Panglima Songlap untuk merasakan dirinya akan diberi peluang untuk bertanding di ADUN berkenaan. DSAI pula merasakan janjinya kepada  Panglima Songlap yang akan menawarkan kerusi dalam PRU 13 perlu ditepati justeru, DUN Behrang merupakan lokaliti yang paling sesuai. 

SEJAK TAHUN LEPAS lagi Askar Setia ada manyiarkan artikel mengenai Panglima Songlap ini dan 'hajatnya' untuk bertanding di Tanjung Malim bukan lagi dusta dan omong kosong! Yang anehnya, Panglima Songlap yang tidak tahu dari mana asal usulnya, tidak dikenali di Behrang dan tidak pernah bersengkang mata turun padang bersama-sama jentera parti tiba-tiba seperti HERO mahu menjadi ADUN Behrang? 


Anwar Ibrahim telah menjanjikan kerusi (DUN atau PARLIMEN) kepada
Jeneral-Jeneral Expired asalkan  mereka kutuk Angkatan Tentera Malaysia habis-habisan
Di dalam perancangan komplot menjadikan Panglima Songlap sebagai calon di Dun Behrang, Tn Hj Rahman telah mengarahkan Ketua Cabang untuk mengadakan ceramah DSAI di DUN Behrang dan Dato Hadi juga telah dimaklumkan perihal berkenaan. Kesilapan berlaku apabila Dato Hadi tanpa memaklumkan Cabang membuat persiapan ceramah di Pejabat PAS Cawangan Berop. Ketua Cabang pula telah membuat persiapan ceramah di Behrang Ulu. Ketua Cabang hanya mengetahui bahawa ceramah lain di Berop setelah PAS Cawangan Berop memaklumkan kepada beliau. Ketua Cabang terus memaklumkan kepada Tn Hj Rahman & MPN Perak serta disalinkan kepada DSAI bahawa ada gangguan terhadap ceramah di Behrang Ulu.

Akibatnya, ceramah di Berop dapat dibatalkan. Disebabkan atas KEBIADAPAN Panglima Songlap yang mengadakan ceramah tanpa persetujuan Cabang, Cabang telah tidak menyenaraikan dia sebagai penceramah jemputan pada malam itu. Tn Hj Rahman pula MENGANCAM bahawa DSAI tidak akan datang ke Behrang Ulu sekiranya Panglima Songlap tidak diberi peluang untuk berceramah. Malah dia juga mengarahkan Cabang untuk memasukkan gambar Panglima Songlap ke dalam kain rentang (semasa beliau mengarahkan, kain rentang berkenaan sudah siap). Cabang terus berkeras dan meminta pula Sdr Mustafa Kamil Ayub untuk campurtangan.

Mestilah marah! Apa lagi..
Buatlah KAMAL BADRI FAN CLUB! (KFC)

Kekecohan inilah yang menyebabkan masalah calon ADUN Behrang mendapat perhatian kerana perebutan kerusi DUN Behrang ini merupakan pergelutan di antara bekas pegawai TUDM. Mej (B) Kamal Badri seharusnya tidak perlu gusar kerana Panglima Songlap tersebut bukan lagi Brigadier Jeneral TUDM kerana pangat tersebut telah DITARIK BALIK. Lagipun, siapa dia Panglima Songlap tu? 



Masalah calon ADUN Behrang belum diselesaikan. Mengikut sumber dari MPN Perak di dalam konspirasi ini juga, Dr Muhammad Nur Manuty sepatutnya telah memberitahu Mej (B) Kamal Badri seminggu sebelumnya bahawa BGU telah memilih Panglima Songlap sebagai calon. Sudah tentulah Dr Muhammad Nur Manuty tidak akan memaklumkan kepada Mej (B) Kamal Badri kerana perbincangan dengan Cabang belum dibuat malah selama ini Dr Muhammad Nur Manuty BERJANJI kepada Mej (B) Kamal Badri bahawa Mej (B) Kamal Badri adalah calon ADUN Behrang.

Sesuailah dengan prinsip korang
LAWAN TETAP LAWAN...kah kah

Atas faktor inilah, Mej (B) Kamal Badri merasakan dirinya telah DITIPU dan DIANAYIA bahkan segala penat lelahnya selama ini disia-siakan untuk insan yang bernama Panglima Songlap Dato' Abdul Hadi Al Khatab. JANJI TETAP JANJI.

TETAPI dilema janji DSAI kepada  Panglima Songlap  untuk menjadi calon PRU 13 akan terus menjadi isu perbalahan di DUN Behrang. 

Namun, sekiranya benar Panglima Songlap enjin jet akan dicalonkan untuk bertanding di DUN Behrang, saya nasihatkan agar segenap lapisan masyarakat di Tanjung Malim dan kawasan yang sewaktu dengannya agar MENGUNCI SEMUA JENTERA dan kenderaan seketat-ketatnya agar enjin kenderaan tersebut tidak hilang. Panglima Songlap ini terkenal dengan magik jari-jarinya kerana berupaya untuk menghilangkan enjin jet F-5E inikan pula enjin kereta anda?

Siapakah dia Panglima Songlap tersebut? Klik PANGLIMA SONGLAP DAN PANGLIMA EXPIRED


17 comments:

  1. Sapa la ko tu Kamal Badri...baru sedar pahit maung dalam politik lebih-lebih lagi Penipu Rakyat (PR)ni.. nasihat saya duduk diam-diam makan pencen. Dari sahabat baik hang....

    ReplyDelete

  2. Mejar(B)Zainuddin Alwi said:


    Nasihat aku pada kamal badri..kalu takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai....panglima songlap pun dah kantoi...ceramah siang malam untuk menegak benang basah..akhirnya memakan diri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai askar setia...dlm pnulisan kamu.mkamu tulis..pglima songlap itu bkn org behrang...utk pngetahuan kamu...dia orang asal sana...dilahirkan di sebuah kg disana...anak jati sana...jd jgn mnduh xtentu hala..buat dosa kalau tak tahu..baik diam...jgn tlis pakai hentam je..

      Delete
  3. Setelah bersara tiada lagi pangkat dah,dah jadi orang awam,semua buat sendiri dan tanggong sendiri.Kalau masa dalam service hati baik,ada kemungkinan setelah bersara kita masih disegani atau dihormati kawan seperjuangan,tetapi jika sebaliknya,anda jangan marah jika kawan rapat atau anggota yang pernah diperintah menyoal balik..Do I know you....My personal view is that those x senior military officers who decided to join politic after retirement made a grave mistake.Politics is dirty,it is war without bloodshed but the bleed cuts so deep that all the things that you cannot imagine to happen,it will happen with or without your desire.So do not do unjustice to the body and soul and live happily with the families which were missing a lot during the service and the most important thing mesti tahu berterima kasih dan sentiasa bersyukur di atas limpahanNYA.Salam.

    ReplyDelete
  4. Yang masuk PAS dan PKR tu semuanya yang dah bersara ataupun yang dibersarakan. PAS dan PKR tak ubah seperti tong sampah untuk orang yang dah tak boleh dipercayai ada masalah peribadi semasa dalam servis...dah buat taik dalam kerjaya dan bila pencen dok dedah pasaia apa yang dia sendiri buat...betoi ke macam ni...dia tak tau ke...apa yang dia buta dulu tu, lebih dari sejuta umat mengetahuinya....dan Allah ta'ala lagi maha mengetahuinya.....muhasabahlah...sebelum di panggil Allah swt...

    ReplyDelete
  5. Semue tu keroje umno le.kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Biasalah anon di atas,bini dia nak beranak pun itu semua kerja UMNO..keh..keh..keh.

    ReplyDelete
  7. pr dulu janji macam2 kepada jederel besara ikut anwar itu ,ikut sangat buku jinggay itu hanya orang bodoh sahaja ikut

    ReplyDelete
  8. Saudara Kamal Badri....sedah sudah ler tuuuu....Pak Hadi tu senior hang....Dengor ler cakap dia.....heheheh...kene kencin aje ler kau...

    ReplyDelete
  9. Dua dua tak bolih pakai...kena keldai olih Rear Admiral.

    ReplyDelete
  10. Kasi gelak sama die....kahkahkah10

    ReplyDelete
  11. kami org tg malim akan tolak depa beruk2 ni semua kaw2 pada pru 13 nanti...

    ReplyDelete
  12. Alahai Askar setia tak habis dengki dan jadi batu api. Wataniah aje... hati hati lah mungkin sekarang org tak kenal siapa kamu tapi kalau PR menang gerenti kamu mampus. saya tengok pak hadi tu relax je tapi kamu tak habis habis nak memburukan dia, tengok tengok lah azizan arifin yag menginaya orang dan cuba mengaibkan orang. selesa ke hidup nya walau pun duduk di banglo kat Nilai Spring tu...kamu jangan menyesal dah tua nanti macam dia udah la... deme berdua nak berebut biarkan lah hak masing masing nama nya politik..

    ReplyDelete
  13. tak usah la kamu tak tahu sebenar nya apa yang berlaku. kalau dia yang curi jet injin tu nape Najib tak tangkap aje dia tak kan dia berani masuk pembangkang rasa nya budak tanjung malim tu tak lah bodoh kalau dia kaki songlap dah kaya baik la dia relax je bodoh la nak berpolitik. Guna la otak sikit kalau nak menggelar orang pastikan betul kamu tengok ke affidavit hadi saman azizan ariffin tu ke... kalau takde diam je la jangan buat dosa. dosa dengan Allah mudah kita nak mohon ampun tapi dengan manusia ni bebaik sikit kalau tak sendiri kena.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam untuk semua....dato hadi lahir di slim river berbangsa bangkahulu.. ayah dia ustad watab guru ibu saya tanah ayah dia sebelah tanah saya di klan halt behrang dia bersekolah di sm methodist tanjong malim..satu sekolah ngan mojar kamal badri...adik beradik dia ratusan orang di kampung padang kg pauh sg selisik n balun di sekitar dun behrang..dia juga presiden persatuan bangkulu semalaysia ..seluruh org2 begkulu sekitar sini kenal beliau...itu serba sikit latar belakang beliau.fakta yg mengatakan dia orang luar tidak betul sama sekali..dia anak tempatan..ramai adik beradik beliau duluuuu ahli umno tetapi kini semua bersama pakatan rakyat..beliau seorang yg simple..mudah mesra berpandangan jauh serta menerima pandangan orang..sikap dlam tentera beliau ketepi apabila masuk arena politik..kata2 mengtakan akar umbi menolak beliau sebagai calun memang ada 2..3 orang ajk lantikan yg tk puas hati bila mentor mereka tidak tercalon..skarang ini pengarah pilihanraya k wanita kamk serta 90% ajk cabang bersama dato hadi..persolannye mengapa ketua cabang tidak tercalun????? Saya akan ulass.

    ReplyDelete