Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 16 April 2013

MAT SABU KOMUNIS TERUS HINA PASUKAN KESELAMATAN - TAKBIRRRRR



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus memperlekehkan pasukan keselamatan apabila mendakwa lagu patriotik yang sering berkumandang sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan negara, sekadar bertujuan menghiburkan anggota keselamatan.

"Nak hiburkan hati polis dan tentera, mainkan lagu patriotik berulang kali," 

Mat Sabu
ceramah di Kampung Tedong 

Beliau juga terus menuduh insiden anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh ketika bertempur dengan pengganas di Lahad Datu, sebagai permainan politik Barisan Nasional (BN) dan Umno.


Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut mempertikaikan tindakan Jabatan Imigresen Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua, memasuki Sabah.

Sebaliknya, Mat Sabu mendakwa jabatan itu membenarkan individu dan kumpulan bersenjata masuk ke negeri berkenaan.


Mat Sabu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera, yang menyertai anggota Parti Komunis Malaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong, sebagai hero dan pejuang kemerdekaan.

Sebelum ini, Mat Sabu bukan saja memperlekehkan perwira negara malah menghina jasa pengorbanan pejuang kemerdekaan negara seperti Tun Hussien Onn dan Tunku Abdul Rahman.


Mat Indera yg mengetuai suku sakat komunis di angkat sebagai hero, anggota polis Bukit Kepong yg dibunuh kejam oleh pengganas komunis dilekeh-lekehkan.

Lebih dari itu Mat Sabu turut menghina lagu Negaraku dengan menganggapnya sebagai ciplak drpd lagu terang bulan.

Demikian jugak Mat Sabu turut seakan menghina bendera kita & kemerdekaan negara apabila mengiakan fahaman segelintir anak muda pro Pas yg menganggap tiada gunanya menyambut kemerdekaan negara atas sebab kononnya bendera kita serupa seperti bendera Amerika
“Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno, sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata “umph sambut buat apa”, bendera pun dia kata serupa bendera Amerika.
“Lagu negaraku pulak, lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.”
“Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube, dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku. Hundred percent serupa, ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap,… takpalah dah guna pakai nak buat macamana”.
“Tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong polis itu, polis British. Hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera… Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup”
“Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu umno. Cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat. Polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British, tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas. Padahal Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping”. - (Mat Sabu / Tasek Gelugor / 21 Ogos 2011)


1 comment:

  1. dia baru taw sejarah lagu Negaraku??lol

    ReplyDelete