Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 4 July 2012

AGIHAN DANA RAYUAN HARI PAHLAWAN 5 JULAI 2012... KEPADA BEKAS TENTERA, INILAH MASA ANDA UNTUK .......


Semalam ada terbaca dari wall Presiden PBTM yang menyatakan akan ada perhimpunan untuk semua persatuan bekas tentera yang akan diadakan di Dewan Seroja, Kementah pada 5 July 12 (Khamis) jam 9 Pagi. Dinyatakan dimana wang derma Rayuan Hari Pahlawan akan diagihkan kepada semua persatuan bekas tentera untuk diagihkan kepada semua ahlinya dalam menjaga kebajikan pesara oleh Menteri Pertahanan sendiri.

Penulis menyarankan kepada bekas-bekas tentera yang masih belum mendapat pembelaan atau mempunyai masalah kebajikan bolehlah untuk hadir ke majlis tersebut. Sekurang-kurangnya mereka dapat menyuarakan masalah yang dihadapi oleh bekas tentera kepada Menteri Pertahanan dan pihak yang sepatutnya. Tidak perlulah mereka ini hanya menyalahkan pihak kerajaan walhal mereka sendiri tidak berusaha untuk membawa masalah mereka kepada orang yang wajar mereka temui. Pada majlis tersebut juga, pesara boleh menemui JHEV dan PBTM bagi menyelesaikan kemelut isu kebajikan yang sering dimanipulasikan oleh orang-orang yang berkepentingan yang cuba menjatuhkan kredibiliti Menteri Pertahanan dan ATM.



Sumber: Navy The Best

.......................................................

Yang ni saya setuju. Pengagihan dana Rayuan Hari Pahlawan yang dibuat secara terbuka dan terus kepada persatuan-persatuan bekas tentera Malaysia. Cuma apa yang saya risaukan, akan berlakunya perkhabaran dari 'radio buruk' yang akan mendakwa, itu salahlah.. Ini salahlah... Persatuan A ramai ahli tapi dapat sedikit, persatuan B ahli sedikit tapi dapat banyak.

Ahh.. Itu perkara biasa dalam berpersatuan. Semestinya akan ada cakap-cakap belakang yang kurang enak didengar. 

Cuma, nasihat saya, ahli-ahli persatuan seharusnya memantau kemana 'hala tuju' dana tersebut apabila ianya sampai kepada persatuan. Jangan letakkan 100% kepercayaan kepada kepala-kepala besar yang mungkin akan menggunakan dana berkenaan sewenang-wenangnya. Harus diingat, ada desakan dari presiden A yang mahukan dana tersebut disalurkan terus kepada presiden. 

Laporan AUDIT kewangan persatuan harus dibuat dan diperiksa secara berkala dan telus agar dana berkenaan tidak diseleweng dengan sewenang-wenangnya.

Kepada bekas-bekas tentera, hadirkanlah diri anda ke majlis di Dewan Seroja MINDEF esok. Inilah waktu yang sebaik-baiknya untuk kalian meluahkan segala permasalahan yang terbuku di hati. Luahkan sahaja pada esok hari lebih bermakna daripada kalian luahkan di internet yang hanya akan dapat perhatian HERO-HERO internet tetapi... 

tidak membantu apa-apa



p/s: mana tahu..jika ternampak kelibat Tuan Presiden tersohor PVTM, Prebet Ali Tinju dan konco-konconya, sampaikan salam pada mereka. Salam dan goncang tangan dia kuat sikit.. Ingat-ingatkan mereka sikit, dana tu amanah untuk persatuan dan untuk rolling kewangan persatuan. Ia untuk kebajikan kesemua ahli..bukan untuk poket mereka sendiri, bayar hutang piutang dia dan yeh yeh di karaoke...

1 comment:

  1. Setuju sesangat dengan sarananan supaya "HERO" yang besau kepala tu ingat bahawa ini duit rakyat yang bantu bekas tentera. Guna sebaik mungkin dan bukan guna untuk berfoya-foya/bayar hutang dan umpan betina. KHAS untuk Prebet Ali Setan Babi Bangang Bodog Bengap - Presiden PVTM (kononnya), Mej Baharudin Saidon, Sjn Hanafiah, Sjn Alias Munshi dan Bendahari

    ReplyDelete