Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 18 July 2012

ANGGOTA ATM CABAR SELAT INGGERIS

Bagi menyemarakkan semangat `Malaysia Boleh', 14 anggota ATM memilih tarikh 16 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia untuk memulakan cabaran berenang merentasi Selat Inggeris. Peserta ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) itu dijadual berlepas ke United Kingdom pada 24 Ogos untuk menjalani latihan penyesuaian diri di Dover.


Ekspedisi yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia itu menampilkan 14 anggota daripada tiga sayap pasukan keselamatan iaitu masing-masing lima anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia dan empat anggota Tentera Darat.


Kesemua peserta akan berenang secara bergilir-gilir sejauh 80 kilometer (dua hala) dengan suhu air laut antara 16 dan 18 darjah Celcius selain terpaksa bersemuka dengan kawasan perairan laluan kapal besar dan keadaan ombak tidak menentu. Mereka akan memulakan renangan merentasi Selat Inggeris dari Dover, United Kingdom (UK) menuju Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover. 


RSI1M merupakan satu ekspedisi yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Penasihat Kehormat. Antara tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya dan ATM untuk melakar nama di peta dunia, menjadi pasukan Malaysia pertama melakukan ekspedisi renangan berganti-ganti secara dua hala.

Askar Setia berharap agar program seumpama ini dapat diberi liputan ti televisyen dan lain-lain saluran media yang sewajarnya kerana ia dapat memberi impak positif kepada imej Angkatan Tentera Malaysia kepada masyarakat. Biar satu dunia tahu bahawa anggota ATM kita ni bukan calang-calang orangnya!

10 comments:

  1. Aku bukanlah hendak komen. Tapi dengar nama kelab Explorasi Tujuh Benua pun sudah naik gerun. Tetapi mana-mana kelab pun kalau hendak ciluk dan harap sponser sahaja, aku rasa tidak payah untuk mendapatkan publisiti murahan. Aku respek, kalau kita buat senyap-senyap dan guna duit sendiri lebih bermakna kejayaan yang didapati.

    ReplyDelete
  2. saya fikir..utk peringkat nasional...biarlah sekiranya kelab rakan muda sekalipun, program2 sebegini wajar diberi publisiti...

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Insyaallah berjaya dengan terhormat. Lagi satu Askar Setia, saya nak tanya bila nak siarkan dan maklumkan kepada umum pendedahan Balu-balu dan Janda-janda dan bini-bini orang serta peranita yang menjadi makanan si Ali Setan Bangang (PVTM). Bini no 3 (yang cerai talak 3 dan bekas-bekas isterinya) pun dah tak sabar nak dedahkan betapa tak bertanggungjawab si Ali Setan Babi tu terhadap mereka dan anak-anak yang masih kecil lagi. Mereka juga nak saman si Ali Cibai ni nafkah dan harta sepencarian. TINDAKAN Askar Setia amat mereka hargai

    ReplyDelete
  4. Askar Setia kena bantu mereka yang teraniaya. Maaf saya guna forum ini kerana tak tahu bagaimana nak berhubung dengan Askar Setia.

    ReplyDelete
  5. TQ anon.

    Saya dah muak berceloteh mengenai perihal musibat si Ali Tinju. Dia pun dah minta maaf atas tindakannya selama ini. Saya amat mengalu-alukan perkogsian maklumat mengenai 'aktiviti' dia dan kemana hilangnya duit PVTM.

    Asalkan dia tidak buat hal dengan ATM/KEMENTAH, itu dia punya pasal. Tetapi, sekiranya dia buat perangai tak tentu hala dok hentam ATM/KEMENTAH, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lagi kisah lampaunya dan kemana hilangnya duit PVTM.

    kepada Anon 12:13

    Istilah 'siapa yang teraniaya dan siapa yang menganiaya' tidak jelas untuk kita bincangkan. tetapi, jika ada bukti kukuh, saya bersedia untuk menolong semampu mungkin dalam berblogging. Anda boleh hubungi saya di email:

    setia_askar@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Takde faedahnya pun program ni

    ReplyDelete
  7. ORG YG BODOH JA SOKONG RPSI1M

    ReplyDelete
  8. ANONYMOUS KO TU PNDAI SGT LA ORG NK SOKONG KAU...


    ReplyDelete
    Replies
    1. ANONYMOUS KO TU PNDAI SGT LA ORG NK SOKONG KAU...

      Delete