Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 4 November 2011

SCORPENE MALAYSIA : APA YANG KITA TIDAK TAHU


Bila ditanya kepada rakan-rakan, dan setelah membaca blog-blog Pakatan Rakyat, rata-ratanya akan mengaitkan kapal selam kita dengan dua masalah:

1. Harga Kapal Selam Scorpene yang jauh lebih mahal dari belian negara lain. 

2. Kapal Selam Scorpene tidak boleh melakukan selaman.


Pertama, mari kita rujuk kepada masalah pertama yang menghantui skandal kapal selam negara kita. Isu harganya. menurut info yang saya petik dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini.

Apa yang tidak dinyatakan oleh blog AMK Shah Alam di atas ialah, pada 14 April 2010, Brazil telah menempah 4 buah kapal selam Scorpene dengan harga 8.8 billion dollar(USD) Ini menunjukkan Brazil membayar sejumlah 2200 juta dollar untuk setiap kapal selam mereka. Tidakkah hal ini menceritakan sesuatu buat kita semua?

Apa yang tidak dijelaskan oleh bloggers Pakatan, mengapa kita bayar pada harga tersebut,dan pihak kerajaan pula, tidak berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat dengan bahasa mudah yang boleh difahami semua.

Perbezaan garis masa dan kuantiti belian.
Pada waktu ini, hanya 4 buah negara yang membuat belian Kapal Selam Scorpene ini. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil.

Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah 250 juta dollar.

Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian kita ialah 580 juta dollar.

India membeli enam buah kapal selam sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah 540 juta dollar seunit.

Brazil pula membayar sebanyak 2200 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam tahun lepas.

Pihak Pakatan Rakyat tidak menjelaskan disebalik dakwaan mereka, perbezaan faktor-faktor seperti kadar tukaran wang asing pada waktu pembelian di buat, harga kos bahan mentah, jenis persenjataan dan lain-lain kos yang terlibat.

Kos pembelian kapal selam India juga meningkat kerana wujud kelewatan dan masalah di pihak Magazon Dock Limited. India dapat menjimatkan kos pembelian mereka melalui pembelian pukal (6 buah, maka kos tetapnya dapat disusutkan) dan mereka membina kapal selam tersebut di India (jimat kos pembuataan dengan memanfaatkan kos buruh rendah India).

Dari jadual harga besi terpakai, kita dapat lihat kenaikkan harga besi dunia. Pada Januari 2000, harga besi ialah 98 Euro per tan, dan kini ianya 317 Euro per tan pada September 2011. Ini harga besi skrap, terpakai dan kitar semula. bayangkan harga besi dan keluli baru yang diperlukan untuk membina sebuah kapal selam baru.

Pada waktu Chile dan Malaysia membuat tempahan kapal selam, perbezaan kos mentah (besi, keluli) telah meningkat lebih dari 100%. Jadi tidak menghairankan perbezaan harga di bayar oleh Malaysia dan Chile. Apa pula pe njelasan Pakatan Rakyat mengenai pembelian Brazil yang jauh lebih mahal. 


Jadual di atas pula menunjukkan carta tukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Euro. Euro pada tahun negara menempah kapal selam jauh lebih tinggi berbanding dengan waktu tempahan di buat oleh Chile. India pula membuat pembelian kapal selam mereka pada 2010, pada waktu nilai matawang Euro sangat tinggi. Jadi, ternyata ada justifikasi dan penjelasan munasabah disebalik perbezaan harga.

Kedua, kapal selam Malaysia tidak boleh melakukan selaman. Perkara ini dengan nyata adalah satu salah faham, jika tidak, satu fitnah besar dari pihak yang cuba meraih undi dengan menabur prasangka negatif kepada rakyat.

Kapal selam tersebut telah melakukan selaman dan berjaya melakukan latihan. Bak memiliki kereta baru, kita tidak boleh memandu pada kapasiti maksimum sebaik saja baru keluar dari kedai. Begitu juga dengan kapal selam kita. Kapal selam, seperti mana-mana barang mekanikal lain, tidak boleh lari dari masalah-masalah yang teknikal dan mekanikal.

Sebagai contoh, pada 22 Oktober 2010, Kapal Selam HMS Astute milik United Kingdom terdampar di pesisir pantai dan mengalami kerosakan yang teruk. Ini adalah kapal salam penyerang nuklear tercanggih dan terbaru milik armada tentera United Kingdom dengan nilai 1.57 billion dollar (USD). Jadi, tentera laut United Kingdom pun tak terkecuali dari masalah, apatah lagi negara kita yang baru memiliki dua buah kapal selam sulungnya? Fikir-fikirkanlah



Sekurang-kurangnya, ahli politik Britain cukup matang dan tidak pula mengadu domba mengenai kelemahan angkatan laut negara itu di mana-mana negara, baik jiran mahupun sekutu. Tindakan Nurul Izzah Anwar mendedahkan masalah teknikal kapal selam negara kepada Kompas, Indonesia tidak wajar sama sekali, walaupun ujar beliau sekadar memetik kata-kata Menteri Pertahanan Malaysia di dalam Dewan Rakyat. Jika beliau berakal, dan sensitif kepada isu ini, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan dan penerangan akan keadaan tentera kita kepada media luar.

Walaupun sedemikian kajian saya, saya sangat mengharap jawapan mengenai tuduhan rasuah berkaitan pembelian kapal selam negara ini terjawab dan dapat jalan penyelesaian yang munasabah. Memandangkan integriti mahkamah negara telah dihancurkan oleh tomahan dan tindakan pelbagai pihak, saya berharap Mahkamah Perancis dapat memberikan jawapan apabila kes rasuah tersebut dibicarakan dan diputuskan oleh mereka

Sumber : Nasri1986

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita tunggu dan lihat keputusan Mahkamah Perancis. Memutar-belitkan fakta dan memburuk-burukkan imej negara di luar negara semata-mata untuk meraih 'political mileage' amat tidak wajar! Perlu ingat tu!!!

    ReplyDelete
  3. Malaysia kona sana kona sini memang lah

    ReplyDelete