Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 2 November 2011

KERABAT... ADA UDANG DISEBALIK BATU?

Terlalu banyak pendapat, idea dan lontaran emosi bila kita berbincang mengenai senario politik Malaysia sehingga ada yang sanggup mengheret anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik murahan. Itu belum lagi kesan tindakan sesetengah bekas tentera (yang mungkin kecewa dengan perkhidmatan atas pelbagai faktor) yang sanggup mengkhianati perkhidmatan yang dahulunya tempat bergantung hidup dengan menghujani pelbagai tohmahan, fitnah dan sanggup bersekongkol dengan pihak lain untuk memburukkan imej dan kredibiliti ATM.

www.cikgu-zakiah.blogspot.com

Tindakan tersebut layak dikategorikan sebagai PERBUATAN KHIANAT kepada Yang Di Pertuan Agong dan negara. Rambut sama hitam namun, hati manusia kita tak akan tahu. Mungkin ada yang mempunyai sejarah hitam semasa berkhidmat dan dendam kesumat yang menjuarai hati dan perasaan telah menyebabkan PERBUATAN KHIANAT ini berlaku. Ia termasuk dengan membocorkan rahsia sulit ATM, berkompromi dengan pihak-pihak politik untuk menjatuhkan kepimpinan tertinggi ATM dan ada yang sanggup menjadi ‘political rats’ kepada parti-parti tertentu bagi menghasut bekas-bekas tentera supaya mengkritik kepimpinan ATM dan kerajaan.

Ketika ini, cyber trooper atau blogger pembangkang yang mempunyai kecenderungan dan minat bercerita mengenai bekas tentera, ATM dan usaha pembangkang dalam misi ‘menakluk’ Putrajaya bersekongkol dengan KERABAT yang dilihat sebagai satu-satunya platform untuk menarik sokongan bekas tentera. Kepimpinan tertinggi KERABAT termasuk Lt Kol HJ Nazari TUDM (Bersara) kini turun padang menabur janji agar bekas tentera menyahut kempen politik pembangkang agar menentang kerajaan memerintah.

Soal sokong atau tidak, itu terpulang kepada individu. Tapi, amat dikesali, masih ramai tidak sedar bahawa KERABAT memerlukan platform politik Pakatan Rakyat untuk terus bernyawa dan Pakatan Rakyat kini boleh menarik nafas lega kerana soal kempen ke atas bekas tentera dijalankan secara IKHLAS oleh pihak KERABAT.

Persoalannya, adakah perjuangan yang dimaksudkan itu benar-benar ikhlas atau ada agenda yang akan menguntungkan poket dan perut sendiri? Saya ingin mengajak pembaca untuk meneliti maksud sebenar 8 Resolusi Cadangan 100 Hari Pakatan Rakyat Memerintah yang disediakan oleh KERABAT pada 2 Oktober 2011 sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ‘menakluki’ Putrajaya. Janji-janji manis tersebut memang ‘enak’ didengar tetapi, seperti ada yang tidak kena...

Masyukkk..Projek sana sini...

p/s: Teringat kata-kata Tun Dr Mahathir:  “senang mahu berbelanja duit yang kita tidak ada... memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah, asalkan menang (pilihan raya)...”


8 comments:

  1. Lidah tak bertulang..janji pakai air liur meme le...

    ReplyDelete
  2. Waduh..kenapalah ya ada manusia macam tu dalam dunia ni ya. Maaflah, Wak bukanlah berniat nak menghina sesiapa tapi cara Lt Kol(B) tu tak kenalah, menipu orang, menipu bekas tentera, menipu rakyat demi kepentingan peribadi. Wak cukup tak suka xengan orang sebegini, kalaulah dia datang nak beli tempe dengan Wak mahu saja Wak jual mahal 20 sen dari orang lain. Jual kena jual sebab bisnis musti di jaga.

    ReplyDelete
  3. Standard arr tu, war of perception, janjidapat audience cukup lahkan yob

    ReplyDelete
  4. tp.. ape ak rasa lah kot, elok pon ada kerabat ni, bru le gomen terbeliak mata nk bikin kerja.. ini kerabat punya pasai lah, suma veteran dapat one off 3,000 beb.. mungkin apa yg depa nk buat ni mcm very the impossible.. dapat benda lain pon kire ok la weh..

    ReplyDelete
  5. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
    (Al-Hujuraat,49:6)

    ReplyDelete
  6. Khabare..wak datang lagi ni, ya kalau difikir secara sepintas lalu, kenyataan killroy tu ada benarnya. Tapi wak tak rasa begitu kerna wak yakin pemberian itu ikhlas dari kerajaan dan yang pastinya ia sudah lama dirancang. Wak syukur saja, rejeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  7. pbtm dah lama dicucuk hidung patutlah beralih ke kerabat. menteri pertahan pun cakap tak serupa bikin. saya fikir PR akan kota janji tapi belum ada kuasa lagi,saya lihat PR perintah dengan baik selama belum pun satu penggal banding dengan BN yang sudah umur pencen

    ReplyDelete
  8. kenalan panggil saya maderfaker.Saya offer sebatang rokok, dia cakap thank you mate.Bila dia offer balek rokok saya ambil cucoh dan hisap. dah habis setengah batang dia kata you maderfaker.

    ReplyDelete