Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 21 October 2011

TLDM DAN JASANYA KEPADA RAKYAT

Doktor pengiring siap sedia untuk berlepas.
"Bawak organ tu...Hati-hati Doc!"

Kalau hendak disenaraikan kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh TLDM dalam kesemua operasi di dalam dan di luar perairan negara memang tidak larat rasanya. Terlalu banyak jasanya. Namun, pada kali ini Askar Setia ingin memberi liputan kepada keprihatinan TLDM dalam memikul tanggungjawab sosial dan salah satu peranan pihak tentera pada masa aman – Military Operation Other Than War (MOOTW) dengan melakukan penerbangan ihsan  membawa organ dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur pada petang 19 Oktober 2011. Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Markas Udara TLDM yang berpangkalan di Lumut telah berjaya membawa dua organ penting iaitu berupa jantung dan paru-paru. Dua organ ini terbangkan bagi dipindahkan kepada seorang penerima yang menunggu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.


Untuk makluman pembaca, penghantaran organ melalui penerbangan hanya boleh bertahan sekitar empat jam sahaja selepas diperolehi dari penderma (jika lebih, organ berkenaan rosak!). TLDM berjaya menghantar organ berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat. Penerbangan ihsan melibatkan pemindahan organ ini merupakan yang ketiga dilaksanakan oleh TLDM.

Selamat tiba di hospital Kuala Lumpur
Februari 2010, TLDM berjaya membantu pemindahan organ jantung dengan menerbangkan organ dari penderma di Hospital Pulau Pinang ke IJN.  

Disember 2009, pesawat TLDM berjaya membuat penerbangan pemindahan organ jantung dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam membantu Tan Geek Koon yang pada ketika itu berusia 40 tahun memperolehi jantung baru.

Pada 18 Oktober TLDM Lumut telah berjaya membuat penerbangan ihsan bagi memindahkan seorang ibu mengandung dari Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ke Hospital Ipoh. Seorang ibu muda yang sarat mengandung, Muna A/P Rahim berusia 20 tahun mengalami kesakitan sebab nak bersalin dan suami diterbangkan dari Pos Gob kira-kira jam 1:40 petang. Untuk pemeriksaan segera di hospital.

Muna A/P Rahim dan suami
Pesawat FENNEC milik TLDM tiba pada jam 1:30 petang di Pos Gob, Gua Musang mengambil pesakit dan selamat mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh pada jam 2:20 petang. (Kurang satu jam beb!) Pesakit kemudiannya digegaskan ke Hospital Ipoh.

FENNEC milik TLDM.. Besar jasanya kepada perkhidmatan
dan masyarakat

Sumber : PA Markas Armada TLDM

7 comments:

  1. Wak kalau diberi peluang teringin sangat nak naik helikopter navy ni, tapi janganlah pulak sebab sakit. Mintak selisih..Wak dulu nyaris jadi krew helikopter cuma tinggi Wak tak cukup saja. Tapi Wak tak nafi, TLDM banyak buat jasa kepada rakyat, Wak rasa cukup bangga.

    ReplyDelete
  2. TLDM lambang kegagahan pertahanan negara di samudera...

    ReplyDelete
  3. Malang ! sekali bila ada pulak Bekas2 pegawai kanan tentera yang bila pencen buruk2kan ATM...berselindung di sebalik agama..ceramah sana sini hasut rakyat agar membenci kerajaan..mereka lupa tentang 'KEBERKATAN'...awasi bekas2 pegawai tentera yang begini..!

    ReplyDelete
  4. mod.cter bru xder ker.cter ar cket sal bekas askar yg suka sgt burukkan atm ni aka yg x kenang budi.nk jgk tau saper org 2.

    ReplyDelete
  5. Anon 14:04 saya tahu sape yg hang maksudkan tak lain tak bukan satu bintang bekas laksamana madya...dulu masa berkhidmat segala kemudahan yg gomen sediakan semua dia sapu, gomen hantar pi oversea menghadiri pelbagai kursus...tapi bila bersara siap masuk parti pembangkang...kutuk gomen mcm nak rak...ini lah manusia lupa daratan dan hipokrit...tapi tak apa tiap2 kerosakan yg dia buat dia akan menerima pembalasan...memang le negara ini demokrasi..tapi tangan yg memberi segala kesenangan di gigit balik...dia lupa dgn apa nikmat yg dia dapat dari gomen.....

    ReplyDelete
  6. Dear Administrator, Plse read this: "Military Operations Other Than War (MOOTW) focus on deterring war, resolving conflict, promoting peace, and supporting civil authorities in response to domestic crises. The phrase and acronym was coined by the United States military during the 1990s, but it has since fallen out of use. The UK military has crafted an equivalent or alternate term "peace support operations" (PSO). Both MOOTW and PSO encompass peacekeeping, peacemaking, peace enforcement and peace building.
    MOOTW not involving the use or threat of force include humanitarian assistance, disaster relief. Special agreements exist which facilitate fire support operations within NATO and the ABCA quadripartite working group, which includes American, British, Canadian and Australian military contingents. Cooperation is organized in advance with NATO standardisation agreements (STANAGs) and quadripartite standardisation agreements (QSTAGs). Many countries which need disaster support relief have no bilateral agreements already in place; and action may be required, based on the situation, to establish such agreements." Penerbangan ehsan is not categorised under MOOTW.

    ReplyDelete
  7. Anon 01:52
    I had to agree with you. 'Penerbangan Ehsan' is not MOOTW. From some stupid people views, yes that thing is a really great deal. The navy use their helicopter for penerbangan ehsan. i do agree that the necessity of the flight so that life could be saved but their are other agencies which are responsible to cater for the need. if the case is on an isolated islands and the navy is nearby then let it be. but most of the case occurs in the area close to the town. so what the hell are the navy trying to prove? waste precious and expensive fuel for the sake of glamour? think about it....

    ReplyDelete