Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Friday, 9 March 2012

MANJONG MARI MENIPU TENTERA! LAYAK CABUT KOPIAH ANDA..

KECOH BETOL!

Cerita penahanan 16 anggota TLDM oleh Cawangan Perisikan Khas (CPK) kerana menghadiri ceramah Nuar Berahim di Lumut kecoh diperkatakan oleh blogger-blogger melukut di tepian gantang yang ingin menjadi HERO seperti KOBAT PKR dan blogger tunggangan PAS seperti Manjong Mari. Ironinya, mereka-mereka ni handal 'mereka cerita' dengan membayangkan 16 anggota TLDM ditahan kerana menghadiri ceramah parti politik.

Cerita dek blogger Manjong Mari seperti didalam blognya pun tidak jelas. Sumber yang tidak jelas... Baca entri dia kat bawah ni...

Tipu 1

Tipu 2
Saya CABAR Manjong Mari untuk mengemukakan bukti sekiranya benar-benar terdapat anggota TLDM yang ditahan oleh CPK. Jika benar ada..DIMANA BUKTINYA?

Nak dijadikan cerita, cerita mengenai anggota TLDM ditahan disensasikan dengan cerita YB Zambry yang dikatakan masuk ke Navy Base Lumut untuk berkempen? Aduhai Mat Desa.. Jangan la terdesak untuk mencipta fitnah sehingga ketahap itu.. YB Zambry dijemput untuk mendengar Ceramah Agama atas kapisiti beliau sebagai Laksamana Pertama Kehormat TLDM. Tiada sepatah ayat berkempen pun dia berucap apatah lagi berkempen untuk BN. Ceramah mengenai penyatuan ummah oleh Ustaz Mohammad Kazem Elias Al Hafiz tu first time diadakan di Stadium TLDM jelas untuk membawa syiar kepada seluruh pangkalan tetapi, anda dakwa ia ceramah politik???

Ada seperti ceramah politik? 
Ceramah disampaikan oleh
Ustaz Mohammad Kazem Elias Al Hafiz

Itu majlis agama.. Jangan kerana BANGGA MENJADI KUDA TUNGGANGAN Hj Imran, hang dok canang berita palsu hingga sanggup menabur fitnah terhadap program agama. Hang da boleh tanggalkan kopiah la Mat Desa.

Lagi satu. Senario melabelkan ustaz itu ustaz BN, Ustaz ini ustaz PAS. Penyakit akhir zaman seperti inilah yang saya paling risaukan. Ulama' itu waris perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W yang satu iaitu menyebarkan Syiar Islam. Hairan saya dok memikirkan masih terdapat sekelompok kecil yang berfikiran JUMUD seperti masyarakat Quraisy yang masih menolak syiar-syiar Islam untuk kepentingan politik. Ia CERAMAH AGAMA..namun, mengapa kalian tergamak menabur fitnah terhadap siyar Islam itu sendiri dengan mengatakan ia ceramah poltik BN? Bertepuk tangan la kaum-kaum kafir ni melihat kalian menolak syiar Islam untuk kepentingan politik mereka!...

Askar Setia bukanlah sebuah blog politik, ia cuma sebuah blog biasa yang SEDIA menjelaskan KEBENARAN khas buat anggota tentera yang masih berkhidmat dan bekas-bekas tentera. Saya ni orang awam, tetapi sayangkan ATM sehinggai nafas terakhir saya. Saya tidak sanggup melihat anggota ATM dipersenda dan diperbodohkan oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan politik apatah lagi oleh blogger-blogger merapu seperti Mat Desa!.

Undi anda..milik anda..cuma saya kesal ada dikalangan bekas tentera yang sanggup menjual maruah, menggadaikan kehormatan diri untuk menjadi boneka dengan menyiarkan berita-berita palsu untuk menghasut bagi kelangsungan parti politik mereka. Yang BENAR ITU TETAP BENAR.

Nasihat saya kepada saudara MAT DESA. Bertaubatlah sebelum matahari timbul dari barat. Masih belum terlambat. Nasihat yang sama saya sarankan kepada blogger-blogger bekas tentera seperti KOBAT PKR. Jangan kerana mahu survive dalam parti politik masing-masing, habis semua cerita palsu dan FITNAH anda sebarkan untuk menghasut anggota tentera dan bekas tentera untuk menentang kerajaan. 


Saudara Mohd Desa bin Ahmed... BERTAUBATLAH.....semua orang tahu asal usul dan latar belakang anda semasa berkhidmat dengan TLDM dahulu. Anda sudah dilondehkan..jangan minta untuk dilondehkan lagi... Hj Imran tidak boleh selamatkan anda di Padang Mahsyar nanti...

Friday, 27 January 2012

471 ANGGOTA TENTERA TERIMA BR1M DI PANGKALAN TLDM LUMUT


Anggota tentera yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut berterima kasih kepada kerajaan yang memperkenalkan bantuan itu dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Semua anggota yang menerima bantuan berasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, En Azri jaafar yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di D20 KD MALAYA. Sebanyak RM 235,500 nilai baucer telah disampaikan kepada anggota tentera terlibat.



Turut hadir Pegawai Memerintah KD MALAYA iaitu Kepten Khairuddin bin Mohd Ariff TLDM bersama Pegawai Daerah Manjung, En Ahmad Fitri Muhassim.

Seluruh warga TLDM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan mereka kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia di atas sumbangan tersebut.

Mohd Jal Jaapar
“Bantuan yang diberikan ini akan digunakan bagi keperluan keluarga dan selebihnya disimpan untuk keperluan di masa hadapan,” kata Mohd Jal Jaapar, dari 96, Hospital Angkatan Tentera (HAT), penerima BR1M di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.


Masdan Hamidun
Masdan Hamidun, dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, dekat Seri Iskandar berkata, beliau berharap bantuan BR1M tersebut dapat diteruskan di masa depan bagi menampung kenaikan barangan keperluan seharian.

Qrill Mubara Dolhan
Qrill Mubara Dolhan, berkata wang RM500 yang diterimanya itu akan digunakan untuk membuka akaun simpanan di bank buat anak beliau. “Ianya akan ditabung bagi keperluan persekolkahan anak di masa hadapan,” katanya yang berasal dari Serian, Sarawak.






TAHNIAH KD MAHAWANGSA !!!

TQ Buddy!
Semalam, seorang sahabat saya yang merupakan seorang pegawai TLDM telah menunaikan janjinya untuk menghadiahkan topi KD Mahawangsa. Bangga saya memakainya. Pengalaman saya untuk dapat turut serta bersama-sama menaiki kapal tersebut pada Julai 2011 merupakan satu pengalaman manis yang saya tidak akan lupakan.


Walaupun TLDM kini 'dihujani' dengan pelbagai kritikan, sendaan dan tuduhan oleh 'hero serba tahu' (saya maksudkan orang-orang politik dan pembaca alam siber yang tidak habis-habis menyebarkan komen dan rumor), namun TLDM dan KD Mahawangsa terus mengekalkan kecemerlangan didalam perkhidmatan. pengalaman sendiri menaik kapal tersebut telah cukup membuka mata semua orang! KD MAHAWANGSA mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar. Kelengkapan dan persekitaran kapal yang dijaga rapi, pegawai dan krew kapal yang peramah dan kejayaannya dalam menyertai pelbagai misi dalam dan luar negara menjadikan kapal tersebut layak dinobatkan sebagai THE BEST DAMN SHIP IN THE NAVY...


Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus kekal sebagai yang terbaik di kalangan terbaik apabila dianugerahkan pensijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Penganugerahan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila KD Mahawangsa menjadi kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan pensijilan itu.

Tahniah KD Mahawangsa!

Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)




Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan. “Semuanya menumpukan tentang keberkesanan dan kecekapan operasi KD Mahawangsa dengan mengutamakan aspek keselamatan. “Ia diperkukuhkan lagi menerusi kerja sepasukan yang penuh komited dan moral anggota yang tinggi,”.

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM di Lumut pada Khamis. Pensijilan ‘5 S’ merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

Friday, 21 October 2011

TLDM DAN JASANYA KEPADA RAKYAT

Doktor pengiring siap sedia untuk berlepas.
"Bawak organ tu...Hati-hati Doc!"

Kalau hendak disenaraikan kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh TLDM dalam kesemua operasi di dalam dan di luar perairan negara memang tidak larat rasanya. Terlalu banyak jasanya. Namun, pada kali ini Askar Setia ingin memberi liputan kepada keprihatinan TLDM dalam memikul tanggungjawab sosial dan salah satu peranan pihak tentera pada masa aman – Military Operation Other Than War (MOOTW) dengan melakukan penerbangan ihsan  membawa organ dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur pada petang 19 Oktober 2011. Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Markas Udara TLDM yang berpangkalan di Lumut telah berjaya membawa dua organ penting iaitu berupa jantung dan paru-paru. Dua organ ini terbangkan bagi dipindahkan kepada seorang penerima yang menunggu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.


Untuk makluman pembaca, penghantaran organ melalui penerbangan hanya boleh bertahan sekitar empat jam sahaja selepas diperolehi dari penderma (jika lebih, organ berkenaan rosak!). TLDM berjaya menghantar organ berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat. Penerbangan ihsan melibatkan pemindahan organ ini merupakan yang ketiga dilaksanakan oleh TLDM.

Selamat tiba di hospital Kuala Lumpur
Februari 2010, TLDM berjaya membantu pemindahan organ jantung dengan menerbangkan organ dari penderma di Hospital Pulau Pinang ke IJN.  

Disember 2009, pesawat TLDM berjaya membuat penerbangan pemindahan organ jantung dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam membantu Tan Geek Koon yang pada ketika itu berusia 40 tahun memperolehi jantung baru.

Pada 18 Oktober TLDM Lumut telah berjaya membuat penerbangan ihsan bagi memindahkan seorang ibu mengandung dari Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ke Hospital Ipoh. Seorang ibu muda yang sarat mengandung, Muna A/P Rahim berusia 20 tahun mengalami kesakitan sebab nak bersalin dan suami diterbangkan dari Pos Gob kira-kira jam 1:40 petang. Untuk pemeriksaan segera di hospital.

Muna A/P Rahim dan suami
Pesawat FENNEC milik TLDM tiba pada jam 1:30 petang di Pos Gob, Gua Musang mengambil pesakit dan selamat mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh pada jam 2:20 petang. (Kurang satu jam beb!) Pesakit kemudiannya digegaskan ke Hospital Ipoh.

FENNEC milik TLDM.. Besar jasanya kepada perkhidmatan
dan masyarakat

Sumber : PA Markas Armada TLDM