Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Showing posts with label Askar Wataniah. Show all posts
Showing posts with label Askar Wataniah. Show all posts

Thursday, 29 December 2011

TAHNIAH MEJAR DAVID TEO!...TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH UNTUK ANDA


Askar Setia mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerbit paling produktif di Malaysia, Mr David Teo yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Syor-Syor Majlis Angkatan Tentera ke-508 untuk menerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat). Majlis disempurnakan oleh Panglima 12 Briged, Brigadier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami.


Mejar David Teo merupakan salah seorang anggota Platun Seni yang diperkenalkan oleh KEMENTAH bersama-sama dengan artis lain. Saya secara peribadi pernah mendengar pelbagai rungutan (terutamanya dari kalangan anggota tentera) yang merasakan latihan mereka tidaklah seteruk mana dan layak digelar sebagai ‘Platun Manja’ namun, saya memandang tinggi pada sesiapa sahaja yang berani menyahut cabaran untuk menyertai Askar Wataniah. Salute lah! Biarlah apa orang nak kata, yang penting mereka berani!


Namun, kini ATM/KEMENTAH telah menjadi sasaran kritikan ramai pihak (terutamanya juak-juak politik) dalam pelbagai aspek termasuk kemampuan aset-aset pertahanan negara untuk dioperasikan. Dari cerita mengenai kapal selam sehinggalah jaket kalis peluru milik ATM telah menjadi bahan kritikan dan sendaan ramai pihak. Ironinya, saya rasa amat aneh kerana yang berkata sedemikian semuanya tidak langsung memiliki pengetahuan mengenai apa yang dipertikaikan.

KEMENTAH dan ATM secara khususnya wajar mengambil kesempatan sebegini untuk mewujudkan lebih banyak cerita bersiri, cerita pendek dan jika boleh, penerbitan filem ketenteraan bagi mempamer tahap keupayaan dan kemampuan ATM dalam mempertahankan negara. Jika perlu, tonjolkan kemampuan sebenar aset-aset pertahanan kita (dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM). Saya tertarik dengan kenyataan Mejar David Teo semasa majlis pemakaian pangkat tersebut yang lebih kurang berbunyi seperti ini:

"Satu dunia takut dengan kehebatan askar Amerika Syarikat kerana filem-filem tentera mereka yang ditayang di seluruh dunia"

Dengan adanya platform kerjasama ATM/KEMENTAH dengan pihak industri perfileman tanah air, ia merupakan satu langkah bijak dan amat positif dalam mengenengahkan lebih banyak tayangan ketenteraan di televisyen dan di pawagam-pawagam.


Sebagai contoh, pihak PDRM telah mengambil satu langkah yang amat bijak dalam mempromosi profesion kepolisan dengan penyiaran drama-drama mengenai tugas PDRM dalam mengawasi dan menjaga keselamatan dalam negara. Drama-drama seperti Roda-Roda Kuala Lumpur, Gerak Khas dan Pasukan Gerakan Marin yang mempamerkan pengoperasian dan tugas PDRM telah memberi implikasi positif terhadap tanggapan masyarakat tehadap peranan dan tugas anggota polis. Bukan itu sahaja, drama bersiri iaitu ‘Berek’ (yang menceritakan kehidupan isteri-isteri anggota polis di berek-berek polis) telah turut menyumbang kepada pembentukan imej positif PDRM di mata masyarakat. Oh ya.. Cerita-cerita berkenaan ditayangkan pada masa peak hour yang sudah pasti mempunyai kadar tontonan dan hit yang amat tinggi.



Kepada Mejar David Teo, penganugerahan pangkat tersebut wajar dijadikan amanah dan pemangkin kepada anda agar lebih bersemangat dalam menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah.

 BUKAN JANJI...TAPI PASTI

Tuesday, 18 October 2011

ASKAR WATANIAH BENTENG KEDUA PERTAHANAN NEGARA

Rujuk Utusan Malaysia (17 Okt 2011), Askar Wataniah (AW) adalah angkatan sukarela dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) dan ditubuhkan pada tahun 1958. Namun kewujudannya dalam lipatan sejarah sebagai Unit Sukarela Tentera Darat negeri-negeri Selat di Pulau Pinang sejak 1861 lagi. AW berfungsi sebagai membantu-ganti tugas (relief in place) kepada peranan warga tetap ATM apabila situasi memerlukan terutama dalam peperangan, bencana alam dan darurat. 

Bukan calang-calang AW kita ni
Research yang saya lakukan baru-baru ini, nisbah AW telah menyamai anggota tetap dengan skala 1:1 namun menjelang tahun 2020, skalanya akan berkembang dan berada di tahap 2:1 bagi menepati matlamat atau sasaran ATM. Di peringkat Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pula, sebuah unit pasukan AW yang terbuka kepada kakitangan awam KEMENTAH turut diwujudkan dengan penyertaan setakat ini seramai 351 orang. Walau bagaimanapun, bilangan penyertaan dari kalangan Bukan Bumiputera masih di tahap yang rendah. Justeru, rakyat Malaysia terutama Bukan Bumiputera diseru agar menyertai PSTD. (David Teoh dah pun buktikan..)

Usaha untuk menarik minat bekas tentera untuk menyertai AW turut diberi keutamaan oleh ATM. Melaluinya segala pengalaman dan kepakaran mereka boleh terus dimanfaatkan untuk mengukuhkan kredibiliti ATM. Bagi menyokong usaha murni  ini, pihak JHEV, PBTM dan NGO (bekas tentera) diseru untuk menggalakkan ahli-ahli mereka yang layak untuk menyertai AW/PSTD.  

Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan AW pula dan juga usaha membantu mempromosi imej ATM, sebuah platun media telah ditubuhkan dalam bulan Mac tahun ini. Seramai 24 pengamal media telah menyertainya dan dijangka jumlah ini akan ditingkatkan ke paras 40 pengamal media sebelum akhir tahun ini. Pihak media tempatan dan bloggers turut diseru untuk menyertainya. 

Sebuah platun yang dikhaskan untuk golongan selebriti juga telah diwujudkan sejak bulan Jun 2011 dan disertai oleh seramai 27 selebriti termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Ana Rafali, Aizat, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Ini merupakan strategi pemangkin ATM untuk menarik minat golongan belia menyertai AW bersama artis kesayangan mereka. Artis-artis lain adalah diseru untuk menyertai AW/PSTD bagi mengikut jejak langkah selebriti yang telah menyertainya. Wahh.. kalaulah dapat 'berjalan laju' disebelah Lisa Surihani. hehe..

Peningkatan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan dan seiring dengan matlamat ATM dan kerajaan untuk memupuk semangat patriotisma selaras dengan dasar pertahanan menyeluruh (HANRUH). Apa pun, tahap kesiapsiagaan dan keupayaan AW perlu berada di tahap setanding dengan anggota tetap ATM dan fungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara kekal berkesan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.