Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 13 September 2011

RAMAI YANG MASIH KELIRU ANTARA TUGU PERINGATAN DAN TUGU NEGARA

Nak dijadikan cerita, ada blogger yang mempertikaikan kenapa tercatat nama-nama pejuang di Tugu Peringatan tetapi tiada nama di Tugu Negara. Ada juga yang mempersoalkan kenapa tercatat nama anak-anak Melayu di Tugu Peringatan yang ada di Britain. Ada pula yang mendakwa, Mat Salleh lebih menghargai askar-askar kita dari kerajaan kita sendiri? Sebelum mengulas dengan lebih lanjut, Askar Setia telah melakukan sedikit penyelidikan dan menyediakan sedikit informasi berkenaan dengan Tugu Peringatan dan Tugu Negara.

Tugu Peringatan

Pada mula ia di bina pada 1920-21 oleh British ia adalah sebagai tugu memperingati pengorbanan tentera-tentera British yg terbunuh sewaktu Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang terletak di sebuah bulatan di Jalan Tugu yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Cenotaph. Di keempat-empat penjuru monumen tersebut terukir 296 nama anggota tentera yang berkhidmat untuk tentera koloni British yang telah berkhidmat di bawah panji-panji British juga dikenali sebagai Negara-Negara Commonwealth. Perbarisan ringkas diadakan di sisi tugu peringatan ini pada setiap 11 November. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, nama-nama pejuang yang terkorban telah ditambah pada tugu peringatan ini sehingga digantikan dengan Tugu Negara pada tahun 1964.

Apa Isunya? 

Blogger Yob Tualang Sekah (KLIK SINI) sebagi contoh, mengkirik sekeras-kerasnya dan mendakwa kerajaan tidak menghargai pejuangan pejuang kita kerana nama-nama askar Mat Salleh yang diukir di tugu tersebut. Persoalannya, adakah beliau tidak tahu tujuan tugu peringatan tersebut dibina? Memanglah nama askar Mat Salleh terpahat di situ sebab ia nama askar koloni British pada PEPERANGAN DUNIA PERTAMA (1914-1918) - Lihat gambar kiri.. 

Tugu Negara 

Pada tahun 1963, Tugu Peringatan telah digantikan dengan Tugu Negara berbentuk patung ukiran manusia setinggi 15m direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang telah diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Siap dibina dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada lebih 11,000 orang yang terkorban semasa Zaman Darurat (1948-1960). Mungkin blogger Yob Tualang Sekah boleh tawar diri untuk memahat nama 11,000 (atau lebih) orang yang terkorban tu?

Asas tugu yang tertulis ‘Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause Of Peace And Freedom, May The Blessing Of Allah Be Upon Them’ serta ‘Memperingati Perwira-Perwira Yang Berjuang Untuk Menegakkan Keamanan Dan Kebebasan, Moga-Moga Allah Cucurkan Rahmat Ke Atas Mereka’ dalam tulisan jawi diletakkan pada bahagian kiri dan kanan Jata Negara. Hari Pahlawan juga telah ditetapkan pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah berjuang untuk mempertahankan Negara.

Serangan Komunis

Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Kerja membaikpulih Tugu Negara telah siap pada 11 April 1977 oleh Christoper Carney, Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi Mara.

Isu-Isu Berkaitan Tugu Negara

Persoalannya, adakah timbul isu di mana pihak British lebih memperingati anak-anak Melayu atau rakyat Malaysia berbanding negara kita sendiri? Jawapannya mudah, nama-nama yang terpahat di tugu-tugu British (Tugu Peringatan dan tugu-tugu di Britain) adalah mereka yang berkhidmat di dalam unit-unit tentera British yang berada di bawah pentadbiran British atau unit-unit yang asalnya ditubuhkan di Britain dibawa ke Malaysia untuk memerangi musuh. Mereka tidak boleh disamakan dengan RAMD, RRD atau kor yang lain kerana mereka berkhidmat di bawah panji-panji yang berbeza. Pertikaian tersebut tidak salah kerana ramai yang masih keliru atau tidak tahu akan asal usul kedua-dua tugu tersebut terutamanya siapa empunya tugu tersebut.

Gambar-gambar dibawah merupakan beberapa tugu peringatan bagi memperingati perajurit kita yang terkorban semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.


Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja
Tugu Peringatan Rejimen Askar Melayu Diraja
Tugu Peringatan Kalabakan
Nama perajurit yang terkorban terdapat di Muzium tentera

p/s: Askar Setia berharap agar kita sama perbetulkan fakta-fakta salah yang terdapat di blog-blog. Blogger Yob Petualang Sekah diharap dapat membuat pembetulan..sejajar dengan slogan blog berkenaan "Yang Benar Jangan Dipertikaikan dan Yang Salah Jangan Diselindungkan"..




















15 comments:

  1. Yop Tualang, mike betoi-betoi memalukan aku..buang nama Yop tu..Tinggi mana sejarah yang mike belajar, sejauh mana kajian sejarah yang mike buat..cara mike menulih tu aku rasa Ulu Chepor pon mike tak sampai lagi..paling tinggi aku rasa mike naik motor dari Tanjong Tualang sampai ke Chopin Kiri, ambik gambar lebih kurang, temuramah dengan Bangla dan Mat Indon, duit pon tinggai 5 ringgit, balik teruih menulis pasai sejarah Malaysia..rentikan le yeop..Cherita-cherita Kedai Kopi Mat Lazim tu orang tak pakai yeop..

    ReplyDelete
  2. ini Yob main sebat je artikel org lain nih.. apa pon x boleh..

    ReplyDelete
  3. ni la trend blogging.. cut n paste artikel dari mana-mana..pastu post kat blog ikut sedap hati je...

    lebih buruk kalau ada pembaca yang menyokong xtentu pasal..dan semuanya dikaitkan dengan politik semasa tanah air..semuanya politik itu lah..ini lah...

    aku sebagai anggota tentera sedikit pun xambil peduli pasal apa yang bloggers2 pembangkang ni siarkan..tulis main sebat dan xde kredibiliti langsung! Korang tengok la..mula2 kes dakwaan undi pos..bukan main dieorang..pastu senyap sunyi...

    skrg ni bukan main kata komunis tu hero..korang tunggu la lagi sebulan..NESCAYA TERUS SENYAP isu tu.. memalukan bangsa dan agama aje!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentera tahun bila?aku anak tentera hidup zaman 70an,komunis banyak zaman tu dan tentera kita zaman tu takda beza dari segi cara hidup dgn kafir british dgn hiburan yg melampau,betina perkara biasa,arak perkara biasa terutama dikalangan pangkat atas sesuatu yg prestij skrg aku taktaulah perkara camtu berlaku lagi atau tidak

      Delete
  4. harap semua orang paham la apa yg dijelaskan oleh blog ni. tapi ada yg sengaja buat tak tahu wlaupun meke tahu fakta sebenar. tujuannya hanya untuk menarik minat pembaca atau sengaja nak bagi orang poning...

    ReplyDelete
  5. aku ada terbaca satu artikel berkaitan tugu peringatan dan tugu negara ni di blog siasah kini. penulisan nya KOSONG... hanya input yang salah dan penuh emosi...

    Askar Setia p la cek blog berkenaan...

    ReplyDelete
  6. itu la hakikat dunia blogging...main sedap ikut perasaan je tulis..
    yg peliknya...org2 politik boleh pulak guna artikel blog sebagai central argument dia orang..
    nampak sgt cetek ilmu.

    ReplyDelete
  7. kalo nak recall balik pejuangx bangsa kita,kena tengok sejarah melayu..lps tu Melaka boleh kumpui pahlawanx tu mcm Tun Perak,Hg Tuah & lainx Hg dan buat tugu peringatan lagi..barule generasi baru tahu asal-usul.takut nanti melayu baru atau masa depan percaya Parameswara Iskandar Syah tu sama dgn Param dari benua keling,Hg Tuah & kekawannya pulak sekutu Hang Seng yg popular dgn index sahamnya dari Timur jauh...

    ReplyDelete
  8. saya tak faham apa yg sedara nak sampaikan ni? Gambar perkuburan Askar MElayu tu apa kene mengena dengan isu tugu ni?

    ReplyDelete
  9. Siapa nama2 askar yg tertera kat TUGU NEGARA? bg gambar

    ReplyDelete
  10. Semua 11000 nama disimpan didalam micro filem dan ditanam dibawah plaka peristiharan tugu negara dipavilion tugu negara.

    ReplyDelete
  11. Ulama dulu yg berjuang sebenarnya pejuang kemerdekaan.. bukannya dibawah pentadbiran "Bapa kemerdekaan" Mereka menjadikan musuh sebagai teman rapat dan sekutu. Sistem yang ada harini jelas bertentangan dengan wahyu.. kita boleh saksikan dengan sendiri kemerdekaan hari ini bukan kemerdekaan bg umat islam tetapi kemerdekaan musuh menjajah melalui sistem, menjual iman dgn bersama dgn mereka. Mereka yg bekerja dengan british sanggup mengkhianati perjuangan ulama2 dahulu yg ingin menegakkan sistem khilafah.. kepada Munafik2 yg menjadi talibarut british semoga sempat bertaubat sebelum mati.. tak sempat taubat kekal dlm neraka paling bwh.. Nauzubillah. Dahsyat sungguh fitnah akhir zaman ni.. Bila hukum Allah diketepikan tunggulah hari pembalasan wahai pemimpin.

    ReplyDelete
  12. Setuju amat dgn kenyataan tuan,,,, time tu ulama la pejuang kemerdekaan yg hakiki

    ReplyDelete
  13. konon berjuang padahal jadi talibarut british habis semua sistem,cara hidup hidup diambil dari penjajah british,merdeka pun atas ehsan british mereka ini british berkulit coklat

    ReplyDelete