Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Sunday 21 August 2011

MANIPULASI UNDI POS:DAKWAAN BEKAS TENTERA TIDAK BERASAS!!!

EMPAT anggota bekas tentera dalam Sidang Akhbar PAS pada 17 Ogos yang lalu telah mendakwa terlibat dalam manipulasi undi pos oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ekoran dakwaan ini beberapa orang bekas tentera telah terpanggil dengan menghubungi pihak media untuk menjelaskan proses pengundian yang dilaksanakan oleh ATM.


Menurut PW I (B) Hj Hashim Hassan, YDP Kelab Veteran Komando Selangor yang telah berkhidmat selama 21 tahun dengan ATM menegaskan bahawa beliau secara peribadi telah melalui tidak kurang daripada 4 kali proses pengundian dan ianya dikendalikan oleh ATM secara telus dan profesional. Beliau juga mengakui bahawa ATM sentiasa menghomati hak dan kebebasan mengundi manakala semua lapisan pemimpin ATM tidak pernah mempengaruhi beliau untuk membuat pilihan sokongan. Hj Hashim turut mencabar Mej (KM) Risman Mastor (Bersara), Kpl Mohd Kamel Omar TUDM, Mohamad Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim tampil dengan bukti bagi mengesahkan dakwaan mereka. 



Manakala Lt Kol Datuk Martin Kam (Bersara), bekas pegawai Rejimen Semboyan DiRaja pula menyeru agar pihak-pihak berkepentingan tidak mencampuri urusan proses pengundian yang diamalkan oleh ATM. Menurut beliau, ATM sentiasa mengamalkan proses pengundian yang telus sepertimana termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16. Justeru, dakwaan 4 anggota bekas tentera adalah palsu dan berunsur fitnah serta mempunyai motif untuk menjejaskan imej dan kredibiliti ATM. Beliau turut merasa kecewa dengan pihak tertentu yang sengaja ingin mencemarkan imej ATM melalui pelbagai usaha  untuk meracuni pemikiran rakyat. Beliau juga menyeru kepada semua lapisan bekas tentera agar menghomati lafaz Sumpah dan Ikrar Ketaatsetiaan mereka agar tidak menjadi penderhaka dan pengkhianat negara.

Mejar Ahmad Tajudin Abdullah (Bersara) turut mengesahkan bahawa di sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan ATM, tidak pernah wujud arahan daripada pihak atasan untuk memangkah mana-mana calon parti yang bertanding. Ini disebabkan ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi warga tentera. Tambah beliau lagi, ATM tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik kerana ianya merupakan sebuah organisasi yang profesional dan berpendirian apolitical.            ATM lebih mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara daripada berpolitik.     



Mej Salihin Suradi (Bersara), bekas Komando yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam ATM pula melabelkan 4 anggota bekas tentera (mendakwa memanipulasi proses pengundian tentera ) sebagai insan yang tidak tahu bersyukur dan mengenang budi. Beliau menyifatkan mereka membuat dakwaan tersebut berasaskan kepada kepentingan peribadi dan politik serta tidak terkecuali kemungkinan besar diberi imbuhan oleh PAS untuk bertindak sedemikian. Beliau turut menyokong penuh kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) bahawa ATM tidak manipulasi proses pengundian tentera. Beliau menambah, ATM sememangnya organisasi yang profesional dan apolitical serta sentiasa mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara mengatasi kepentingan peribadi. Justeru, beliau menegaskan bahawa kredibiliti dakwaan 4 anggota bekas tentera diragukan dan amat mengelirukan.

Koperal (B) Ridwan Darus yang telah berkhidmat dengan ATM selama 21 tahun dalam Kor Jurutera DiRaja yang kini menetap di Changloon, Kedah pula membidas sekerasnya terhadap 4 orang bekas tentera yang sanggup bersekongkol dengan PAS demi kepentingan peribadi dan bermotif politik. Beliau juga merasa malu dan kecewa di atas tindakan mereka itu serta melabelkan mereka sebagai “kacang lupakan kulit”. Di sepanjang perkhidmatannya, beliau mendapati ATM melaksanakan proses pengundian secara profesional, telus dan bersih manakala tidak wujud sebarang pengaruh atau arahan pihak atasan tentera dalam proses pembuangan undi. Katanya lagi, mana mungkin berlakunya manipulasi undi kerana proses pengundian disaksikan dan dihadiri oleh wakil calon yang bertanding dari mula hingga akhir proses pengundian berkaitan. Beliau turut menyokong penuh dengan kenyataan PAT bahawa proses pengundian ATM dilaksanakan dengan sempurna selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958.   

Seorang lagi bekas tentera Sarjan (B) Haron Bakar  yang telah berkhidmat dengan ATM dalam Kor Infanteri selama 21 tahun turut menghubungi pihak kami dengan mencabar 4 orang bekas tentera yang dipengaruhi pihak PAS untuk membawa bahan bukti bagi mengesahkan kebenaran dakwaan mereka. Beliau merasa amat kesal kerana bekas tentera tersebut sanggup diperalatkan oleh PAS demi kepentingan peribadi. Beliau menegaskan bahawa jika benar ATM memanipulasi proses pengundian, mana mungkin pihak pembangkang memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN yang terdapat ribuan undi tentera yang menyokong mereka. Sarjan Haron juga menyokong kenyataan yang dibuat oleh PAT semasa Sidang Akhbar pada 18 Ogos 2011.

16 comments:

  1. saya harap lebih ramai bekas tentera atau yang mempunyai bukti tampail bagi mengukuhkan lagi penafian oleh ATM, bukan ape saya lihat banyak pihak yang cuba mengheret ATM secara tidak langsung ke kancah dunia permainan mereka...dunia politik la tu.....syabas ATM...

    ReplyDelete
  2. bro ini berita panas ni..dah banyak pendedahan demi pendedahan dibuat,,syabas harap posting lebih menarik lepas ni...gua tunggu

    ReplyDelete
  3. perkara yang baik perlu dihebahkan bukan khabar angin ni. insyaalah kalau ade info dan kesempatan saya akan publishkan untuk tatapan semua, saya harap banyak lagi pembaca memberi komen untuk meningkatkan lagi pesembahan di blog saya yang tak seberapa ni...tq..

    ReplyDelete
  4. problem with the opposition is that they are bunch of manipulators.. I dont blame the 4 ex-army who made those disclosure, they were influence and brainwash by certain individuals to fulfill certain political needs.. its not the army who should take the shame.. i hope SPR will look at this issue seriously and take some responsible actions..

    ReplyDelete
  5. Salam saudara, dalam kes tolong undi pos memang berlaku, saya sendiri pernah terlibat, hanya Allah menjadi saksi.

    ReplyDelete
  6. wsalam Klonghoy...saudara ni bekas tentera ke. klau saudara pernah terlibat dengan pengundian pos ni, ceritala sikit kat sini k,klau ade bukti lagi bagus, kita leh berbincang. saya mengalu-alukan pendapat dan pengalaman daripada bekas tentera atau tentera sendiri yang bagi input

    ReplyDelete
  7. saya setuju, saya harap bro Klonghoy cerita kan sikit pengalamannya, klau setakat just mengaku terlibat tapi tak nak berita...no point la,

    ReplyDelete
  8. salam saudara sekalian, saya berharap sangat sesiapa yang mempunyai pengalaman berkenaan undi pos tentera ni tampil membuat pengakuan, kita leh bincang dan klau ade kebenaran saya rasa baru la kita lapor kepada pihak tertentu. seperti spr dan pihak tertinggi ATM sendiri tak payah nak gunakan pihak politik yang sentiasa mahu ATM berpecah belah.

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah saya mengalu-alukan perkara tersebut, diharap para pembaca dapat memberi komen dan ulasan membina.

    ReplyDelete
  10. Bohong jer lebih..sumer nie

    ReplyDelete
  11. Tercengang saya dengan tajuk posting ini menudoh sewenang nya bahawa dakwaan keempat saudara2 bekas tentera itu tentang manipulasi undi pos adalah tidak berasas diikuti pula dengan kata kata yang amat kasar.
    Saya nak tanya mereka ni terutama Dato Kam( kerana beliau adalah terkanan sekali yang membuat tudohan sedemikian) apakah asas atau bukti untuk menudoh mereka keempat tu menipu, pengkhianat, memfitnah dan sebagainya.
    Dato Kam saorang terkenal dan banyak membuat jasa kepada bekas tentera. Kenapa tidak berjumpa dengan keempat mereka tu dan dengar pengalaman mereka sebelum menudoh membuta tuli!

    ReplyDelete
  12. Salam. Apa yang Sdr Tag maksudkan dengan 'kata-kata yang amat kasar' sampaikan Sdr tercengang?

    Ironinya, keempat2 bekas askar yang dikatakan pernah 'menipu' semasa undi pos tidak pernah menampilkan sebarang bukti..walaupun satu helai kertas..

    Dato' Martin Kam hanya membuat penjelasan bagi membetulkan keadaan dan mahu masyarakat tahu bahawa benar, pengakuan keempat-empat bekas tentera itu tidak berasas.

    ReplyDelete
  13. Salam semua, saya berkhidmat dati tahun 1986 dan TTP pada 2007 yang lalu, pada tahun 87,88 & 89 (PRU yg ke berapa saya tak ingat) masa itu base di KK, saya adalah kerani kompeni pada masa tu kompeni sedang beroperasi di kawasan pulau so kami telah diberi kertas undi utk anggota yang sedang beroperasi, kami diarahkan oleh Ejutan untuk memangkah kertas undi tersebut, tak kisahlah lah nak pangkah calon mana pun, apa yang saya masih ingat calon kawasan tu dari PBS dan yang satu lagi saya dah tak pasti. Kali kedua semasa base di Kem Terendak tahun 91-96 (PRU ke berapa saya tak pasti)anggota kompeni saya juga sedang beroperasi, kami telah diarahkan oleh Ejutan untuk memangkah kertas undi anggota kompeni kami. Suka saya Tegaskan disini kami tidak diarahkan pangkah mana-mana calon yang bertanding, ini terpulang kepada kami masing-masing. Selepas dari itu saya tidak pernah lagi mengundi sehinggalah TTP saya pada 2007. Kesimpulannya tolong pangkah undi untuk kawan-kawan memang berlaku dalam tentera khususnya di Unit/Pasukan saya dulu. Bukti fizikal dan dokumen tidak dapat saya buktikan. Saya pernah berkhidmat dibawah pemerintahan PAT sekarang.

    ReplyDelete
  14. salam semua,,ape yang saya faham melalui penerangan saudara Klonghoy yang pernah berkhidmat sebagai tentera dan terlibat dalam memangkah undi pos tentera. penglibatan saudara di kedua-dua tempat sprti yang dinyatakan diatas adalah disebabkan mendapat arahan daripada Ejutan untuk memangkah tak kira pangkah parti mana pun disebabkan pasukan sedang beroperasi, disini kita lihat permasalahan yang timbul adalah disebabkan kegagalan pegawai (Ejutan) menjalankan tugas untuk memastikan kertas undi sampai ke tangan pengundi itu sendiri, Ejutan tersebut yang perlu diambil tindakan bukan nya orang lain. so dengan kata lain pihak-pihak lain tidak terlibat.diharap agar pihak terbabit yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah bagi menangani permasalahan ini. saya tak menyebelahi mana2 pihak namun yang salah tetap salah. tq Klonghoy...

    ReplyDelete
  15. menurut klonghoy tiada arahan untuk mengundi mana mana calon

    Kesalahan tetap ada, tetapi disebalik kesalahan yang dilakukan masih ada bukti menunjukkan TIDAK ada sebarang paksaan calon yang harus diundi

    ini bermakna pihak tentera juga tidak terikat dengan sebarang arahan dari mana mana pihak untuk mengundi calon yang telah ditentukan

    Ini cuma masalah pengurusan, bukan kerajaan

    Aku cuma berharap agar pihak tentera , sama ada yang masih bertugas mahupun bersara jangan membiarkan diri mereka diperalatkan oleh mana mana pihak, hak mengundi adalah hak individu.

    Tetapi sebagai pemegang amanah keselamatan negara, tindak tanduk anda akan memberi kesan kepada negara sama ada baik mahupun buruk.

    Musuh tidak pernah tidur, apa sahaja akan dilakukan untuk menjatuhkan moral pasukan keselamatan, kerana tumbangnya benteng terakhir, bermakna tumbanglah kerajaan.

    Soalnya apakah ia lebih baik atau sebaliknya !!

    Ingatlah sumpah perwira anda

    ReplyDelete
  16. UNDI POS – MEMUDAHKAN WARGA TENTERA MENGUNDI


    Aku dah pening la dengan politik kat Malaysia ni..macam-macam hal berlaku sampai aku dah naik meluat..benci..geram dan sebagainya dengan karenah mereka.

    Baru-baru ni, timbul pula isu undi pos tentera. Aku pun heran la macam mana ada bekas anggota tentera yang mengaku tolong pangkah kertas undi untuk anggota lain. Kalau betul mereka tolong pangkah kertas undi anggota lain, mereka ini seharusnya dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

    Tapi, heran juga aku kerana dah beberapa kali aku mengundi secara pos..tetapi pasukan aku menyediakan tempat membuang undi dan aku pangkah sendiri kertas undi aku. Tak pulak timbul Ketua Kerani yang tolong pangkah kertas undi untuk anggota lain.

    Bagi aku, undi pos ini seharusnya diteruskan kerana ianya memudahkan anggota tentera untuk mengundi. Orang yang pernah beroperasi di kawasan sempadan tentunya tahu betapa azabnya untuk keluar dari kawasan tersebut. Jangan pula kerana tuduhan sorang dua bekas anggota tentera yang tidak diketahui tujuan dan matlamatnya, kemudahan mengundi secara pos yang disediakan oleh kerajaan untuk anggota tentera ditarik balik.

    Kepada bekas tentera tersebut, jangan buat kerja bengong ..dan jangan nak menyusahkan kami yang masih berkhidmat.

    Oleh: Posted on: 6 Sept 11, by: Pedang Setiawan

    ReplyDelete