Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 25 August 2011

BEKAS TENTERA: JANGAN SESEKALI DIPERALATKAN!


Kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Malaysiakini pada 25 Ogos yang bakal menampilkan ramai lagi bekas tentera untuk mendedahkan manipulasi undi pos tentera sekali lagi dianggap cuba menjejaskan imej dan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana sengaja mensensasikan isu yang tidak berlaku.

Dakwaan tanpa menzahirkan sebarang bukti oleh bekas tentera yang bersekongkol dengan PAS hanya berteraskan kepentingan peribadi dan kuasa. Penjelasan sebelum ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Bekas-bekas PAT serta beberapa bekas tentera sudah jelas membuktikan bahawa tiada sebarang unsur manipulasi undi tentera oleh ATM. Sememangnya ATM melaksanakan proses pengundian mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16.

Rakyat tidak perlu sangsi terhadap proses pengundian ATM kerana ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi setiap warganya tanpa sebarang pengaruh dari lapisan kepimpinan. 

Mana mungkin undi tentera boleh dimanipulasi! Sedangkan pembangkang memenangi kawasan Parlimen/DUN yang mempunyai ribuan undi tentera seperti kawasan Bayan Baru (1,200 undi), Ipoh Timor (1,600 undi), Subang (3,000 undi) dan Bukit Bintang (1,800 undi).

Bekas tentera disarankan agar tidak diperalatkan oleh pihak-pihak berkepentingan kerana dikhuatiri akan menjejaskan semangat juang warga ATM dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Janganlah terperangkap dengan janji-janji manis mereka yang hanya ingin memanfaatkan legasi cemerlang ATM bagi kepentingan agenda mereka.

Wahai bekas tentera! Hormatilah sumpah dan ikrar kesetiaan yang telah dilafazkan. 

1 comment:

  1. Bukan setakat bekas tentera, semua orang atau masyarakat yang bertamadun tidak boleh diperalatkan oleh mana2 pihak. kita perlu mempunyai pendirian sendiri, mempunyai pandangan sendiri dan bebas mengutarakan pandangan selagi tidak melampaui batas agama dan undang2.

    ReplyDelete