Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 25 August 2011

RAKYAT TERBELA DIBAWAH PROGRAM BANTUAN RUMAH RAKYAT


Program Bantuan Rumah Rakyat (PBRM) adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial ATM  kepada penduduk miskin di luar bandar. Antara program bantuan pembinaan infrastruktur asas yang telah dilakukan khususnya TD adalah Program Bantuan Rumah, Bekalan Air Luar Bandar dan termasuk penggunaan tanah tentera untuk kegunaan pertanian penduduk setempat.

 
Maklumat yang saya terima daripada rakan di 2 Divisyen telah memberi gambaran tentang aktiviti murni oleh ATM kepada masyarakat. Menurutnya, program yang telah mereka laksanakan di Pos Raya Simpang Pulai sebagai contoh telah membuktikan komitmen anggota tentera demi untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat khususnya golongan miskin.

Di Pos Raya Simpang Pulai, sebanyak ENAM buah rumah telah diserahkan kepada masyarakat setempat dan di Pos Slim (berdekatan Cameron Highland saya rasa) pula terdapat SEMBILAN buah rumah lagi sedang giat di siapkan untuk diserahkan.


SYABAS ATM!

4 comments:

  1. saya rasa perkara ini berlu dihebahkan kerana tentera mampu menyumbang tenaga dan peralatan mereka untuk membantu golongan termiskin memiliki rumah. dengan kos yang paling minimum tentera mampu memnyiapkan rumah yang selesa, cuma diharap lebih banyak pihak swasta menyumbang sumber kewangan untuk tujuan tersebut

    ReplyDelete
  2. ATM leh kerjasama dengan syarikat GLC yang kaya tu,so setiap bantuan leh dikordinasi dengan baik tanpa korupsi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    tumpang tanya yer
    nk hantar kt mana bantuan program bantuan rumah(pbr)

    ReplyDelete
  4. Wsalam kecik bai

    kebiasaannya, pembinaan PBR dikoordinasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)di peringkat negeri/daerah, Dewan Undangan Negeri dan ATM.

    pihak JKM akan mengenalpasti keluarga yang memerlukan bantuan PBR dan ATM sebagai pelaksana program berkenaan.

    Jika mahu mencuba, why not u try di peringkat JKM terlebih dahulu..

    ReplyDelete