Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Saturday 20 August 2011

MANTAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KECEWA!!




Sumber: Utusan Malaysia (20 Ogos 2011, m/s 8)

Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (Bersara) menyeru semua pihak supaya tidak campur tangan dalam urusan proses pengundian undi pos yang dilaksanakan oleh ATM. Beliau berkata, Peraturan Pilihanraya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16  Sistem Pengundian Tentera sememangnya berteraskan kepada prosedur yang sedia diamalkan oleh ATM selaras dengan peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya sejak  Pilihan Raya Umum Pertama lagi.

 "Peraturan itu juga selaras dengan prosedur yang dipraktikkan oleh negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi. Sehubungan itu, rakyat perlu menyedari bahawa ATM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara dan tidak sekali-kali terlibat dalam urusan politik". 

Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin (Bersara) berkata "ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi warganya melalui Undi Pos bertunjangkan prinsip ketelusan dan amalan demokrasi."  Tan Sri Azizan menegaskan bahawa ATM kekal sebagai organisasi yang apolitical dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru, beliau merasa amat terguris dengan tindakan sebilangan kecil bekas tentera yang sanggup menabur fitnah akibat dipengaruhi oleh pihak berkepentingan. 

"Saya menyeru kepada pihak  berkepentingan diseru agar tidak menjadikan  ATM sebagai kambing hitam bagi meraih publisiti, sokongan atau memenuhi impian politk mereka untuk kepentingan peribadi. "Rakyat khususnya bekas tentera diseru agar tidak memperlekehkan ATM demi menjaga semangat juang di kalangan warganya".

Laksamana  Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor pula menegaskan bahawa ATM sentiasa mendokong kerajaan memerintah dan sanggup berkorban bagi melahirkan produk “keselamatan” untuk dinikmati oleh seluruh rakyat.  
Menurutnya, ATM sebagai organisasi yang profesional sentiasa melaksanakan proses pengundian secara adil dan tiada unsur-unsur penyelewengan.




8 comments:

  1. good to hear from someone who have serve the armed forces long enough and even being on top to go against the four culprits who think they are on the right track by putting a disclosure and being abide to the political needs to attain certain individual will..

    ReplyDelete
  2. sememangnya bertepatan dengan keadaan dan situasi sekarang...bekas panglima yang bertanggungjawab dalam semua hal ATM semasa berkhidmat, termasuk undi pos tentera.

    ReplyDelete
  3. bila bekas bos-bos mereka bersuara,,kita tgok ape lak kenyataan balas 4 orang yang buat pengakuan hari tu..saya berharap sangat 4 org tu buat kenyataan menyangkal ulasan dan kenyataan bekas bos-bos mereka dulu...

    ReplyDelete
  4. ye la kita sama-sama tunggukannya, klau mereka semua mendiamkan diri maknanya kita sudah boleh membuat penilaian dan menggunakan logik akal. siapa yang benar dan siapa yang salah..insyaallah

    ReplyDelete
  5. Tak payah kata Panglima, nih Sjn Mat D Coy, bekas Ashkar Melayu, sapa tak kenal..pantang dengar ada petualang negara pasti muncung SLR aku jadi habuan mereka. 4 malaun yang calarkan maruah ashkar ni patutnya aku bedal awal-awal lagi dulu dengan SLR aku..perangai tak ubah macam komunis..pengkhianat bangsa. Aku ni dulu incas besar bahagian jaga dewan mengundi kat Rejimen aku korang tahu tak. Tak pernah aku dok buat kerja gila pangkah undi orang..ini semua dusta..fitnah. Maaflah kalau aku bernada kasar, tapi aku nak ingatkan orang politik, korang merasa senang sekarang kerana perjuangan kami ashkar, berapa banyak darah dan jasad kami gugur, ada korang ambik kisah. Tapi bila bandit dah letak senjata, korang dah senang, korang nak calarkan maruah ashkar dengan dakyah songsang korang, korang guna bekas ashkar untuk raih kepercayaan rakyat. Hentikan aku cakap..jangan sampai Sjn Mat ni naik angin..Hentikan aku cakap.

    ReplyDelete
  6. sabar sjn mat, saya tahu darah kepahlawanan saudara masih utuh tak ditelah zaman. sama2 la kita basmi pemikiran dan perlakuan ala sarkas ni, supaya tidak ade lagi bekas atau masih dalam service digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan sempit mereka..

    ReplyDelete
  7. bagi saya la, isu utamanya adalah eksploitasi bekas tentera oleh pihak2 tententu untuk mengkritik kerajaan dengan ape jua isu, tomahan, fitnah dan sebagainya walhal perkara tersebut belum tentu kesahihannya. perkara tersebut umpama fitnah, dalam islam klau tak cukup bukti dan belum disahkan itu dinamakan fitnah...fitnah lebih buruk daripda membunuh,,,,sama2 kita hentikan demi kebaikan ummah..

    ReplyDelete
  8. salam semua....

    saya bersatu hati ngan sjn mat D Coy, mereka yang penjadi pengkhianat negara dan ATM ini patut dihukum kamekaze aje. Buat blangket party aje. The destroyer bersama mu wahai sjn mat. Mari la kita sama-sama hapuskan pengkhianat yang tidak mengenang budi ini. Mereka pembangkang ini tidak menghargai keamanan yang ada sekarang, dapat pergi kerja cari rezeki yang halal dengan aman, dapat makan dan minum ngan aman, dapat membeli belah ngan aman, anak-anak mereka dapat ke sekolah, siap dapat biasiswa kerajaan lagi, dan macam-macam lagi kebebasan yang mereka dapat sekarang.

    Cuba mereka tenguk kat negara-negara jiran kita, jadikan sebagai sempadan supaya kita tak jadi macam mereka. Kita jauh lebih baik dari mereka,KERANA APA?? Fikir lah sendiri...BERSYUKUR LA..

    ReplyDelete