Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 20 July 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN - Ada Artikel Best Mengenai Sejadah Kita...


Dikesempatan ini, Askar Setia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat, rakan-rakan daripada Angkatan Tentera Malaysia, pembaca/follower blog, sahabat sahabat handai,rakan sekerja dan saudara mara jauh dan dekat. Semoga dibulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT.Insyaallah. Selain itu, jom kita baca perihal design sejadah kita yang kita guna hari-hari...

Nah sekarang, entah sengaja atau memang tidak tahu, ada gambar yang menampakkan elemen seksualdi atas Sajadah, karpet alas untuk sholat di masjid-masjid. Sajadah sejenis ini sudah tersebar ke masjid-masjid, namun sayang masyarakat jama’ah masjid tidak menyedari bahwa karpet/sajadah yang mereka pakai tiap hari bergambar porno.

Jika sepintas lalu, kita tidak menyedari bahawa sebenarnya gambar yang kita sangkakan sebagai sebuah pintu ternyata kalau kita perhatikan dengan teliti akan menyerupai (maaf) seperti organ vital laki-laki.

Apa yang anda lihat?

Cuba perhatikan kembali gambar sajadah atau karpet masjid ! ini seperti sudah direka sedemikian rapi oleh si pembuat di fabrik pembuat sajadah atau karpet masjid.

Perhatikan dengan teliti kedua-dua corak diatas

Sajadah. Ya sajadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita solat. Di sini saya hanya mau memberitau gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic.


Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, bisa kita ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)
2. Bintang dan Bulan
3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz


Perhatikan sajadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.

GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz


Jika kita perhatikan sejadah di atas secara teliti kita akan melihat 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye bisa anda lihat di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sajadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.


Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sajadah di atas. Dan jika anda zoom gambar di logde Freemason tersebut, anda akan melihat lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.


Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.


Inilah rencana jahat Yahudi dan Nasrani yang banyak beredar di antara kita tanpa kita sedari. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rencana jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka setelah ini dalam kehidupan sehari-hari.

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) senang kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).  Al-Baqarah 109

Sumber: The Flying Kick

p/s: Saya bukanlah seorang paranoia dek cerita-cerita masonic movement di Malaysia tetapi hasrat saya berkongsi artikel ini sekadar berkongsi pendapat dan  renungan untuk kita bersama bahawa betapa rapuhnya elemen-elemen ibadat kita dipersenda sebegitu rupa.Selamat Berpuasa!




3 comments:

  1. Adalah wajib untuk sujud atas tanah,pasir,batu, daun (tikar mengkuang) ( dilarang sujud atas barangan yang boleh dimakan seperti tulang,buah dll atau dipakai (kain) permaidani, sejadah dsb. Juga amatlah dilarang sujud atas lampiran sejadah yang bergambar. Lihat hadith hadith ini.

    Dikatakan bahawa solat berlapik itu adalah suatu sunnah yang dianjurkan kerana Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah bersolat di atas sehelai tikar sebagaimana yang diterangkan oleh isteri beliau - Maimunah radiallahu-anha: Beliau (Nabi) mengerjakan solat di atas sehelai tikar yang kecil yang dianyam dari pelepah-pelepah kurma (al-Khumrah).[4] Malah di dalam satu riwayat lain dari A'isyah radiallahu-anha, Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah meminta agar dibentangkan tikar untuk dia bersolat di atasnya.[5] Jikalau tiada tikar yang tersedia khas maka adakalanya beliau bersolat sahaja beralaskan pelepah kurma sepertimana terang Hudzaifah al-Yaman radiallahu-anhu: Satu malam di bulan Ramadhan (aku melihat) Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam solat dalam sebuah bilik yang berlantaikan pelepah kurma.[6]
    Jikalau tiada sesuatu untuk dijadikan pelapik maka memadai di alas tempat sujud sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat dalam hadith berikut: Kami sering bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di waktu panas terik. Apabila seseorang di antara kami tidak kuat untuk merapatkan mukanya ke bumi (kerana tanah yang panas), dia menghamparkan kainnya lalu bersujud di atasnya.[7] Jikalau tiada langsung alat atau sesuatu untuk digunakan sebagai alas untuk bersolat maka dibolehkan solat terus di atas permukaan yang dipijaknya. Baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah solat di atas tanah sekalipun ia dalam keadaan becak dari kesan hujan sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu: Pada suatu malam hujan turun dengan lebat sehingga basah tempat solat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Ketika berdiri dari solat subuhnya (iaitu selesai solat), aku melihat wajah beliau terkena kesan-kesan air dan tanah.[8]
    Walaubagaimanapun terdapat beberapa pengecualian terhadap tempat-tempat yang dibolehkan solat di atasnya. Solat adalah ibadah yang paling mulia di sisi agama dan dengan itu sudah tentu dilarang perlaksanaannya di tempat-tempat bernajis atau kotor. Umar al-Khattab radiallahu-anhu menerangkan dalam hadith berikut: Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam melarang seseorang mengerjakan solat di tujuh tempat - (1) tempat pembuangan sampah, (2) tempat penjagaan dan penyembelihan binatang, (3) di kawasan perkuburan, (4) di tengah jalan, (5) di tempat / bilik mandi, (6) di tempat pertambatan unta dan (7) di atas Ka'abah.[9]

    (4) Maksud hadith dari Sunan Abu Daud - no: 0626.
    [5] Ringkasan ajaran dari satu hadith yang amat panjang dari Musnad Ahmad, 6/169.
    [6] Maksud hadith riwayat Imam Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, 2/90/2.
    [7] Maksud hadith dari Anas bin Malik radiallahu-anhu, Sunan Abu Daud - no: 0630.
    [8] Maksud hadith dari Sunan an-Nasai - no: 1330.
    (9) Maksud hadith dari Sunan Ibnu Majah - no: 0746. Hadith ini diriwayatkan melalui dua jalur dan kedua-duanya pada asal adalah berkedudukan daif tetapi hadith ini mempunyai banyak sokongan dan hujah penguat dari berbagai riwayat-riwayat yang lain. Walaupun tidak sama susunan kata tetapi mempunyai pengajaran yang sama. Lihat keseluruhan himpunan hadith dan perbincangan mengenainya dalam Nail-ul-Authar, vol 2, ms 244-262.

    Wallahu’aklam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Askar Setia atas maklumat penting.

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :-)

    ReplyDelete