Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 31 May 2012

AL KISAH KOMISYEN SCORPENE : FAKTA SEBENAR YANG SENGAJA DISEMBUNYIKAN OLEH PEMBANGKANG


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.


Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, SUHAKAM, Himpunan Hijau, SUARAM dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.


Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.” Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara. Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia. Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. 

KD TAR Life Firing Exorcet Missile

Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya. Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion. Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam. Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis. 

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

1) Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

2) Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

3) Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

4) Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

5) Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

6)  Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

7) Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.-Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi. Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas? 


Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini. Yang pelik hanyalah tuduhan SUARAM dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali. Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. 

Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut? Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga. Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang.

25 comments:

  1. Askar bodoh macam ngko nie memang mudah kena tipu ngan United Mamak No Otak

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hang lg bodoh sokong mamat doggy style & China Doll.. puihh..

      Delete
  2. Hahaha.. akhirnya ada mamat yg x sanggup bc kebodohan sbnr juak2 pembangkang yg x abis2 menyebarkan fitnah. Confirm mamat ni x tau neraka tu panas.

    ReplyDelete
  3. Kalau mengalu2kan sgt siasatan, kenapa peguam Perancis tu tak dibenarkan masuk Msia?

    ReplyDelete
  4. Apa yang merepek nie askarsetia, jika nak buat rumah kena cari tukang rumah umpamanya tapi bukan syarikat saloon tau sykt RM2.

    ReplyDelete
  5. para akhir artikel askarsetia cantik gak, sekurang2nya akan tau siapa sebenar di belakang pembunuhan Minahtunya...teruskan askarsetia.

    ReplyDelete
  6. bodoh bin bangang..entah mana punya artikel dia copy paste pun tak tahulah..ambik dari papagomo atau parpu kari kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. en taik ayam lg bijaksana.. pi google la tgk mana tempat dtg artikel ni? reti x pakai google atau other search engine dalam website? bodo anjing kurap ni.. puihh

      Delete
    2. Bodo la mu ni... Dgn taik ayam pun nak gaduh!

      Delete
    3. Anonymous8 June 2012 22:06
      hg pon sama bodoh..

      Delete
  7. umno dan rasuah berpisah tiada

    tidak umno kalau tidak makan rasuah

    umno kaya dengan rasuah.

    ReplyDelete
  8. yeee para akhir aku stuju, bongkar isu socorpene..

    ReplyDelete
  9. Kecoh pasal dokumen yang kononya sulit..

    Mana dokumen tu?

    alat sulit anwar dan azmin ali ada la dok tersebar kat internet..

    ReplyDelete
  10. Ape kurangnya pemimpin pembangkang, mana dtg aset azmin ali RM 30 juta? Bagaimana pulak dgn menantu ulamak kau nik ajis? Yg ckp tu pn cam bersih sgt...piiiiii lh. Tu anwar aljuburi pe kurangnya. 6 kotak hitam mane dia? Keluar pnjara rumah berjuta dh siap...tabung memali sape kebas? Klu nak lg tembelang pemimpin.pembangkang sila g tahu...2x5

    ReplyDelete
  11. http://pelatukparuhgading.blogspot.com/2012/06/dulu-kaki-songlap-sekarang-marah-orang.html

    Read please
    TQ

    ReplyDelete
  12. takpe.. pasal aset azmin tu boleh cover punya.. suruh azmin solat je kat tempat2 terbuka mcm nik ajis anak beranak buat.. confirm dapat taraf ulamak punya..

    ReplyDelete
  13. kepala butoh dacing10 June 2012 at 19:50

    anoni..lu komen macam lu setan dan bapak segala dajal..amacam sedap tak

    ReplyDelete
  14. kalau betul pm malaysia tidak terlibat dengan kes scorpene, cepat2 la bubar parlimen,,,penakut la puak2 umngok nie...

    ReplyDelete
  15. umno hanya tahu habiskan wang rakyat untuk warga luar,,,kalau beri pada rakyat malaysia secara sama rata kan lebih baik...habis wang berjuta2 untuk kapal selam buat apa..malaysia kan aman 50 tahun dan...bagi pada pelajar ipt kan baik,,yuran percuma ka,,,diskaun yuran ka,,,itu kan lebih baik..

    ReplyDelete
  16. umno dah janji nak tolong org melayu,,,mana janji nya...habis berjuta2 untuk warga luar...kalau stakat bantuan 1 malaysia,x cukup la bro,,,ramai lg yg susah...cukai pun dah mcm2 cukai,,,mak bapak sibuk cari duit nak bayar cukai,anak2 d rumah terbiar,,,habis jadi artis k-pop...wakaka...ikut ustaz don xpa la jugak,,umngok betul

    ReplyDelete
  17. We ѕtumbled oѵeг herе from a different web page
    anԁ thought I mіght аs wеll check things οut.
    I liκe what I see sο now i'm following you. Look forward to looking into your web page yet again.
    Here is my website :: location voiture decapotable

    ReplyDelete
  18. Vеry good blog! Do уou havе any suggestiоns for aspirіng writеrs?
    I'm planning to start my own website soon but I'm а little lost on еvегything.
    Woulԁ yοu adviѕе starting with a free platform like
    Worԁρreѕs or gο for a paіd optiοn?
    Therе are sο many choicеs out therе that І'm completely overwhelmed .. Any ideas? Thanks a lot!
    Feel free to surf my web page samsung galaxy s3

    ReplyDelete
  19. Ι love reaԁing a pοst that can
    maκe peоρle think. Аlso, thanks for ρeгmitting me to сomment!
    Also visit my page : pikavippii

    ReplyDelete
  20. Kau rang kat sini tak UMNO dan BN berikan kamu terima juga..nape tak nak tolak pemberian UMNO?

    Sudah terbukti siapa pemfitnah tegar selama ini dan dia tu maseh lagi tidak merasa malu akan perbuatan nya itu...angkuh sungguh.

    ReplyDelete