Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 5 September 2011

“JUMPA SAYA DAPATKAN BAHAN SEJARAH” – Prof Emeritus Khoo Kay Kim


Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mempelawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumpa dengannya untuk mendapatkan bahan sejarah berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Kay Kim berkata, ia bagi mengelakkan Mat Sabu daripada terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan terpesong daripada fakta sebenar.

Beliau juga meminta Mat Sabu supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memperkatakan perkara berkaitan sejarah.

Mat Sabu boleh tanya saya di mana boleh dapat bahan sejarah. Saya tahu mana tempatnya"

Mat Sabu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.


Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah ‘order’ baru komunis di negara ini.

“PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara"

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

“Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab"

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

“Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian. Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga,” katanya


*** Sila layari kandungan penuh temubual bersama Prof Khoo Kay Kim di SINI

3 comments:

  1. Dekat Johor Mat sabu nak saman kerajaan British pulak. Dekat Penang dia kata polis pengkhianat. Mat Sabu mula tukar haluan lah...

    Mat Sabu memang pandai main wayang...wayang pekje.he..he..he

    ReplyDelete
  2. "Kenapalah Ahli Politik Malaysia selalu jadi macam ni, tak macam negara lain", itu rungut bini akulah. Jawapannya senang saja, PELAJARAN. Majoriti pemimpin parti politik Malaysia mempunyai tahap pendidikan yang cukup rendah, stakat SPM je dan paling tinggi SRP. Selebihnya kelentong lebih, ada juga yang baru dapat PHD tapi takyah nak kelentong aku lah sbb dpe semua nih jenis tak buat research punya lah, semua jenis bayar.

    Ini realiti Yeop, kalau semua berpelajaran, tak akan jadi macam ni der Malaysia. Dan kita kena akur Malaysia ni masih THIRD WORLD, korang bagi pendedahan camana sekalipon pemikiran PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA tetap THIRD WORLD. Amerika, Jepon dan lain-lain janganlah dibandingkan, sebab mereka memang dah kompom FIRST WORLD. Ingat tu MALAYSIA THIRD WORLD, apa dia, THIRD WORLD, sekali lagi, THIRD WORLD..paham.

    ReplyDelete
  3. yang syoknya kenapa ramai bahalul yg menyokong mat sabut ni ha........... memang kot kome semua tu buta segala2 nya.

    ReplyDelete