Pulak
dah… Pada masa masyarakat Malaysia dikelirukan dengan kenyataan-kenyataan
bekas-bekas Jeneral Expired pembangkang, terdapat pula kisah seorang bekas pegawai
tentera yang tiba-tiba nak menjadi HERO untuk menunjukkan beliaulah Pegawai
Serba Tahu. Kita dah tahu tentang kisah 5 jeneral expired dan kali ini kita
turunkan sedikit kisah pegawai tentera berpangkat LEFTENAN KOLONEL.
 |
Cakap siang pandang-pandang...Cakap malam dengar-dengar.
Menaip siang malam kena hati-hati. Ramai dok perhati... |
Hendak dijadikan
cerita, saya terbaca dalam beberapa entri di facebook
kawan saya yang menyiarkan luahan rasa tidak puashati Lt Kol Sani Royan kepada kerajaan dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa menyalahkan kerajaan yang
dikatakan bersikap ZALIM padanya. Mungkin inilah yang dikatakan TYPICAL MALAY MIND SET – yang selalu
mencari objek dan subjek untuk disalahkan dan membayangkan dirinya menjadi
MANGSA kepada sistem dan pemerintahan. Aduhai…
Al
kisah siapakah sebenarnya si Sani Royan ni dan mengapa beliau bertindak
menentang kerajaan dan ATM? Apa yang pasti, corak kenyataan dan komennya kita
boleh agak iaitu dia tidak bersalah tetapi dia dianiaya (Typical Malay Mind Set yang saya sebutkan tadi) samalah seperti
perangai bekas-bekas jeneral kita yang suka sangat menabur fitnah (sebab ada
habuan yang menanti)…
Apakah
cerita yang ramai tidak tahu mengenai HERO MALAYA yang bernama Lt Kol Sani
Royan (Bersara) ini…
a) Beliau
pernah DIPINJAMKAN ke UiTM Shah Alam untuk menjadi pensyarah…maknanya dalam
senyap-senyap beliau menerima dua gaji sedangkan askar lain tidak semua yang
berpeluang mendapat rezeki tersebut. 2 gaji tau.
Adakah ini yang beliau katakan
bahawa BELIAU DIZALIMI?
b) Kalau
sesiapa yang mengenali beliau akan tahu bagaimana keadaan bentuk fizikal
beliau. Bahkan ada yang pernah bertanya, “Lt Kol
Sani ni yang badan besar tu ke… tak macam askar pun”.. Nak dijadikan
cerita, pihak perkhidmatan ATM masih ‘bermurah hati’ memakaikan beliau pangkat
kerana memikirkan kebajikan beliau. Bahkan ATM juga lah yang ‘terpaksa
berbohong’ dalam laporan BMI Lt Kol Sani bagi memberinya peluang untuk kenaikan
pangkat. Kalau ikut peraturan dan prosedur ATM, memang takkan pakai pangkat lah
si Lt Kol Sani ni..
Persoalannya, adakah ATM zalim ke kerana membantu dia untuk
naik pangkat? Adakah ini yang beliau katakan kerajaan dan ATM bersikap zalim
padanya?
c) Jelas
Lt Kol Sani Royan ni boleh la kita anggap sebagai KACANG LUPAKAN KULIT! Beliau
BUAT-BUAT LUPA yang ATM menjaga kebajikannya sama seperti anggota tentera yang
lain. Isteri dan anaknya memperolehi segala kemewahan dan kesenangan kerana
perkhidmatanya dalam ATM. Mungkin kalian pernah dengar pepatah melayu yang berbunyi “seperti melepaskan anjing yang
tersepit…digigitnya tangan yang melepaskannya dari tersepit”… Bukan saya nak
samakan beliau dengan anjing, tetapi, pepatah tersebut amat tepat untuk
menggambarkan tindakan beliau dan beberapa bekas jeneral expired tersebut.
Persoalannya, beliaulah kacang lupakan kulit..tetapi mengapa ATM yang dipersalahkan?
d) MENUANG!
Itu salah satu sikap buruk Lt Kol Sani yang memang suka menuang kerja dan
membuta sahaja. Bayangkanlah, kadang-kadang tengah mesyuarat pun dia boleh lelapkan mata
malahan berdengkur! zzZZzzZZZZzzzzZZZ gruoouuphhhhhh (bunyi dengkurannya)..
Kasihan… mungkin ‘penyakit
tidur tak bertempat’ disebabkan faktor badannya yang gemuk dan TIDAK FIT! Walaubagaimana
teruk sekalipun atitude dan sikap
beliau terhadap perkhidmatan, pihak ATM tidak tergamak untuk menzaliminya
walaupun jelas boleh mengenakan tindakan disiplin keatasnya. KUAT TIDUR dan
MENUANG pun pun boleh pakai pangkat tau!
Persoalannya, ATM masih dikatakan Zalim?
d) Setelah
tamat kontrak dengan UiTM, beliau sepatutnya balik semula ke MINDEF tetapi
beliau sekali lagi ‘buat perangai’ dan bertindak secara UNILATERAL (keputusan sendiri) untuk
menjadi pensyarah di UPNM. Hendak dijadikan cerita, beliau telah MEMALSUKAN pertukarannya ke UPNM. Seperti kes terdahulu, beliau senyap-senyap mengambil
kesempatan terhadap kesilapan aspek pentadbiran untuk memperoleh DUA GAJI - satu
daripada UPNM dan satu lagi daripada MINDEF.
Ironinya, siapakah sebenarnya yang
zalim? Pihak Angkatan Tentera Malaysia atau beliau sendiri? Adakah adil
sekiranya ATM mengenakan tindakan disiplin keatasnya?
e) Yang
ni lagi PANASSSS. Beliau telah memaksa pegawai bawahannya untuk menjadi penjamin hutang
koperasi tentera dan sekarang ini pegawai tersebut terpaksa menerima beban untuk menjelaskan hutangnya
setiap bulan kerana Lt Kol Sani tidak membayar hutang tersebut.
Siapa zalim
sekarang ni? ATM ke?
Simpati
memang simpatilah kerana beliau terpaksa diberhentikan dari perkhidmatan. Apa
yang pasti, setelah ATM banyak berlembut dengan kesalahan yang dilakukan,
tindakan tersebut jelas amat bertepatan dan adil!
Mungkin anda bersetuju dengan pendapat saya kerana yang
jelas disini ialah LT KOL SANI SENDIRI BERSIKAP ZALIM terhadap dirinya sendiri atas
kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Tindakan beliau yang mengadu-domba dan
mencanang pelbagai cerita (cerita emaslah, cerita politik lah, cerita ATM/Kerajaan zalim lah) bahkan memaksa pembaca percaya bahawa ‘beliau adalah
mangsa yang dizalimi’ adalah tindakan yang tidak wajar oleh seorang bekas
pegawai tentera.
Mana ada orang jahat nak kata dia jahat….