Sebelum baca, layari preview Eks Angsa 7/2012
Kuala Lumpur – Eksesais ANGSA Siri 7/2012 (Eks ANGSA)
merupakan eksesais tahunan yang membabitkan Tentera Udara DiRaja Malaysia
(TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). ANGSA adalah singkatan Angkasa
dan Samudera yang merupakan gabungan dua eksesais utama TUDM dan TLDM.
Bermula daripada tahun 2006 ia telah dilaksanakan
secara CPX dan FTX serta dihoskan secara bergilir-gilir antara TUDM dan TLDM di
mana dalam eksesais kali ini Pangkalan Udara Butterworth telah dipilih untuk
menjadi lokasi utama eksesais yang dianjurkan oleh TUDM.
Dalam edisi kali ini, buat pertama kalinya Command
Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX)
dilaksanakan secara serentak yang membabitkan penumpuan kepada STAFFEX dan
pelaksanaan CPX menggunakan sistem JTLS manakala FTX tertumpu kepada
pelaksanaan secara bersama diperingkat taktikal dan menggunakan kaedah SOE
Driven. Seramai 442 orang dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) terlibat dalam eksesais kali ini.
Live Missile Firing di perairan Selat Melaka (WMD 413 – 60 km Barat Tg Hantu Lumut, Perak) dan penembakan yang dilancarkan dari platform penembak yang berbeza ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogram.
Dalam
penembakan pagi tadi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melancarkan
misil jenis EXOCET MM40 dari Kapal Diraja (KD) LEKIU dan misil jenis Sea Skua
dari helikopter TLDM jenis Super Lynx. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
pula telah melancarkan misil jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang
F/A-18D. Sementara itu, pasukan 51 Rejimen Artileri Diraja, Tentera Darat
Malaysia (TDM) pula telah melancarkan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS II
dari tapak penembakan di Tanjung Antu, Segari, Perak. Kesemua penembakan ini
telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran.
| Fox Two! |
| Birds Away! |
| Approaching target.... |
| BOOM! |
Penembakan secara bersepadu ini dilaksanakan dalam usaha meningkatkan latihan
secara bersama (joint) antara ketiga-tiga perkhidmatan. Selain itu, penembakan
ini digabungkan sebagai langkah penjimatan secara perkongsian perbelanjaan
dalam pengoperasian penembakan.
Penembakan bersepadu ini telah melibatkan
aset bantuan ketiga-tiga perkhidmatan sebagai unsur untuk pembersihan kawasan,
tim penyediaan sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset dan unsur TLDM lain
yang terlibat ialah KD MAHAWANGSA, KD PAHANG, KD TERENGGANU, KD LAKSAMANA HANG
NADIM, KD MAHAMIRU, KTD PENYU, Bot Tempur CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and
Assesment Team (WTAT) dan helikopter Fennec. Sementara aset TUDM lain yang
terlibat ialah pesawat SU30MKM, pesawat CN235, pesawat B200T dan C130. Unit TDM
yang terlibat ialah 51 Rejimen Artileri DiRaja.
Kejayaan penembakan misil dan roket bersepadu
ATM ini telah sekali lagi membuktikan bahawa kesiagaan aset-aset ATM sentiasa
di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus
meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau
ini.
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul
Aziz bin Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin
Daud TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasbullah
bin Hj Mohd Nawawi dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Dato’ Sri
Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Operasi Udara Dato’ Seri
Mohd Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Armada Laksamana Madya Dato’
Abdul Hadi bin A. Rashid hadir menyaksikan penembakan ini dari platform kapal
KD MAHAWANGSA di Perairan Selat Melaka.
Sumber: Navy.Mil dan Air Force
p/s: Ada sesiapa yang pernah terlibat dalm Eks ini? Mesti teringat 'kenangan indah' tak tidur malam kan? This is War!



