Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday, 29 August 2012

FILEM TANDA PUTERA - APA YANG 'MEREKA' RISAUKAN SANGAT?


Menyentap! Hasrat penayangan filem Tanda Putera telah dikritik hebat oleh sebilangan individu kiasu yang mendakwa filem ini berunsur rasis dan mampu membangkitkan perasaan marah golongan bangsa tertentu. Akibat desakan-desakan puak-puak tersebut, tarikh penayangan filem tersebut yang pada asalnya dijadualkan pada 13 September 2012 telah ditunda pada 15 November 2012. Sebelum ini, kecoh di internet kononnya filem ini akan mempamerkan babak-babak kontroversi dan sensitif kerana memberi pemfokusan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 (walhal hanya beberapa babak untuk beberapa minit sahaja) - lantas menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang terutamanya yang bukan Melayu menjadi Tidak Senang Duduk!


Lebih mencuit hati apabila filem ini dituduh menjadi bahan propaganda parti politik tertentu untuk membantu jentera parti berkenaan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Amat menghairankan apabila filem-filem berunsur patriotism yang memupuk semnagat cintakan negara, bangsa dan agama ini dilabelkan sedemikian rupa hanya kerana TIDAK MEMUASKAN HATI SESETENGAH PIHAK. Setelah diasak hebat oleh golongan berkenaan, pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Suhaimi Baba telah mengeluarkan kenyataan balas bagi menjawab dakwaan-dakwaan liar sebelum ini. Lihat kenyataan pengarah prolifik negara DISINI.

Penayangan filem ini wajar dilihat sebagai satu usaha untuk memupuk semangat sayangkan negara berdasarkan kisah sebenar perjuangan dan semangat kental pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Tun Abd Razak danTun Dr Ismail bagi memajukan Malaysia ketahap tertinggi. Tidak salah rasanya agar filem ini dapat dijadikan pemangkin semangat dan menghayati erti kemerdekaan yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Menonton filem ini adalah lebih baik dari menyertai mana-mana perhimpunan anjuran golongan beruk yang tidak henti-henti melaungkan itu dan ini - tetapi telah terbukti hanya membawa lebih kerosakan pada harta benda dan menjejaskan ketenteraman awam.

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.


Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.


Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Tanda Putera Tayang 15 November

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.


Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.


No comments:

Post a comment